ads

Wednesday, May 1, 2013

Homemade Strawberry Sauce Recipe

Salam.





Hello! Lama dah tak update blog. Jarang nak online dah sekarang ni, sebab hari tu ada annual dinner Media Monitors, aku ada buat performance sikit. So, tiap-tiap malam dok jamming and practice kat rumah dan studio. Bila bangun tidur, dah kena siap-siap pergi kerja. Nak masak kat rumah pun tak sempat. Ni tak lama lagi ada tournament badminton, aku masuk Women Double's Match. Dah nak kena practice dari sekarang.


Aku pulak bukan jenis yang reti pakai smartphone, tak reti nak update blog guna phone Syamim. T_T


Jadi, aku curi masa sikit just nak update satu resepi simple (eceeeehhhh) yang aku buat sendiri dan Syamim tengah gilakannya! It is Strawberry Sauce! Ahaks!


Actually tak lah gah mana pun resepi ni. Lagi pun aku just terfikir nak buat sendiri daripada beli strawberry sauce Heinz yang mahal tu T_T. 


Ok, let's start. Bahan yang aku gunakan ialah semangkuk strawberry dibelah 4, segelas air, setengah cawan gula, and sedikit perahan lemon. Simple kan?


Caranya senang sangat! 

1. Panaskan periuk atas api sederhana, masukkan strawberry dalam periuk and panaskan sebentar.
2. Strawberry tu dah agak-agak panas, masukkan gula pulak. Kacau bagi gula disolve sikit.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam periuk. Kacau.
4. Perah sedikit air lemon kedalam periuk. Kecilkan api.
5. Biarkan sos pekat sikit.
6. Rasa sos tu sikit, kalau kurang manis, boleh tambah gula sikit, or kalau pekat sangat tambah lagi sikit air, kasi adjust kepekatan.
7. Tutup api, biar sos sejuk ke suhu bilik.
8. Masukkan kedalam peti ais untuk sejukkan. Siap!





Sedap kalau makan dengan aiskrim vanilla!



Vanilla Ice Cream and Banana Slices with Homemade Strawberry Sauce. Voila!



Presentation comot sikit. Peduli apa kalau rasa dia awesome!




Sebenarnya banyak resepi aku nak share kat blog tapi tak ada gambar sebab aku terus ngap je bhahahahahaa! Lagipun tak ada masa nak update panjang-panjang. So, kalau ada rezeki dan kerajinan, aku share lah ye!





Till then. Assalamualaikum.







1 comment: