Thursday, July 11, 2013

Majlis Bertandang Jia Shamsuri



Salam




Dah sebulan. Dah sebulan baru nak cerita ye, Zaty? Bravo, bravo! Pffttttt...!


Hmm.. Sepatutnya, aku harus attend kenduri Jia di Jerantut pada 25hb Mei 2013 TAPI! Waktu tu aku berada di Bandung.. T_T


Jadi..


Demi memenuhi jemputan Jia, sejurus balik dari Bandung, aku sanggup ke Kuala Terengganu walaupun demam dan kehilangan suara. Arghhh, aku tak kira! Aku sanggup redah semua halangan! Naik motor menuju ke KT dengan suami. Motor je tahu! Nak naik kereta, minyak mahal, tol mahal! Aku kedekut orangnya, suka pada penjimatan. Jadi, motor adalah pilihan. Hujan? Takut basah? Ala, hujan je, bukan api pun kan. Belum pernah lagi aku dengar orang mati ditimpa hujan.


Gerak dari Seri Kembangan pukul 12 tengah hari. Makan jap kat Mekdi sebelum masuk Karak pukul 1 tengah hari. Nak ke Ganu ni terpaksa berhenti banyak kali sebab sakit nau pinggang makcik ni ha. So, sampai Kuala Terengganu pukul 7 malam.


Dah sampai sana, bukan terus check in hotel. Gagah dok mencari rumah pengantin belah lelaki dulu. Sebabnya? Taknak sesat esok. Time nak ke kenduri, time tu lah baru nak sebok mencari rumahnya. Kalau rumah Jia kat Jerantut tu tak payah cari sebab pernah pergi.


Alhamdulillah, berpandukan peta dalam kad kahwin yang diberi, rumahnya tak susah pun nak cari. Sampai sekarang ingat lagi jalan nak ke rumah tu. Bila dah jumpa, aku dengan Syamim pergi makan dulu sebelum cari hotel mana nak duduk. Cari hotel? Yup, aku tak booking hotel pun. Terjah je mana-mana hotel yang nampak semenggah sikit, tanya ada bilik kosong ke tak.


Entah kenapa, ramai pulak yang datang bercuti di Kuala Terengganu ni. Hotel sentiasa penuh. Kalau ada pun, yang tinggal hanya Suite yang memang tak mampu la nak membayarnya.


Nasib baik bila tanya kat Primula Beach Resort, ada bilik kosong lagi. Phewww..! So, jam hampir pukul 10 malam, barulah aku dengan syamim dapat meluruskan tulang pinggang. Penat tau tak!




Check in dah..



Esoknya, after breakfast, lepak dulu tengok tv kat bilik sebelum check out pukul 12 tengah hari. Kemudian, bolehlah terus ke kenduri rumah family pengantin lelaki iaitu Anuar, husband Jia.


Pengalaman pertama aku disini iaitu meja makan tetamu lelaki dan wanita diasingkan. Syamim yang pemalu sangat tu mintak kebenaran ayah Nuar untuk makan dengan aku kat meja tetamu wanita sebab dia segan makan sorang-sorang. Hakhakhakhak!



Hai, Jiapang! Tantek bajuwww.. ^_^


Rombongan Jia sampai dalam keadaan hujan yang ala-ala manja baru nak turun. Ada orang cakap, kalau hujan renyai-rengai masa bersanding, pasangan tu sejuk. Sejuk ke?? Kehkehkeh..








 Family Jia



 Comel je budak-budak pakai baju macam ni. Apsal la aku tak ada idea langsung nak buat macam ni dulu?







Lepas bersanding, aku terus serang Jia, salam-salam, borak-borak seminit dua. Sebab dah nak balik dah, tak boleh tunggu lama-lama. Nanti sampai KL lambat, lagipun Highway Karak waktu malam seram! Haishh..!



Congrats, Jiapang! Nak tengok mini Jia cepat-cepat. :P






Till then. Assalamualaikum.




Monday, July 8, 2013

Bandung Family Trip : Part 5



Salam












Hari terakhir di Bandung. Pagi tu pergi ke Museum Geologi.



Hey baby.. Wanna ride?











 Tengkorak zaman dolu-dolu







 Ok, Hobbit wujud zaman dulu. Bhahahahaha



 The Hobbit tak pakai baju



Ambil gambar ramai-ramai dulu..




 Pagi Ahad disini ada pasar terbuka depan museum.



Lepaih tu kami pi makan naa.. Lunch dulu sebelum balik hotel semula untuk packing luggage nak balik Malaysia.


 Ecah duckface



Duckface lagi


Bye Bandung!




Maka tamatlah penjelajahan hamba di Bandung. Sekian..








