Sunday, May 4, 2014

I'm A Mother Now

Salam










Alhamdulillah, seorang lagi hamba Allah telah lahir di dunia ini. Syukur sangat semuanya selamat, baik ibu, baik baby.


Haihh lama dah tak typing! Last entry pun ntah bila tarikhnya. Padahal dalam draft ada banyak benda nak post, tapi save dulu dalam draft pasal hal-hal tak dapat dielakkan.


Jadi, kali ni nak cerita pengalaman bersalin 23 hari lepas.




Jumaat, 11 April 2014

Hari kedua selepas start cuti. Cuti bersalin baru je start semalam, 10 April. So, macam biasa. Bangun tidur, salam tangan Syamim sebelum dia pegi kerja, solat, tengok tv, breakfast, then sambung tidur balik.

Lepas bangun tidur tengah hari tu, start rasa senggugut sikit. Rasa senggugut tu lebih kurang selama 30 saat (kot), tak sampai seminit pun sakitnya. Lepas tu hilang dah sakit. Then 20 minit kemudian, sakit balik. Jarak rasa sakit senggugut tu tak tetap. Kadang-kadang 20 minit, ada 10 minit, 15 minit, 20 minit balik, 15 minit balik, 10 minit. Kira masih belum sakit yang konsisten la. Time tu, fikir, nak bagitau Syamim ke tak? Kang kalau bagitau, takut False Contraction pulak. Takpe, tunggu Syamim balik rumah dulu lah!


Petang

Syamim dah balik. Sakit senggugut tu masih ada. So aku decide nak bagitau Syamim. Bila dah bagitau, dia suruh bagitau kalau rasa sakit tu datang sebab dia nak kira timing.

10 minit.... 13 minit.... 11 minit.... 10 minit....

Dah tak ada 20 minit lagi dah, means dah makin konsisten dari tengah hari tadi. And sakit tengah hari tadi rasa biasa-biasa je, senggugut yang mild je, now makin sakit tapi takde la sakit melampau. Atas sikit dari mild.


Malam

Syamim ajak pergi hospital. Sebelum tu, sempat lagi makan Kuey Teow Goreng beli kat kedai depan. Dah tak sempat nak masak, bungkus jelah. Haha! Lepas makan, aku mandi and siap-siap nak ke hospital.

Sampai di hospital, nurse suruh ke labour room untuk check jantung baby, contraction, and bukaan. Jantung baby ok, contraction masih tak konsisten. Doktor check pula bukaan dah berapa. Malangnya laluan masih belum buka lagi so kena lah balik dulu.

Dah sampai rumah, contraction dah start konsisten. Lebih-lebih lagi masa tidur. Aku sentiasa genggam lengan tangan Syamim setiap kali contraction. Setiap kali aku genggam, dia akan tengok jam. Sah contraction dah every 10 minutes. Malam tu aku tak dapat tidur menahan sakit. Hanya dapat tidur-tidur ayam je.



Sabtu, 12 April 2014


Pagi tu, contraction makin kuat. Means, makin sakit. Lebih kurang senggugut tahap tak boleh tahan punya. Doa Nabi Yunus tak putus-putus aku baca sejak malam tadi dengan harapan dapatlah kurangkan sikit rasa terseksa ni.

Start pukul 11 pagi lebih, contraction dah datang every 5 minutes pulak. Syamim pun cakap "Ok, pergi siap. Kita pergi hospital. Ni dah betul dah ni." Aku sempat minum air Vitagen je sebab dah tak ada selera nak makan.

Sampai kat hospital pukul 12 tengah hari lebih, jumpa doktor, doktor suruh baring utk check bukaan. Then dia bagitau bukaan dah 4cm. Aku macam "What?? 4cm already??" Doktor jangkakan aku akan bersalin lagi 6 jam. So check jantung baby and contraction first kat labour room. Nurse masukkan ubat berak untuk keluarkan semua najis. Tak lama lepas tu, terus rasa nak membuang. Maybe tujuannya untuk masa push nanti, tak push sekali dengan najis-najis kot. Maybe la.

Bila dah check jantung baby and contraction, doktor suruh masuk ward dulu untuk tunggu yang lagi 6 jam tu. Masuk ward, Syamim ambil beg-beg yang dah memang ready dalam kereta bawak masuk dalam ward, and teman aku yang tengah sakit tu. Makin lama makin sakit.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba terasa nak berak lagi. Aik? Takkan tadi tak berak habis?  So dalam kesakitan tu aku cakap dengan Syamim bawak aku ke toilet sebab rasa nak berak. Masa dia tengah nak angkat aku dari katil tu, tiba-tiba datang rasa sakit teramat sampai aku meneran and terasa macam ada cecair keluar dari bawah yang aku tersalah anggap sebagai cirit. Bila check, its not. Cecair tu ialah air ketuban dengan darah. Syamim terus panggil nurse and nurse pun datang bawak wheelchair untuk ke labour room.


Sampai di labour room, doktor check bukaan bawah. Then semua macam siap-siap dengan equipment bersalin bagai, masukkan air kat tangan kiri aku, doktor pakai latex glove. "Well, this is it!" Ni lah masanya. Aku dah nak bersalin. Syamim sentiasa ada sebelah teman aku. Thanks Syamim :')


Aku disuruh untuk ambil position untuk deliver, kangkangkan kaki, pegang besi di kiri kanan katil. Then aku just dengar doktor cakap "Listen to me. When I say push, you push. When I say stop, you stop." "Ok, angkat kepala. Now push!" "You're doing great!" "Push lagi, dont stop!"

Yang kelakarnya, aku sempat bergaduh dengan doktor masa tengah push tu. Sebabnya? Aku angkat punggung. Lepas tu apa dia suruh buat, aku menjawab balik. Well, time tu dah tak berfikir secara waras dah. Sorry Doc! Hehe..

Disebabkan aku menahan sakit since semalam lagi, so aku tak ada tenaga dah nak push kuat-kuat. Jadi, doktor terpaksa menggunakan vacuum untuk tolong tarik baby keluar sebab takut baby lemas kat dalam. 

Hanya sedikit sahaja koyakan, akhirnya keluar pun baby. Terus doktor letak atas perut aku. Time tu rasa bersyukurnya Ya Allah..! Dia buka mata and pandang aku and Syamim. Aku tak dapat imagine perasaan aku time tu. Happy sangat! Lupa yang kita dah berjuang separuh nyawa tadi.


I introduce you.. 


Muhammad Rayyan Qushairy
bin
Muhammad Syamim


12 April 2014
2.53 pm
2.89 kg










Till then, Assalamualaikum ^_^








No comments:

Post a Comment