Wednesday, March 5, 2014

Masalah Yang Orang-orang Macam Aku Je Yang Faham

Salam







Aku ada masalah. Terutama sekali bila kandungan dah besar.


Kebanyakan baju aku dah tak muat. Apatah lagi jeans. Even maternity jeans pun aku dah tak selesa dah nak pakai. Bukan sebab aku dah gemuk tapi sebab rasa ketat kat pinggang and risau baby dalam perut tak selesa.


So, yang menjadi permasalahan disini ialah aku gagal sikit bab shopping.




Antara sebab kenapa aku cakap aku gagal? 




# Situasi 1


Dah masuk dah kat dalam one of boutique kat mall. Belek-belek baju. Wah cantik! getus hati (ecehhh). Belek lagi. Belek punya belek, tiba-tiba ada satu suara dalam hati bertanya "kau perlu ke baju ni?" "kau selalu pakai ke baju ni nanti?" "tak rasa membazir ke duit kau?" Lalu aku letak balik baju yang aku dok belek lama tu. T_T





# Situasi 2


Tengah belek-belek baju. Capai satu baju, tunjuk kat Syamim

"Syamim, ok tak baju ni?"

"Hmm...." Dia berfikir. "Baju ni kena pakai inner kan?"

"Haah"

"Tak payah la. Rimas la asyik beli baju yang kena pakai inner je."

"Hmm.. Ok." Letak balik baju tu. Lepas tu terfikir, Eh, siapa yang nak pakai baju ni? Aku ke Syamim? Apsal pulak Syamim yang nak rimas ni? sambil sedut Chatime.





# Situasi 3


Tengah tengok-tengok baju kat online shop. Konon nak shopping online. Jumpa dah baju yang berkenan. Click untuk masukkan item dalam shopping cart.

Esoknya, masuk lagi dalam website yang sama. Tengok balik item dalam shopping cart. DELETE. Sebab? Rasa tak perlu. Pffftttttttttt.....!!!!!!!!!!!









So, siapa yang rasa-rasa mempunyai masalah yang sama dengan aku? Kita geng. T_T






Till then, Assalamualaikum.