Wednesday, October 22, 2014

How's Life Now With Rayyan Qushairy?

Salam





Alhamdulillah, Rayyan Qushairy dah 6 months old. Dah start makan solid food. Meniarap pun dah terer, siap buat push up lagi. And now dia sangat sangat suka membebel. Kadang-kadang tu kalau kita tak layan dia, dia menjerit sebab nak perhatian. Nak someone to talk with him. To hear him bubbling. To make him laugh. Arghhhh seronok rupanya ada anak ni!


And Alhamdulillah jugak, nak jaga Rayyan Qushairy ni senang. Dia sangat baik and behave. Maybe sebab aku amalkan petua masa mengandung, kalau boleh jangan bergaduh dengan suami. Kalau suami marah pun jangan lawan, diam je. Masa aku pregnant pun memang jarang sangat bergaduh.


Bila ada anak ni, semua benda yang nak buat, akan fikir anak dulu. Kalau dulu masa berdua, still lagi boleh ride jauh-jauh naik bike. Sekarang pergi mana-mana kena bawak kereta je. Dulu bawak handbag, sekarang bawak beg anak. Purse pun tumpang beg Rayyan. Hahaha! Kalau dulu nak keluar bersiap setengah jam je, sekarang bersiap kena dua jam awal. Siapkan Rayyan dulu, baru siapkan diri sendiri. Dulu suka window shopping untuk diri sendiri, sekarang tengok barang baby adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan! Dulu pergi vendor festival, sekarang pegi expo barang baby. 


Tiga bulan pertama adalah waktu yang memerlukan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Lebih-lebih lagi for first-time parents sebab your life is totally changed. Mandi entah kemana, makan entah kemana. Dengan tak cukup tidur, kerap bangun malam. Kalau baby meragam waktu malam, lagi kerap kita kena bangun. Aku pernah sampai 4 - 5 kali berjaga. Tidur duduk sambil pangku Rayyan. Aku pernah menangis sambil pangku Rayyan tengah-tengah malam sebab tak larat nak berjaga. Tu semua pengorbanan. 


Tiga bulan pertama je. Lepas tu, slow-slow akan kembali normal. Rayyan start tidur malam lebih lama bila dah masuk 3 bulan. Terjaga hanya sekali dua je sebab nak susu atau tukar diaper. Aku and Syamim pun sekarang dah cukup tidur dah. Selepas 3 bulan. Slowly everything changed to happiness. Life is start to full with hugs and kisses. Hehee..





Heyyy Girls.. 







Till then, Assalamualaikum.





Friday, October 3, 2014

Officially 25

Salam








Ahahahaha! Thanks Google. You're so sweet..!





So, today I'm officially 25. Alhamdulillah, hidup lagi sampai sekarang. Dan tahun ni tahun pertama birthday sebagai seorang ibu. Rayyan Qushairy, Ibu loves you so much! You are the most expensive gift that I can't get anywhere else. The most magical thing that ever happened in my whole life. Thank you so much sebab hadir dalam hidup Ibu and Ayah. Walaupun kadang-kadang Ibu geram dengan ragam awak, tapi ragam itu lah yang Ibu rindu time Ibu kat office. Ibu sampai tercium-cium bau awak kat office tu. T_T



Dia buat muka bosang.. Fine..





Syamim orang pertama wish birthday. Tak sangka pulak dia wish. Ingatkan lupa. Ahahaha! Tapi aku memang tak espect pun orang ingat birthday aku. Sebab aku bukan jenis orang yang sambut sangat. Lebih-lebih lagi yang dok nyanyi ramai-ramai, lepas tu aku awkward sorang-sorang. Tak kisah langsung pun orang bagi hadiah ke tak. Btw, thanks Syamim sebab wish. Terharu pulak sampai ternangis sikit. And thanks so much sebab terima Zaty seadanya. Baik buruk Zaty, kelebihan kekurangan Zaty, waktu susah dan senang. I'm glad to have you as my husband, my bestfriend, my love-hate enemy, my up and down, my bodyguard, my driver, my everything. Kita tak mintak hadiah pun kat awak. Kita nak awak sentiasa ada dengan kita sampai tua je :')




Kita riding bike sampai tua okay!






Actually, it's not me who should celebrate my birthday. Sebenarnya ni hari mak kita lahirkan kita. So, to Mak, today is the day you're battling the pain for me 25 years ago. And this year, I've experienced that pain. Sakit woo! Tapi tak aci la sebab mak pakai bius, akak tak pakai bius pun. Thank you so much Mak. We should celebrate together right?


Hai, Mak!




To all of my bestfriends, you guys are the best! Thanks sebab sudi kawan dengan orang yang socially awkward macam aku. I don't need hundred friends to enjoy the life, I just need few bestfriends to be there when I needed, my best and my worst. Thank you so much!




Well. Thank you jugak kalau ada yang wish di Facebook ke, Twitter ke. Aku tak dapat reply sebab tak boleh bukak. Eh, ada ke orang yang wish? Hmm... 




Btw, dah lama aku tak post gambar kat blog kan? Aku letak la sikit yang latest. 




Newly dad. First time dukung anak sendiri. Eh, bukan bukan. First time dukung baby seumur hidup. Hahahaha!



Diorang ni geng. Fine, ibu sorang-sorang. Fine. Sob sob...




Kan dah cakap, diorang geng! T_T




Ibu sorang je buat muka comel tak menjadi. Fine lagi...




Yang atas tu Ibu, yang bawah tu Ayah.


Nope.








Till then. Assalamualaikum.