Friday, November 21, 2014

7 Months Old Rayyan Qushairy

Salam







12 April lepas, Rayyan lahir pada jam 2.53 petang dengan berat 2.89 kg. 



12 November lepas. Rayyan sekarang makin semangat. 8.4 kg. Tak payah pergi gym dah, muscle semua timbul. 





..Slick hair style..





Keletah dia sekarang, dia dah kenal orang. Siapa-siapa yang jarang jumpa Rayyan or tak pernah jumpa, kena ambil hati dia dulu baru boleh dukung. Bila kita buat bunyi macam "Heepppppp.." atau "Aaiiiiiiippppppp..", dia akan nangis sebab konon-konon kita marah dia. Maka Rayyan akan buat muka cebik lalu kita tergelak balik, tak sanggup nak acah-acah marah dia. 



Tidur sekarang dah macam orang dewasa. Tak main lah terlentang. Mesti kena mengiring. Siap ada bantal untuk dipeluk. Tengah malam boleh pulak tiba-tiba menjerit. Terkejut ibu tau. Menjerit hanya untuk setitis dua susu. Lepas tu sambung tidur balik -.-'







Meniarap merupakan kepakaran Rayyan buat masa ni. Sikit masa lagi, dia akan merangkak pulak. Ni dah start angkat-angkat punggung. Hobinya ialah menjelajah dan belajar benda baru. Pantang nampak benda tak pernah tengok, beriya-iya dia teliti benda tu. Contohnya capo gitar. Ibu main gitar, ingatkan dia tertarik sebab ibu hebat sangat, rupanya dia pandang capo dekat gitar tu. Ceh!




Pantang nampak sudu. Dia akan menganga kegembiraan bila kita nak suapkan dia makanan.


Lagi 5 bulan, Rayyan setahun. Kita tengok apa lagi pencapaian dia nanti ^_^





Perbincangan konspirasi antasa Rayyan dan Cikut






Rayyan : Partner?
Cikut : Partner. 
*Shake hand*











Till then, Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment