Friday, June 14, 2013

Ride Makan Tengah Hari Nasi Beriani, Batu Pahat Johor

Salam








Oh well.. Perkara dah lama berlaku baru nak hapdet. That's me, unfortunately. Sigh*


Ride ni sehari sebelum Federal Election Malaysia, means 4 May 2013. Tujuan : Makan nasi beriani Batu Pahat untuk lunch. Wah wah, lunch je kot, sampai ke Batu Pahat! Dahsyat tak dahsyat.. Haha!


So, kitorang kumpul dulu ramai-ramai sebelum bertolak dalam pukul 9 pagi. Bila dah cukup orang, dalam pukul 10 pagi macam tu, bergoleklah tayar masing-masing menuju ke selatan tanahair. Weee!!



Ni Fara.



Fara ni power! Dia mampu bawak bike seberat 200++ kg tu! Dia bawak sendiri tau! Dia.. hebat.. laju.. Even Syamim punya top speed time tu lebih dari 200km/j pun, Fara still kat depan. Tunang dia jauh ketinggalan kat belakang. Dahsyat betul perempuan ni. Ok aku rasa diri aku kecik je sekarang -_-"


Kitorang sampai kat Batu Pahat around 12 to 12.30 pm. Cepat gila kan? Aku dah tak rasa kaki aku dah time Syamim tengah top speed. Pastu ada sebutir batu kecik terkena kat kaki aku, baru aku sedar aku masih ada kaki bhahahahahha! Sakit pulak tu terkena batu tu. Tskk T_T






Ni lah tempatnya. Kedai Makan Pokok Sena.




Makan kat sini berbaloi! Sepinggan nasi beriani kambing hanya RM6.50!! But aku tak makan kambing, Syamim yang makan. Aku makan nasi beriani ayam, RM5.50 sahaja.





Masing-masing muka bahagia + lapar + excited tunggu nasi beriani sampai ke meja.





Lepas makan, kitorang ambil gambar kat tugu Batu Pahat. Susun bike elok-elok (susun tu bajet macam tengah susun buku je pffttt..!), letak helmet cantik-cantik. Then, pose your rocking style! Yeah Baby!!








Lepas segala kejadian ini berlaku, aku dan Syamim bergerak balik ke kampung aku kat Rembau sebab aku mengundi kat sana. Time nak balik tu, mereka-mereka ni semua layan cornering pulak ikut jalan dalam.


Aku paling lemah bab cornering sebab aku menjerit-jerit kat belakang sorang-sorang. Kenapa sorang-sorang? Sebab, aku sorang je yang menjerit, yang lain tak. Lagi satu, aku sorang je yang tak reti bawak bike besau-besau. Tskk!







Till then. Assalamualaikum.. ^_^





p/s: Waktu paling banyak aku berzikir ialah waktu naik motor. Tak kira motor kecik atau besar. Sedih gila. Sekian. T_T







No comments:

Post a Comment