ads

Monday, December 23, 2013

Sepanjang Lima Bulan Setengah

Salam





Phew phew phewwww!!

Lama gila tak update blog! Setiap kali nak update, tak ada idea. Bila dah ada idea, masa pula yang mencemburui *ecehhhh*.


So, straight to the point. Berbekalkan tajuk utama di atas.

Sepanjang lima bulan setengah nak masuk enam bulan aku pregnant ni, macam macam pengalaman yang aku lalui. dari seawal-awal pregnancy punya morning sickness sampailah sekarang ni yang tengah tendang-tendang dalam perut. Haaaa....




Tiga bulan pertama. 



Aku dah macam mayat hidup dah sebab morning sickness aku sangat sangat sangat sangat teruk! Eh jap. Bukan Morning je masalahnya. Segala afternoon, evening, night, midnight, dawn, senang cerita tak kira masa asyik muntah, loya and mual-mual je kerja aku. Kalau boleh, nak baring je sepanjang masa. Aku boleh rasa aku dehydrate teruk sebab bibir kering sangat-sangat. Letih sepanjang masa. Berat badan turun.

Selera makan? Langsung tak ada! Tiba-tiba tak suka makan ayam dengan daging. Paling menyedihkan, apa yang Syamim masak, semua dah tak boleh makan T_T. Yang boleh telan pun buah-buahan. Air pun tak sanggup nak telan banyak-banyak sebab takut muntah.

Tak boleh masuk dapur. Bau dapur tu umpama bau yang baling busuk dalam dunia. Nasib baik boleh bau suami sendiri. Ada orang sampai bau suami sendiri pun berlari masuk toilet. Sedihnya. 

Disebabkan mual-mual sepanjang masa, so emosi agak terganggu. Aku pernah menangis sebab nak jumpa officemate tapi dia takde kat seat dia. Menangis sebab lapar sangat-sangat tapi takde selera nak makan. Emo terlebih.





Sebaik sahaja masuk trimester kedua (tiga bulan keatas)


Muntah-muntah dah kurang walaupun kadang-kadang ada jugak muntah. Dah tak mual-mual. Tenaga dah kembali normal. Pinggang mula lenguh, maybe sebab beban baby makin berat tapi berat still tak naik. Dah lima bulan keatas baru berat naik.

Selera makan dah ada balik. Alhamdulillah dah boleh sikit-sikit makan ayam dan daging walaupun kadang-kadang tolak tepi. So far, mengidam yang bukan-bukan tu tak ada. Just sampai sekarang kalau tak makan Lele Penyet tiap minggu tak sah.

Baju dah mula tak muat kat bahagian perut. Aku paling lemah nak shopping baju baru tapi terpaksa jugak shopping bila seluar dah ketat kat bahagian pinggang.

Apa lagi eh..? Banyak sebenarnya. And perkara yang paling excited sekali bila dapat rasa baby's first kick. Masa tu dah empat bulan. Excited tau tak!!! Sekarang ni lagilah ligat dia gerak. Entah apa dia buat kat dalam tu. Tae Kwan Doe ke, headbanging ke agaknya (mentang-mentang ayah dia metal), belajar main drum ke (musician sangat) aku pun tak tau. Yang penting dia sangat aktif sekarang ni. Even tengah scan pun dia selamba je gerak. Doctor sampai marah "Astaghfirullah al azim budak ni!" baru dia duduk diam. Haha!



Ni jelah dulu update untuk kali ni. Next time aku update lagi eh. Next time tu tak taulah bila. Tapi aku akan cari jugak masa nak update. Tak kira! Tak kira!!



Expected due month.




Till then, Assalamualaikum..