Thursday, July 11, 2013

Majlis Bertandang Jia Shamsuri



Salam




Dah sebulan. Dah sebulan baru nak cerita ye, Zaty? Bravo, bravo! Pffttttt...!


Hmm.. Sepatutnya, aku harus attend kenduri Jia di Jerantut pada 25hb Mei 2013 TAPI! Waktu tu aku berada di Bandung.. T_T


Jadi..


Demi memenuhi jemputan Jia, sejurus balik dari Bandung, aku sanggup ke Kuala Terengganu walaupun demam dan kehilangan suara. Arghhh, aku tak kira! Aku sanggup redah semua halangan! Naik motor menuju ke KT dengan suami. Motor je tahu! Nak naik kereta, minyak mahal, tol mahal! Aku kedekut orangnya, suka pada penjimatan. Jadi, motor adalah pilihan. Hujan? Takut basah? Ala, hujan je, bukan api pun kan. Belum pernah lagi aku dengar orang mati ditimpa hujan.


Gerak dari Seri Kembangan pukul 12 tengah hari. Makan jap kat Mekdi sebelum masuk Karak pukul 1 tengah hari. Nak ke Ganu ni terpaksa berhenti banyak kali sebab sakit nau pinggang makcik ni ha. So, sampai Kuala Terengganu pukul 7 malam.


Dah sampai sana, bukan terus check in hotel. Gagah dok mencari rumah pengantin belah lelaki dulu. Sebabnya? Taknak sesat esok. Time nak ke kenduri, time tu lah baru nak sebok mencari rumahnya. Kalau rumah Jia kat Jerantut tu tak payah cari sebab pernah pergi.


Alhamdulillah, berpandukan peta dalam kad kahwin yang diberi, rumahnya tak susah pun nak cari. Sampai sekarang ingat lagi jalan nak ke rumah tu. Bila dah jumpa, aku dengan Syamim pergi makan dulu sebelum cari hotel mana nak duduk. Cari hotel? Yup, aku tak booking hotel pun. Terjah je mana-mana hotel yang nampak semenggah sikit, tanya ada bilik kosong ke tak.


Entah kenapa, ramai pulak yang datang bercuti di Kuala Terengganu ni. Hotel sentiasa penuh. Kalau ada pun, yang tinggal hanya Suite yang memang tak mampu la nak membayarnya.


Nasib baik bila tanya kat Primula Beach Resort, ada bilik kosong lagi. Phewww..! So, jam hampir pukul 10 malam, barulah aku dengan syamim dapat meluruskan tulang pinggang. Penat tau tak!




Check in dah..



Esoknya, after breakfast, lepak dulu tengok tv kat bilik sebelum check out pukul 12 tengah hari. Kemudian, bolehlah terus ke kenduri rumah family pengantin lelaki iaitu Anuar, husband Jia.


Pengalaman pertama aku disini iaitu meja makan tetamu lelaki dan wanita diasingkan. Syamim yang pemalu sangat tu mintak kebenaran ayah Nuar untuk makan dengan aku kat meja tetamu wanita sebab dia segan makan sorang-sorang. Hakhakhakhak!



Hai, Jiapang! Tantek bajuwww.. ^_^


Rombongan Jia sampai dalam keadaan hujan yang ala-ala manja baru nak turun. Ada orang cakap, kalau hujan renyai-rengai masa bersanding, pasangan tu sejuk. Sejuk ke?? Kehkehkeh..








 Family Jia



 Comel je budak-budak pakai baju macam ni. Apsal la aku tak ada idea langsung nak buat macam ni dulu?







Lepas bersanding, aku terus serang Jia, salam-salam, borak-borak seminit dua. Sebab dah nak balik dah, tak boleh tunggu lama-lama. Nanti sampai KL lambat, lagipun Highway Karak waktu malam seram! Haishh..!



Congrats, Jiapang! Nak tengok mini Jia cepat-cepat. :P






Till then. Assalamualaikum.




3 comments:

  1. hai.. salam kenal,
    follower no.65
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  2. cantiklah dye punya pelamin
    simple but nice
    and love the colors too

    ReplyDelete