ads

Wednesday, October 22, 2014

How's Life Now With Rayyan Qushairy?

Salam





Alhamdulillah, Rayyan Qushairy dah 6 months old. Dah start makan solid food. Meniarap pun dah terer, siap buat push up lagi. And now dia sangat sangat suka membebel. Kadang-kadang tu kalau kita tak layan dia, dia menjerit sebab nak perhatian. Nak someone to talk with him. To hear him bubbling. To make him laugh. Arghhhh seronok rupanya ada anak ni!


And Alhamdulillah jugak, nak jaga Rayyan Qushairy ni senang. Dia sangat baik and behave. Maybe sebab aku amalkan petua masa mengandung, kalau boleh jangan bergaduh dengan suami. Kalau suami marah pun jangan lawan, diam je. Masa aku pregnant pun memang jarang sangat bergaduh.


Bila ada anak ni, semua benda yang nak buat, akan fikir anak dulu. Kalau dulu masa berdua, still lagi boleh ride jauh-jauh naik bike. Sekarang pergi mana-mana kena bawak kereta je. Dulu bawak handbag, sekarang bawak beg anak. Purse pun tumpang beg Rayyan. Hahaha! Kalau dulu nak keluar bersiap setengah jam je, sekarang bersiap kena dua jam awal. Siapkan Rayyan dulu, baru siapkan diri sendiri. Dulu suka window shopping untuk diri sendiri, sekarang tengok barang baby adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan! Dulu pergi vendor festival, sekarang pegi expo barang baby. 


Tiga bulan pertama adalah waktu yang memerlukan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Lebih-lebih lagi for first-time parents sebab your life is totally changed. Mandi entah kemana, makan entah kemana. Dengan tak cukup tidur, kerap bangun malam. Kalau baby meragam waktu malam, lagi kerap kita kena bangun. Aku pernah sampai 4 - 5 kali berjaga. Tidur duduk sambil pangku Rayyan. Aku pernah menangis sambil pangku Rayyan tengah-tengah malam sebab tak larat nak berjaga. Tu semua pengorbanan. 


Tiga bulan pertama je. Lepas tu, slow-slow akan kembali normal. Rayyan start tidur malam lebih lama bila dah masuk 3 bulan. Terjaga hanya sekali dua je sebab nak susu atau tukar diaper. Aku and Syamim pun sekarang dah cukup tidur dah. Selepas 3 bulan. Slowly everything changed to happiness. Life is start to full with hugs and kisses. Hehee..





Heyyy Girls.. 







Till then, Assalamualaikum.





No comments:

Post a Comment