Till then. Assalamualaikum.






Sunday, July 7, 2013

Bandung Family Trip : Part 4



Salam











Kalau boleh nak cepat habis update pasal Bandung ni sebab banyak lagi benda lain nak cerita. So, aku letak je gambar banyak-banyak and caption sikit-sikit ok?




Hari ke empat. Mula-mula ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu. Satu jam lebih masa perjalanan dari hotel.


Gunung Berapi Tangkuban Perahu













Kemudian ke Ciater Hot Spring.














 Katak besau! Attack!!!!







Then, petik strawbewwiii..





Lunch di restaurant di kawasan kampung area gunung.




 Sambil makan, sambil lihat pemandangan gunung yang cantik dan sejuk.



 "Ni rumah Ecah tau!"



 Makan di gazebo dua tingkat. Kitorang makan di tingkat atas.







Balik hotel lepas tu. Swimming jap di pool, and keluar merayau ke Jalan Braga pada waktu malam.



 Dah pandai bagi flying kiss pulak..







 Tengah tunggu Syamim, Syahin and maksu beli Wendy's.



 Then ke The Suga Rush pula untuk beli kek.








Dah, tu je.





Till then. Assalamualaikum.





Wednesday, July 3, 2013

Qaira Hijab Launch and Girlfriends Day Out

Salam










Jia call pukul 12.30 malam, malam sabtu.




"Zaty, kau free tak esok?"

"Eh, kenapa ni? Kenapa ni??"

"Free tak?"

"Err.. aku balik kampung esok tapi taklah nak cepat sangat. Nak hantar kain aku beli kat Bandung je kat mak aku, nak buat baju raya. Ha, kenapa?"

"Tak, aku nak ajak kau pergi butik launch esok, kat Seksyen 9 Shah Alam.. "

"OK! Pukul berapa? Jumpa kat mana?"




Actually dialog lagi panjang dari ni siap ada suara putus-putus, call disconnect, whatsap, dengan SMS sekali. So, tak payah detail sangat lah ek. Hehe.




"Ajak Tasha sekali kalau dia free"

"Baik!" kata Zaty sambil mendial nombor Tasha. Trruuutttt trrrruuuutt... Tak angkat.

"Dia dah tidur kot Jia :("

"Ala, kau hantar la mesej kat dia. Mana tau Subuh-subuh esok dia bangun, dia baca mesej."

"Baik!" kata Zaty lagi lalu menaip mesej kepada Tasha









"Tasha, Jia tanya esok pagi free tak sebab dia ajak kita hangout dengan dia sebab dia rindu sangat dengan kita. Aku dengan Jia dah confirm nak jumpa kat Plaza Masalam pukul 10.30 pagi depan Pelita. Kitorang just tunggu confirmation dari kau sorang je ni. Hope kau dapat hangout dengan kitorang sekali sebab kita dah lama tak lepak bertiga. Kbai."
 SMS yang bukan seratus peratus ayat sebenar.





 

Beberapa minit kemudian. Tasha call.




"Hello, Zaty. Aku tidur tadi. Jia ajak jumpa kenapa?"

"Tak, dia ajak pergi butik launch je"

"Hek eleh!"





Bhahahhahahhahahahhaa!!!



Thanks kepada Syamim yang sangat memahami isteri dia ni yang memberi kebenaran untuk hangout bertiga dengan my girlfriends. So, Syamim hantar aku ke Plaza Masalam di Seksyen 9 Shah Alam sebelum dia pergi settlekan hal dia pulak.




Three of us. The Power of Girlfriends now ACTIVATED!





First, kita serang Qaira Hijab! Qaira Hijab ni owner nya ialah salah seorang lecturer kat Unisel. Dia la yang jemput Jia datang launch butik ni. And Jia ajak kitorang sekali. Thanks Jia!






At Qaira Hijab Launch




Tasha dengan Jia je beli shawl, aku tak beli pun time ni. Then diorang beli satu half moon shawl yang sama sebagai signature kitorang la and suruh aku beli sekali. Tapi aku taknak atas alasan tak tau nak pakai bila. Pergi kerja pun simple je. Haishh..



 

Lepas shopping di Qaira Hijab, marilah kita makan! 




Ahoyy!


Makan di lower ground floor Plaza Masalam di Japanese Restaurant. Disinilah day out menjadi lebih sempurna!








Memandangkan sekarang aku dah more to healthy food, jadi masa diperuntukkan untuk meneliti menu menjadi lebih lama. Lebih-lebih lagi nama makanan semua dalam bahasa jepun so nak kena baca description satu persatu. Lebih dari lima belas minit aku dok meneliti natang ni. -_-"




Sementara nak menanti makanan yang dah diorder, mari kita camwhore secara gerila!












