Monday, September 23, 2013

Evening Shift's Limastiga Retreat, Melaka

Salam





Hai!


Ini cerita sebelum aku mengandung, malah seminggu sebelum Ramadhan. Bermakna cerita ni boleh dikategorikan sebagai cerita zaman tivi hitam putih baru nak ada colour. ekekekekeke T_T


Walaupun story dah agak lama, tapi best lagi kalau nak cerita. So, meh kita tengok apa yang kitorang semua buat kat Limastiga Homestay, Umbai, Melaka.






Limastiga ni ialah private homestay hanya untuk Muslim. Terletak di Umbai, Melaka dan berhampiran dengan Muara Ikan Bakar Umbai. Bagi penggemar architecture, korang mesti akan suka dengan senibina gabungan Moden Tradisional homestay ni. First time aku jejak kaki kat sini, aku jatuh cinta terus dengan Limastiga. Serius cantik!








Limastiga sangat sesuai untuk percutian keluarga ataupun kawan-kawan. Tapi make sure kawan-kawan korang tu ramai lebih kurang 20 orang keatas sebab korang sewa satu tempat ni. Yup, satu kawasan Limastiga ni. Jadi, tiada orang luar masa percutian korang. Dah nama pun Private Homestay. Kau nak swimming tengah malam pun takde orang nak larang! Wahhh!!!


Ini blogspot Limastiga untuk rujukan korang semua sebab aku malas nak explain panjang-panjang. Aku nak terus cerita apa kitorang buat kat sini. Yeayy!!


Kami semua sampai di Limastiga selepas yang lelaki selesai Solat Jumaat di Ayer Keroh. Kami disambut dengan welcome drinks dan owner Limastiga. Bila dah sampai, ada yang tak tahan tengok swimming pool tu macam memanggil-manggil suruh berenang kat dalamnya.


Bila dah petang, Hi-Tea session bermula. Maka sekumpulan dari kitorang bertanggungjawap untuk menyediakan hidangan Hi-Tea untuk semua. 







Diketuai oleh Chef Wan Hazman (ececehh..), kitorang semua bertungkus lumus menyediakan Sandwich Tiga Tingkat! Kemain kau nama.. Aku duduk membelakangi kamera sebab malaih nak tunjuk muka penat selekeh dan sebagainya. T_T Maklumlah, aku dengan Syamim je yang naik bike, yang lain berkereta.




Sambil menyiapkan Hi-Tea, sambil berborak dan ketawa. Ececeehhh.. Kenduri sangat!



Maka ramailah yang datang nak tolong.. Tolong ambil sandwich yang dah siap dan bawak lari lalu ngap! Amboih!!


Termasuk suami saya sendiri. Cehh! Fefeeling letteww makan sambil celup kaki dalam kolam.. 



Maka, semua dapat sandwich masing-masing. Sedap! Kenyang sebab sandwich tu tiga tingkat kann.. 






Malam menjelma. Selepas mandi dan solat maghrib, aku tertidur dalam bilik sebab pening kepala. FYI, bilik aku dan kawan-kawan perempuan berada di tingkat atas di dalam gambar, berhadapan dengan kolam. So, boleh nampak kolam dari balcony. 

Maka, kejadian seterusnya berlaku ketika aku tengah tidur.



Ada yang masih solat. 


Yang dah solat, watching TV pulak.


Tapi yang paling tak boleh blah ialah mereka yang bermain Polo Air!! Kecah kolam!








Yang tak join boleh jadi pengadil kat tepi. 


Dari bilik aku boleh dengar jelas diorang ni bersorak bersuka ria. Suara Syamim pun tak ketinggalan jugak. Kenal sangat!


Entah berapa lama aku tidur, tiba-tiba Adiah kejut aku. Dia cakap "Syamim suruh kejut. Kalau tak bangun, dia sendiri datang kejut." Amboii, ketegasan Syamim tu membuatkan aku terus bangun pakai tudung, terus turun bawah. Haaa, mithali tak? ekekekekkeke





Rupanya Syamim suruh Adiah kejut aku sebab barbecue session dah start. Takut aku terlepas kambing resepi dia lettew! Haha! 



 Thumps Up Kambing Resepi Syamim! Makan pulak dengan black pepper sauce, umphh!



 Ramai menjamu selera hidangan barbecue untuk dinner.



Siapa yang tak makan kambing, boleh makan ayam bakar juga resepi Syamim. Pun sama Yummz!


Dah kenyang, relax pulak. Ada yang sambung swimming. Maklumlah, swimming pool tu kitorang yang punya untuk dua hari :P



Siapa kata malam kami dah berakhir?? Belum lagi. Ada lagi akiviti selepas makan. Seterusnya ialah Karaoke Session! Sesi kegemaran ramai!






Bilik karaoke setaraf Red Box malah ruang yang spacious dan sound yang mengagumkan! *ClapClapClap! 

Suara sedap atau tidak, persetankan itu semua! *ClapClapClap! 

Lepaskan tekanan kerja dan menyanyi sepuasnya kerana anda hanya ada satu malam sahaja! *ClapClapClap!




 Hamek kau, metal terus Syamim bagi. Padahal lagu Faizal Tahir je pun~







Ofcoz aku join sekali. Ihiks!



Karaoke session tamat pukul 1 pagi. Namun, itu bukan penamat bagi sebahagian dari kami. Ada yang tidur awal, dan ada yang masih berbual. Aku salah seorang yang masih berjaga. Gadis-gadis lain semua dah tidur, aku masih main gitar dengan budak-budak lain.

Masa berborak, ada yang tanya kehidupan aku selepas kawin macam mana, Syamim kat rumah macam mana, kenapa korang gelar diri "aku" "kau". Macam-macam pertanyaan ditanya oleh diorang. Yang menariknya, yang bertanya tu semua lelaki. Ahak! Rasa pelik sikit laa lelaki bertanya soalan agak keperempuanan. hihi



The next day ialah hari terakhir kami disini. Ada yang swimming untuk kali terakhir sebelum check out pada tengah hari. Aku, Leha dan Adiah pun mengambil kesempatan swimming awal pagi time ramai yang masih tidur. Lagi pun Syamim temankan sekali, so aku takde lah risau sangat. Aza sorang je tak swimming. Bila dah ramai yang bangun tidur, kami semua cepat-cepat keluar dari kolam dan masuk dalam bilik untuk mandi dan bersiap. 







Selepas breakfast, semua bersiap untuk check out. Maka, berakhirlah short holiday kami di Melaka. Ada diantara diorang yang ke Bandar Hilir dan Pantai Klebang. Tapi aku dan Syamim terus balik KL sebab ada hal tertentu nak diuruskan.


Kepada yang berminat tentang Limastiga, boleh click link dan check sendiri rates dan packages yang disediakan. Limastiga sangat berbaloi dan layak mendapat 5 bintang dari aku. ^_^








Till then. Assalamualaikum...







10 comments:

  1. cantiknye tempat ni...karaoke tu masuk package sekali or bayar asing sbb tgk website karaoke sejam 40 hengget

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam package tu tak termasuk karaoke. so, kalau nak karaoke sekali, sejam rm40.

      Delete
  2. Salam kenal zaty.. Cantik gila homestay ni.. Seronok jugak kalau dapat holiday sini.. Semua lengkap.. Berendam dalam kolam & Karaoke tu part paling best kot.. Hehe..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  3. OHMANGAIIII.CANTIK GILA ! KENAPA TAK PERNAH TAU WUJUDNYA TEMPAT NI T_T

    ReplyDelete
  4. Aslm, tumpang tanya...satu rumah kat limastiga ada limit berapa org ke? Sy plan nak pergi dgn kwn2 dlm 15 perempuan 6 lelaki and 13 budak. Kot bleh sumbat 1-2 rumah...save sket hihi.

    ReplyDelete
  5. can give me a contact ?
    i need to book this week on saturday,available?

    ReplyDelete
  6. salam...
    just na tau..
    mmg kne g rermai ke.?
    die x sediakan utk utk max 4 org je ek?

    ReplyDelete
  7. salam...
    just na tau..
    mmg kne g rermai ke.?
    die x sediakan utk utk max 4 org je ek?

    ReplyDelete