Thursday, May 16, 2013

MM-M 6th Anniversary Dinner 2013

Salam






Dah hampir dua tahun aku kerja di Media Monitors Malaysia. Dan kali ni, sempena anniversary MM yang ke 6 di Malaysia, sambutan tahun ni lebih gah dari yang sebelum ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni sambut kat Koi Pond depan office je, kali ni buat di Equatorial Hotel, Bangi. And of course, lebih formal dan bertema.

Untuk dinner malam tu, dress code dan theme yang telah dipilih ialah Smart Casual - Night of Colours. Bila dah bertema Night of Colours, dah tentu colourful je malam tu.



Colourful kan?


Nak dijadikan cerita... Aku merupakan salah seorang yang buat performance pada malam tu. That's why I've been busy jamming and practicing sampai tak sempat nak update blog. Huhh..




So... Yeah.. =_="


Aku and Syamim perform first sekali untuk malam tu. Lagu yang aku bawa ialah Taylor Swift - 22, Selena Gomes - Love You Like A Love Song, and Lady Gaga - Speechless.

Untuk lagu Selena Gomes, ada sedikit gimik di hujung-hujung lagu. Aku mash up sikit lagu tu dengan lagu Nobody - Wondergirls. Aku dapat idea tu secara kebetulan masa tengah practice lagu Love You Like A Love Song, tetiba ternyanyi lagu Nobody pulak. So, jadilah gimik yang aku rasa best! Alhamdulillah, time gimik tu, ramai yang macam terkejut and aku dengar sorakan and tepukan yang agak gemuruh. Ingatkan tak menjadi gimik tu. Thanks semua! <3 br="">


Owh! The dress tu aku beli from The Stylo Boutique di Shah Alam. Pergi terus kat kedai dia sebab aku tak pandai shopping online. Warna dan baju dipilih oleh Syamim and Syamim telah menjadi fashion advisor aku bhahahahaha! Thanks so much!




Perform dengan band.



 

Second performance dengan band pulak. Lagu yang kitorang perform ialah Careless Whisper - Seether. 


Dan beberapa band lain turut membuat persembahan.











Tunang orang tu pun ada buat persembahan jugak.. Dia terlupa lirik. Eh! :P





Paling kiri berbaju kuning is our General Manager, Michael Low.




Aza and Nazrin. Nazrin menang Male Best Dress Award. Sebab dia pakai topi Slash. Hahaha










Sekarang memang musim peplum. Kan Alifah?












Dalam banyak banyak gambar, aku rasa gambar ni paling Style! Kalau edit sikit, boleh jadi poster drama gangster Korea.







Malam tu meriah. Makanan pun sedap terutamanya Lamb Grill Black Pepper. Yums! Tapi tak bermakna makanan lain harus diketepikan!


Beberapa award telah diberikan kepada yang layak seperti Rising Star Award, Bright Star Award, dan North Star Award. Lucky Draw pun ada. So, tahniah kepada pemenang!





[Taken from Mike Powell, Vice President/International]



Last week it was the turn of our MM Malaysia operation in Cyberjaya, near Kuala Lumpur, Malaysia where - astonishingly - they were celebrating their sixth such event. Astonishing, because to me it seems like only yesterday that we were setting it up! With home-grown entertainment from MMM's own "house band" the event was topped by an award ceremony that recognized some of the wonderful qualities of our team there.

Whether it be Malaysia, India or the Dominican Republic, we are all extremely proud of our Media Monitors/AirCheck staff around the world. This spirit is also reflected on the RCS side of my division where I have witnessed so many examples of this fantastic team spirit that permeates our organization.







Till then, Assalamualaikum.







Wednesday, May 1, 2013

Homemade Strawberry Sauce Recipe

Salam.





Hello! Lama dah tak update blog. Jarang nak online dah sekarang ni, sebab hari tu ada annual dinner Media Monitors, aku ada buat performance sikit. So, tiap-tiap malam dok jamming and practice kat rumah dan studio. Bila bangun tidur, dah kena siap-siap pergi kerja. Nak masak kat rumah pun tak sempat. Ni tak lama lagi ada tournament badminton, aku masuk Women Double's Match. Dah nak kena practice dari sekarang.


Aku pulak bukan jenis yang reti pakai smartphone, tak reti nak update blog guna phone Syamim. T_T


Jadi, aku curi masa sikit just nak update satu resepi simple (eceeeehhhh) yang aku buat sendiri dan Syamim tengah gilakannya! It is Strawberry Sauce! Ahaks!


Actually tak lah gah mana pun resepi ni. Lagi pun aku just terfikir nak buat sendiri daripada beli strawberry sauce Heinz yang mahal tu T_T. 


Ok, let's start. Bahan yang aku gunakan ialah semangkuk strawberry dibelah 4, segelas air, setengah cawan gula, and sedikit perahan lemon. Simple kan?


Caranya senang sangat! 

1. Panaskan periuk atas api sederhana, masukkan strawberry dalam periuk and panaskan sebentar.
2. Strawberry tu dah agak-agak panas, masukkan gula pulak. Kacau bagi gula disolve sikit.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam periuk. Kacau.
4. Perah sedikit air lemon kedalam periuk. Kecilkan api.
5. Biarkan sos pekat sikit.
6. Rasa sos tu sikit, kalau kurang manis, boleh tambah gula sikit, or kalau pekat sangat tambah lagi sikit air, kasi adjust kepekatan.
7. Tutup api, biar sos sejuk ke suhu bilik.
8. Masukkan kedalam peti ais untuk sejukkan. Siap!





Sedap kalau makan dengan aiskrim vanilla!



Vanilla Ice Cream and Banana Slices with Homemade Strawberry Sauce. Voila!



Presentation comot sikit. Peduli apa kalau rasa dia awesome!




Sebenarnya banyak resepi aku nak share kat blog tapi tak ada gambar sebab aku terus ngap je bhahahahahaa! Lagipun tak ada masa nak update panjang-panjang. So, kalau ada rezeki dan kerajinan, aku share lah ye!





Till then. Assalamualaikum.