Gerila tak? Hewhewhew..





Dan apabila makanan dah sampai...


Yum!




Jia makan Unagi, Veggie Tempura and Chawanmushi. Tasha makan Tobiko Sushi and Chawanmushi. Aku pulak makan Mountain Veggie Soba and Tobiko Sushi.



Biasalah, bila last jumpa bertiga pun time wedding aku kat Rembau, 7 bulan kemudian baru nak jumpa, memang panjang la borak nya. Lebih-lebih lagi aku dengan Jia dah kawin, cerita pasal kawin jelah. Tasha siap buat sesi soal jawap pulak dengan kitorang memandangkan dia masih 'budak' lagi bhahahahahhhahaha!!



Baiklah,  untuk Jia and Tasha.. Aku ada surprise untuk korang.




*
*
*
*
*
*
*
*
*










Aku beli secara online kita punya friendship halfmoon shawl ni sehari selepas kita pergi Qaira Hijab. Ngeee..!






Till then. Assalamualaikum!








Tuesday, July 2, 2013

Bandung Family Trip : Part 3




Salam









Hari ketiga ada sedikit berbeza dari hari sebelum ni. Sikit je lah. Part yang masih sama tu ialah kami masih SHOPPING! Yes, masih lagi walaupun aku dah tak larat dah nak beli apa-apa. Tapi FOS yang kitorang pergi time hari ketiga ni agak best! Sebab tempat dia seolah-olah kau kat Bali sekarang ni. Bhahhahahaha..



Sarapan dulu kat hotel.


Haa nampak patung gajah tu? Dia say Hai! Tak, tipu je.
















Kan?? Macam Bali kan? Boleh la kot sikit-sikit. FOS yang kami pergi ni ialah Rumah Mode. Nak pronounce Mode tu Mo-Day. Get it? Faham tak?? Mo + Day = Mode. Harap faham ye.



Ikan kat Rumah Mode gemuk-gemuk boleh buat potong jari kalah Piranha woii.. Siapa-siapa bajet cool bajet hero tu (macam aku) berani sentuh ikan-ikan ni, hebakk..!


After Rumah Mode, macam biasa, pergi lunch dulu sebelum balik hotel sebab kelainan yang dikatakan hanya ada pada waktu petang. So, balik hotel, lepak-lepak lewwwww...


Sebelum ke aktiviti yang best petang tu, kami merayau jap sekitar Bandung. 


 Kepada sesiapa yang masih belum tau, kereta putih tu bukan Myvi tau. Tu Toyota Passo. Perodua tiru design Passo and Passo tak masuk Malaysia. Harap maklum.



Ni pergi melawat museum tapi tak ingat museum ape tah.



Patung ni kalau kita lalu tengah-tengah malam boleh sakit mental. -_-"



Jalan kat Bandung ni tak sah kalau tak jammed. Aku tabik spring warga Bandung yang sangat penyabar dan sentiasa cool menghadapi hari hari begini..


 Rakyat Malaysia, mampu tabah seperti mereka?


Dan seperti bapak ini yang relax je main Facebook, Twitter, Instagram, Keek, Plurk, dan lain-lain ketika jammed. Muka tak stress langsung! Aku walaupun tak drive tapi tension gila kot!!!




Dan setelah menghadap jammed hampir dua jam, kami sampai jugak disini!


Angklung Udjo. 


 Muka dapat icecream free


 Dua pengacara berpakaian batik yang cantik!


 Showtime!


Kami sampai di Angklung Udjo untuk melihat persembahan angklung dan semua penonton berpeluang bermain angklung dan menghasilkan lagu!


Angklung ni diberikan kepada setiap penonton untuk belajar bersama.


 Persembahan dari pelajar senior tempat ni. Hebakk!!


Paling hebak dia ni. Dari awal aku dok usha cara dia mainkan angklung yang berderet tu. Sangat laju. Hebakk hebakk.. Tskk *nangis terharu



 Acara terakhir, semua pelajar Angklung Udjo ni akan tarik penonton yang bertuah untuk menari bersama.


 Termasuk aku. Yang lupa nak letak beg dulu.. -_-"


 Main sep sep tom tom pulak.


Nasib baik comel!



Waktu malam macam biasa. Dinner, then pergi jalan-jalan kat bawah, singgah The Suga Rush.. Singgah kat Suga Rush macam dah jadi perkara wajib setiap malam. Hewhewhew..







Pemandangan waktu malam dari tingkat 10, Hotel Gino Feruci, Bandung.




Next day pulak, nanti aku cerita pasal gunung berapi. Kita belajar geography next time, OK? Ngeeeeee!! :D










Till then. Assalamualaikum..