Monday, September 29, 2014

20 Facts About Me

Salam






Sekarang ni kan ramai yang dok "20 facts about me" kat Instagram. Jia, Tasha, Yayang dah tagged aku benda yang sama suruh buat tu. Tapi aku tak boleh masuk Instagram buat masa ni sebab my current phone tak boleh support apps even Whatsapp. Bengang betul! Yelah, beli pun murah, so tak boleh nak expect much la, kan?



I'm trying to not share "cliche" facts macam fav food la, fav drink, hobbies, anak ke berapa or whatever ok?



So, boleh tak aku buat 20 Facts About Me kat blog je? hehehe..



20 Facts About Zaty Arifin



1. Nama penuh Nur Izzatti Binti Arifin, lahir di Petaling Jaya, Selangor pada Oktober 1989. Dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Mak ayah asal Negeri Sembilan, mereka sekampung, rumah tak sampai 100 meter, tapi kawin lambat sebab ayah banyak travel dulu, last last lekat dengan orang kampung jugak kahkahkahkah!


2. Bernikah dengan Muhammad Syamim pada 16 November 2012. Menjadi ibu kepada Muhammad Rayyan Qushairy pada 12 April 2014. Both of my boys are awesome!


3. Masa tengah bersalin, masa tengah push tu, aku bergaduh dengan doktor. -_-" I'm truly sorry, doctor.


4. Pernah menjadi ketua kompang sekolah menengah, president Kelab Badminton and wakil sekolah menengah, wakil nasyid sekolah menengah, juara pertandingan melukis poster anti-dadah sekolah rendah.


5. Belum ada lesen kereta, motor, menembak, scuba diving, etc.


6. Seumur hidup, tak pernah beli handphone sendiri. Semua orang bagi. Ayah bagi, adik bagi, Syamim bagi. My latest phone ni ialah phone yg pertama beli sendiri. Tapi tulah, handphone murah. Amende ntah tak boleh support too much apps. Whatsapp pun tak boleh support. Pfffttttttt


7. First time naik flight masa pergi Bandung dengan family-in-law. Yup, itu first time.


8. Orang yang tak rapat dengan aku akan judge aku ni sombong, muka garang, bla bla bla. Padahal aku pemalu.. Tak tau kenapa susah sangat nak mesra and talkative macam Tasha but i'm trying to build my confidence level to be part of community. Cehhh.... Haaa tapi, kalau dengan orang yang rapat je tau perangai sebenar aku macam mana.


9. I'm not easy to fall in love, but once I did, I'll truly in love.


10. Aku ada pandangan sceptical terhadap good-looking guy dimana aku akan judge diorang ni cannot be trusted. Once you fall in love with them, just prepare to be hurt. Tak semua macam tu tapi so far yang aku jumpa kebanyakan macam tu la. Jenis yang dia ada aset iaitu good looking, petik jari sepuluh datang beratur. Dia rasa girls can easily falls for his beautiful face. Urghh ┌∩┐(◣_◢)┌∩┐


11. Ada habit iaitu genggam tisu. I don't even know why.


12. Boleh pegang ular sawa, tarantula, kala jengking, iguana dan lain-lain haiwan exotic, kebolehan tangkap cicak guna tangan, pegang lintah yang tengah hisap darah kat kaki, pernah bela Sugar Glider. Tapi satu je tak boleh. LIPAS. Nampak lipas macam nampak hantu, lintang pukang lari. T_T


13. Love cats, horses, rabbits, husky dogs or any cute animals. I'm an animal lover.


14. Suka kumpul lipstick. Especially jenis Matte. Kalau lipstick tu bukan jenis matte, lepas satu sapuan aku akan dap dap sikit. Then sapu lagi sekali dan dap dap sekali lagi. Tadaaa! Favorite lipstick colour is red.


15. Nak katakan hebat memasak tu tak lah. Tapi suka and enjoy memasak. Lebih-lebih lagi lepas kawin. Lepas kawin, Food Network tu terus jadi favorite channel.


16. Suka menyanyi. Lagi best kalau menyanyi sambil main gitar atau piano. Dulu zaman bujang selalu jugak pergi karaoke dengan bestfriends. Now priority untuk anak pulak. Dah tak boleh dah nak berjimba maacm zaman bujang dulu kekekekee


17. Genre music yang sentiasa dalam playlist ialah alternative rock, pop punk, metalcore, hardcore, or any genre with great music and REAL instrument. Real instruments maksudnya guna guitar, bass, drums, piano, violin, kompang, rebana, seruling, angklung, gendang, kerincing. Bukan bunyi electronic robot atau alien sesat atau bunyi machine rosak contohnya macam dubstep or electronic. 


18. Pernah la jugak jadi part time model and part time photographer Ala, part time je. Sekejap je pun. Setakat nak cari duit poket lebih, mencari sesuap kuey teow goreng.


19. Coffee lover. Masa pregnant pun minum jugak walaupun ramai yang tak bagi minum sebab takut hemoglobin level rendah. Latte is my most favorite coffee.


20. InsyaAllah one day nak buat business sendiri. Aku minat buat benda-benda creative ni contohnya hantaran, bridal headband, and wedding veil. Dulu masa aku bertunang and nikah, hantaran dengan wedding veil aku buat sendiri. Rasa berbaloi sebab buat sendiri and jimat sikit. Hantar kedai sumpah mahal woii! Aku ni kedekut.










Ni je kot 20 facts about me. Nak tag ke? Macam tak payah je sebab dah lambat sangat. Aku ni dah ketinggalan dah ni. Okay! Wait for my next post ya! Tu pun tak tau bila next post.



Till then. Assalamualaikum!










Wednesday, September 17, 2014

Hello, blog!

Salam




Lama tak menaip entry baru. Means, banyak perkara yang berlaku sepanjang lima bulan since last entry aku pasal aku lahirkan Rayyan. Bukan taknak berblogging dah, tapi masa aku sekarang ni dah more to family. Facebook pun aku dah tak aktif. Nak nak sekarang ni smartphone aku rosak, so all the social media tu terabai. InsyaAllah dah beli phone baru nanti aku aktif balik Twitter, Instagram, semua. 



Rayyan dah lima bulan. Dia dah pandai meniarap....dan membebel. Haha! Makin hari makin dia membesar dengan baik. Waktu tidur pun dah start teratur sikit walaupun aku ada jugak bangun malam sebab Rayyan lapar or tukar diaper. Aku ajar Rayyan tidur awal since dia tiga bulan. Pukul 8pm je terus tutup lampu, so dia tahu waktu malam tu waktu untuk tidur. 



Buat masa ni, ini jelah yang aku dapat share. InsyaAllah ada masa aku update lagi. Letak gambar Rayyan sekali. ^_^










Till then, Assalamualaikum.