Tuesday, July 2, 2013

Bandung Family Trip : Part 3




Salam









Hari ketiga ada sedikit berbeza dari hari sebelum ni. Sikit je lah. Part yang masih sama tu ialah kami masih SHOPPING! Yes, masih lagi walaupun aku dah tak larat dah nak beli apa-apa. Tapi FOS yang kitorang pergi time hari ketiga ni agak best! Sebab tempat dia seolah-olah kau kat Bali sekarang ni. Bhahhahahaha..



Sarapan dulu kat hotel.


Haa nampak patung gajah tu? Dia say Hai! Tak, tipu je.
















Kan?? Macam Bali kan? Boleh la kot sikit-sikit. FOS yang kami pergi ni ialah Rumah Mode. Nak pronounce Mode tu Mo-Day. Get it? Faham tak?? Mo + Day = Mode. Harap faham ye.



Ikan kat Rumah Mode gemuk-gemuk boleh buat potong jari kalah Piranha woii.. Siapa-siapa bajet cool bajet hero tu (macam aku) berani sentuh ikan-ikan ni, hebakk..!


After Rumah Mode, macam biasa, pergi lunch dulu sebelum balik hotel sebab kelainan yang dikatakan hanya ada pada waktu petang. So, balik hotel, lepak-lepak lewwwww...


Sebelum ke aktiviti yang best petang tu, kami merayau jap sekitar Bandung. 


 Kepada sesiapa yang masih belum tau, kereta putih tu bukan Myvi tau. Tu Toyota Passo. Perodua tiru design Passo and Passo tak masuk Malaysia. Harap maklum.



Ni pergi melawat museum tapi tak ingat museum ape tah.



Patung ni kalau kita lalu tengah-tengah malam boleh sakit mental. -_-"



Jalan kat Bandung ni tak sah kalau tak jammed. Aku tabik spring warga Bandung yang sangat penyabar dan sentiasa cool menghadapi hari hari begini..


 Rakyat Malaysia, mampu tabah seperti mereka?


Dan seperti bapak ini yang relax je main Facebook, Twitter, Instagram, Keek, Plurk, dan lain-lain ketika jammed. Muka tak stress langsung! Aku walaupun tak drive tapi tension gila kot!!!




Dan setelah menghadap jammed hampir dua jam, kami sampai jugak disini!


Angklung Udjo. 


 Muka dapat icecream free


 Dua pengacara berpakaian batik yang cantik!


 Showtime!


Kami sampai di Angklung Udjo untuk melihat persembahan angklung dan semua penonton berpeluang bermain angklung dan menghasilkan lagu!


Angklung ni diberikan kepada setiap penonton untuk belajar bersama.


 Persembahan dari pelajar senior tempat ni. Hebakk!!


Paling hebak dia ni. Dari awal aku dok usha cara dia mainkan angklung yang berderet tu. Sangat laju. Hebakk hebakk.. Tskk *nangis terharu



 Acara terakhir, semua pelajar Angklung Udjo ni akan tarik penonton yang bertuah untuk menari bersama.


 Termasuk aku. Yang lupa nak letak beg dulu.. -_-"


 Main sep sep tom tom pulak.


Nasib baik comel!



Waktu malam macam biasa. Dinner, then pergi jalan-jalan kat bawah, singgah The Suga Rush.. Singgah kat Suga Rush macam dah jadi perkara wajib setiap malam. Hewhewhew..







Pemandangan waktu malam dari tingkat 10, Hotel Gino Feruci, Bandung.




Next day pulak, nanti aku cerita pasal gunung berapi. Kita belajar geography next time, OK? Ngeeeeee!! :D










Till then. Assalamualaikum..







1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete