Wednesday, June 5, 2013

Running Man? Apakah?

Salam.





Aku bukanlah seorang peminat K-Pop. Sekadar mengetahui kewujudan K-Pop tu adalah. Drama-drama Korea pun aku hanya tengok tiga je, Full House, Boys Over Flower, dengan Sad Love Story. Tu je.. Sedih kan? Tskk..








Bila dalam timeline twitter mahupun facebook kawan-kawan aku kecoh dok bercerita pasal Running Man, aku tak rasa sedetik pun nak ambil tahu pasal rancangan tu. 

Sampailah pada satu ketika, masa tengah tergolek depan tv, keboringan tak tau nak tengok cerita apa, tukar channel tv randomly, aku pun terrrtonton channel OneHD dimana time tu Running Man tengah bersiaran. 

Dalam hati pada awalnya , "Owh ni ke Running Man yang budak-budak ni dok kalut tu..? Pffttttttt...!" bertukar kepada "OMG kelakar la diorang ni OMG OMG!" Ahh sudah..!



Jadi, walaupun aku lambat sangat tau pasal benda ni, sekarang aku merupakan peminat keras (hardfan) Running Man! Yay!








Antara ketujuh-tujuh ahli Running Man ni, yang paling aku minat ialah Lee Kwang Soo. Kepada yang masih belum mengenali, ini dia Lee Kwang Soo.





Tak, tak.. Jangan terpedaya dengan kecomelan dan ke-gwiyomi-an gambar Kwang Soo di atas. Aku suka dia sebab dia paling malang sekali dalam Running Man! Bhahahahahahah!


Sejak menjadi peminat tegar Running Man ni, banyak kali jugak la aku mimpi aku jadi jemputan diorang. Haaa over kann.. Yang peliknya, aku mesti akan team dengan Kang Gary. I don't know why -_-" Maybe sebab aku banyak dengar lagu-lagu dia kot.



Kang Gary



Leessang


Bagi yang tak tau, Gary ialah member dalam hip-hop duo, Leessang. Haaa rajin sangat google diorang ni tau! Sampai lagu-lagu diorang pun dah tau :P













Dengar ura-ura Running Man akan buat penggambaran di Malaysia. Betul ke? Kalau betul, aku nak jemput diorang kat KLIA sambil bawak sepanduk "I Love Kwang Soo and Kang Gary!!" kat depan Balai Ketibaan. Hey, bukan aku sorang je. Syamim pun minat jugak tau! Haaaaa... :P



So... Siapa minat Running Man, Lari!!!








Till then, Assalamualaikum..





3 comments:

  1. Running Man buat pengambaran di Sabah la..jauh!!! hukhuk...Wa peminat Song Ji Hyo n Kim Joon Kok :)

    ReplyDelete
  2. Episode ape rm buat p3ngembaran kat sabah

    ReplyDelete