Tuesday, June 25, 2013

Bandung Family Trip : Part 2



Salam.









Hari kedua ni banyak shopping, shopping, shopping, FOS (Factory Outlet Store), FOS, FOS, makan, makan, dan makan..! Disebabkan banyak FOS yang kena singgah dan banyak berjalan sana sini, maka makan pun kena banyak.



Aku ni bukan seorang kaki shopping yang pantang nampak barang cantik je terus beli. Aku pergi FOS semata-mata nak tengok interior dia je, maka, makanan yang dimakan tidak banyak digunakan lalu disimpan menjadi lemak menjadikan aku agak berisi dalam gambar-gambar dibawah.. T_T



Baru lima hari kat Bandung. Kalau lima minggu??? Semua baju aku dah layak ditukar kepada saiz XXL homaigod homaigod! Terus balik dari Bandung nak diet secara berhemah semula tskkk *nangis* 




Yaa Aisyah!! Si kecik sorang ni bukan shopping pun tapi kuat sangat merayau! Tengok tu!




Syamim : Ecah! Meh ambil gambar meh!
Ecah : OK!! (berlari lari anak sambil tangan buat peace)
Syamim : "Cehh, senang je nak umpan dia ni.."




Ok, Syamim sanggup dukung. Phewww..




 Ecah still dengan 'peace'nya.




Selesai.. Satu outlet. Berderet lagi outlet menunggu.. T_T





Leather Center, maybe. Entah, lupa nama tempat ni. 




Lunch at Simpang Raya.









Nasi Padang yang lauknya berderet and kita tak payah susah-susah nak pergi pilih sebab waiter hantar sendiri. Hohohohoh..




Nasi Padang ni, pendapat aku la kan, almost semua lauknya tidak berkuah. Kalau ada yang berkuah pun, santannya tak pekat macam kat Malaysia. Dan kebanyakan lauknya ialah sayur macam pucuk ubi rebus, sambal cili besar yang digiling kasar, gulai nangka, tauhu goreng, and tempe goreng. Minuman pun air suam je. Boleh dikira bagus untuk kesihatan jugak lah. Mana tak nya, cuba bandingkan dengan lauk-lauk di Malaysia. Ikan patin masak tempoyak, masak lemak cili padi, kari ayam/daging, rendang, semuanya menggunakan santan yang banyak. Lepas tu nak minum air best-best, air tembikai la, sirap limau la, teh ais la, milo ais la. Ish ish ish..



Walaupun Nasi Padang ni lauknya boleh dikira kurang lemak, tapi pengambilan nasi dia agak banyak. Nasi yang banyak pun tak best jugak sebab tinggi kalori. Sebab tu la aku mendadak naik berat badan kat Bandung ni.. Haihh..



Lepas lunch, tak silap, pergi FOS lagi kot. Then baru balik hotel. Lepas Maghrib baru keluar balik untuk dinner. Tengok, makan lagi! Untuk dinner, makan makanan Sunda pulak. 




Tengah tunggu makanan lain sampai



Lepas makan, balik hotel. Lagi sekali kitorang merayau kat Jalan Braga bawah hotel sebab Mimi nak beli lagi kek yang dia beli semalam kat The Suga Rush. Sedap katanya. 





Tengah tunggu giliran nak pilih kek.




Cafe The Suga Rush ni aku suka sangat sebab tak silap aku, semua desert dia termasuk kek dengan macaroon tu freshmade diorang buat sendiri. Owner ada 3 orang which is salah sorang tu memang seorang baker. Ok, sanggup google cari fakta semata-mata nak cari sejarah Suga Rush. And lagi satu yang best tentang The Suga Rush, cafe ni ala-ala french. So kalau nak minum-minum waktu petang dengan boyfie ke, fiance ke, husband ke, scandal ke, dapatlah suasana romantic tu sikit bhahahaa..! Err.. Syamim tak romantik -_-"



Bagi yang nak ke Bandung tu, kalau rajin, singgahlah ke Suga Rush yang terletak di Jalan Braga. Google Map je "Jalan Braga, Bandung", confirm dapat. Takkan aku nak print screen map tu tepek kat dalam blog ni kot. Haihh.. 



Eh, tak pasal-pasal aku promote cafe tu pulak kan. Patut diberi reward ni hakhakhak!







Till then. Assalamualaikum...










2 comments: