Saturday, November 25, 2017

My 5th Wedding Anniversary

Assalamualaikum





So last week, 16 November 2017, is our 5th wedding anniversary. And guess what? My husband lupa. Dengan selamba dia penuhkan schedule untuk tarikh tu dengan coaching & staff's photo shoot. Dan balik malam. 😂

Well. I'm ok je. Dah lama redhoo dapat husband tak romantik ni. I pun tak romantik jugak sebenarnya. Nak ber-sweet in public is totally not me. Ehemm tapi taklah sampai lupa tarikh nikah ehemmm..

Dalam 5 tahun ni, memang macam-macam dugaan dalam marriage kami. Dari financial problems sampailah ke emotionals problem. Menangis tu memang selalu dalam 5 tahun ni. 

Orang tua-tua kata, 5 tahun pertama perkahwinan adalah yang paling mencabar sebab itu adalah tempoh perkenalan pasangan masing-masing. Even kau bercinta SEPULUH tahun dengan boyfriend pun, once you get married, dah duduk sekali, 24/7 dengan pasangan, baru tau perangai sebenar dia macam mana. Baru tau yang dia suka sepahkan barang, baru tau dia ni pemalas, baru tau dia jenis dah makan tapi tak basuh pinggan, baru tau dia lempar seluar yang dah dipakai kat lantai, baru tau dia ni jenis late riser, baru tau dia ni tak respect your parents. Yep. That's the reality of marriage. 

5 tahun pertama adalah tempoh paling mencabar kerana tempoh itu ialah tempoh yang paling tak stabil dari segi financial (unless you marry someone rich). Bagi rakyat marhein macam kita, masa awal-awal ni memang most of the time unstable financial situation akan jadi punca family problem. Masa ni, dengan ada anak kecil, keperluan rumah & baby, memang akan banyak guna duit. 

5 tahun pertama juga adalah tempoh untuk kita belajar kawal emosi. Kita akan belajar macam mana untuk lebih bersabar dengan perangai & kerenah pasangan, belajar menyesuaikan diri dengan kehadiran family mertua dalam kehidupan kita, belajar untuk lebih bertenang dan tak cepat melatah dengan tantrum anak, dan macam-macam lagi. 5 tahun pertama ni memang tempoh belajarlah senang cerita. 




I'm still learning. Sebenarnya 5 tahun pertama ni tak cukup untuk aku kenal suami aku. Ada banyak lagi tentang dia yang mungkin aku terlepas pandang, yang aku belum belajar lagi pasal dia. And yet, I'm still not very emotionally stable hahaha.. 

Banyak perkara yang aku belajar daripada pengalaman diri sendiri & pengalaman marriage orang lain jugak. First, jujur dengan pasangan masing-masing. Kalau nak pergi jumpa kawan, jujur je dengan isteri/suami. Jangan tipu. And I hope takde orang yang sanggup menipu wife/husband masing-masing sebab benda ni memang ada jadi dekat orang yang aku kenal. The husband/wife tipu their partner, cakap ada emergency kat luar padahal sebenarnya nak pergi melepak dengan kawan. 

Salah satu punca pasangan menipu ialah kerana their partner terlampau mengongkong dan mengawal hidup pasangannya. Terlampau mengongkong pun is very bad for marriage. Lepas kahwin terus larang husband melepak dengan kawan-kawan. No no no. Tak boleh macam tu. You know what, once bila kita dah tak ada kat dunia ni, selain family, kawan-kawan nilah yang akan datang melawat jenazah kita, mandikan jasad kita, bacakan Yaasin untuk kita, solatkan kita, bawa kita ke kubur, galikan liang lahad untuk kita, mereka jugalah yang akan tangisi pemergian kita. 

Bukannya aku suruh husband melepak sampai tak ingat balik rumah. What I really mean is, once in a while dia nak jumpa kawan-kawan on weekend ke, pergi wedding kawan ke, kawan ada buat makan-makan ke, just let him go. Kalau dia nak bawak kita jumpa kawan-kawan dia lagi bagus.

My husband sendiri sangat-sangat sporting bila aku ajak dia jumpa my bestfriends. Daripada sebelum ada anak sampai dah anak dua, dia tak pernah halang aku jumpa my bestfriends. Kitorang even pergi vacation sama-sama last year, bawak husband & anak masing-masing! It was so much fun!


I really miss our vacation T_T 




Next! Always remember kita bukan sahaja kahwin dengan husband, tapi kita kahwin dengan his WHOLE FAMILY. Buat baik dengan family-in-law, treat them like your own family. I admit, memang awal-awal agak awkward nak adapt dengan family baru memandangkan aku sendiri seorang introvert, tak talkative and I don't even know how to start a conversation! Tapi itulah yang aku cakap, belajar. Sampai sekarang pun aku masih belajar untuk mudah bercakap, to be honest. And you know what, I even go hangout with my sister-in-law berdua and it was fun! Kitorang go shopping and karaoke (lama gila tak karaoke wehh) I'm so thankful to have them as my family-in-law. And I hope Syamim will feel the same way like I did bila dia dengan my family.




My sis-in-law, mom-in-law, Grumpy Raihanna & me.




Aku baru 5 tahun kawin. Masih baru jugak tu kan. Belum layak nak bagi tips tentang successful marriage. Aku cuma share apa yang aku belajar, dengan harapan dapat inspire orang lain untuk belajar to be a better person. Aku nak orang tau yang the reality of marriage sebenarnya bukan rainbows and happily ever after. Its more than that. Marriage is a lifetime commitment. 



Double chin for life!







Till then, Assalamualaikum.








No comments:

Post a Comment