Thursday, February 12, 2015

"Taa..Tah!"

Salam





Aku tak tau la aku ni ibu yang jenis macam mana. Jenis overreacted ke obses ke apa ke. Asyik update blog pasal anak. Lepas tu tiap-tiap hari counting days, setiap 12 haribulan setiap bulan, aku jadi excited. Now tinggal lagi 2 bulan, Rayyan genap setahun. Kejap je lagi oii. Ni dah 10 bulan dah hari ni.

Rayyan sekarang dah berdiri sambil pegang meja, kerusi, tepi baby cot, atau sambil pegang tangan ibu dia. Lepas tu slow-slow ajar dia bertatih. Rayyan sekarang kerap sebut perkataan "Taa..tah!" seakan-akan bunyi macam "Ayah". Why Rayyan, why..?? Why not "Ibu" dulu.. T_T 

Rayyan dah pandai menunjukkan perasaan dia. Bila kita ambil sesuatu dari tangan dia, dia akan marah. Bila kita ke dapur, dia menangis nak ikut sambil merangkak kejar kita. Bila aku buat mimik muka menangis, dia sedih and macam nak try pujuk ibu dia. Hahah!

Rayyan's smile is very cheeky! Paling geram bila dia senyum nakal sambil jelir lidah sikit. Aihh, rasa nak cubit-cubit tarik lidah dia tu tau!




Gigit kang!








Till then. Assalamualaikum






No comments:

Post a Comment