ads

Wednesday, March 11, 2015

Backbiter

Salam











"Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." [HR Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak]





Backbiting atau dalam Bahasa Melayu bagi yang tak faham ialah mengutuk, memfitnah, mengata, mencaci, mengeji, mencela dan sewaktu dengannya. Ramai yang tidak sedar bahayanya lidah di dalam kehidupan mereka. Inilah salah satu punca kehidupan menjadi bermasalah kerana bala atau balasan dari Allah s.w.t. Memang ramai yang menggunakan lidah untuk mengumpat, mengutuk, mencaci, melepaskan geram dan memfitnah orang lain. And sekarang dah ada trend baru, platform untuk backbiting iaitu Twitter, Facebook or other social networking. Whether you talk about a physical defect, lineage, manners, conduct, faith or even his clothes, house or mode of transportation. Semua tu lah!






Tanpa mereka sedari bala atau balasan Allah menanti mereka. Menjadikan kehidupan ini lebih bermasalah. Bahayanya kalau lidah dan pertuturan tak dijaga :(


Sekiranya anda seorang yang suka kutuk mengutuk pula. Saya tidak salahkan anda. Mungkin anda dibesarkan oleh ibu bapa atau keluarga yang suka mengutuk. Atau dibesarkan di dalam persekitaran dan kawan-kawan yang suka mengutuk. Inilah yang membentuk sikap anda. Namun ia hanya akan menyebabkan banyak masalah dan kecelakaan pada kehidupan anda. Sebab Allah dah berfirman dalam Al Quran : “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”.






Memang celaka dan bertambah celakalah hidup kita jika asyik mengutuk sana dan sini. Pernah anda terfikir mengapa hidup anda penuh dengan masalah dan tekanan. Salah satu puncanya ialah bala dari mulut kita. Itulah bala dari perbuatan kita sendiri. Mengapa bersusah payah memerah otak mengutuk sana dan sini. Kecelakaan ini, mungkin nanti bila anda kahwin, bila ada anak atau bila dah tua. Oleh itu, berubahlah dan berhati-hatilah ketika bercakap. Itupun kalau tidak mahu hidup lebih celaka.






Bagi yang kena kutuk, ini tips untuk anda. Angap je kutukan ini seperti langau atau lalat. Ia masuk dan berlegar-legar dalam fikiran anda. Merosakkan motivasi diri anda, menghancurkan keyakinan diri anda dan merampas keceriaan hidup anda. Jadi sebelum ia masuk, cepat-cepat bunuh ia. Pukul dengan penyapu cepat-cepat bagi langau tu mati. Atau ketuk dengan tukul bagi ia hancur. Atau pijak dengan kaki gajah, bagi ia lenyap dari muka bumi.






Ingat, jangan disebabkan habit kita ni effect keturunan kita anak beranak. Fikir dulu sebelum berkata benda yang tak elok tentang seseorang. Lebih-lebih lagi di social media. Sebaiknya, kita muhasabah diri, cermin diri sendiri dulu, adakah kita ni terlalu sempurna sampai perlu menjatuhkan orang lain. Adakah kita terlalu maksum, tak pernah buat dosa langsung sampai perlu mengutuk kehidupan orang lain. 


Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Sekian.















Till then. Assalamualaikum.