Saturday, June 22, 2013

Bandung Family Trip : Part 1





Salam.





Aku telah ke Bandung dengan family mertua aku hujung Mei lepas. Lima hari kami di sana. Flight dari LCCT pukul 6.30 pagi waktu Malaysia. So, gerak dari Klang pukul 4 pagi dihantar oleh paklong Syamim. Dengan mata yang bengkak sebab sanggup tak tidur semata-mata nak tunggu fly ke Bandung. Syamim paling excited, tak tau kenapa.



Mata bengkak akibat tak tidur.



Tapi si kecik ni hyper memanjang. Tengok tu dia punya posing. -_-"


Lepas solat Subuh, baru naik flight. Perjalanan memakan masa selama 2 jam 15 minit tapi tak terasa sangat pun. 



Hakhakhak!


Ini first time aku dengan Syamim vacation ke luar negara sama-sama. Tak luar negara sangat la, Bandung je. That's why Syamim excited sikit. Hehe..


Dah sampai di Bandung dalam pukul 9 pagi macam tu. Kami dijemput oleh seorang pemandu yang memang dah ada dalam pakej, ditugaskan untuk jemput kitorang dan menjadi driver kitorang selama 5 hari di sana. Mula-mula sekali ingat nak check in hotel dulu sebab dah tak larat sangat dah ni tapi check in pukul 1, so tak boleh check in awal. So, jalan-jalan dulu lah!



Ini pemandangan dari parking lot Pasar Baru.



Kat Pasar Baru ni, sempat aku grap sehelai jeans. Pasar Baru ni shopping complex lebih kurang macam Sungei Wang tapi lagi sesak dan padat. So, aku tak merayau sangat kat dalam Pasar Baru. Lagi pun penat sangat sebab tak tidur kan.


Akhirnya, waktu yang ditunggu telahpun tiba. Check in hotel!! Kami menginap di hotel Gino Feruci di Jalan Braga. Hotel ni serius best! Boleh ke website Gino Feruci untuk info, ok?



Gino Feruci, Jalan Braga, Bandung




Kami book 4 bilik. Satu untuk embah dengan maksu, satu untuk mak ayah mertua dengan Ecah, satu untuk Mimi dengan Syahin, and satu untuk aku dengan Syamim. 


Tau tak, lepas check in, dah bersihkan diri semua, aku dengan Syamim tidur sampai maghrib! Tu pun mak ketuk pintu bilik nak hantar makanan sebab driver kitorang tapau makanan untuk kitorang. Wahh..! Dinner Ayam Penyet original dari Bandung kat bilik pun ok. 


Lepas makan, relax kejap tengok tv, Mimi ajak keluar jalan-jalan kat bawah. So aku, Mimi, Syamim and Syahin pun merayau la kejap di Jalan Braga. 




Ini apa yang aku beli masa merayau kat bawah. Macaroon dari The Suga Rush. Enam ketul semuanya. Yumm!




Dia datang kat bilik aku, daripada dia duduk sopan-sopan, aku ajar dia main lompat-lompat katil. Syamim dah geleng-geleng kepala sambil cakap "siapa budak kecik sebenarnya ni?" Bhahahahhaha..! Bila balik bilik Mimi, lompat-lompat kat sana pulak. "Siapa ajar Ecah lompat-lompat ni??" Ops..! Hehehe =P



Maka tamatlah hari pertama. Hari pertama ni tak berjalan banyak sangat pun. Tapi esoknya, masing-masing akan bershopping, rambang mata nak tengok barang-barang semua. 






Till then. Assalamualaikum..








3 comments: