Monday, March 4, 2013

Yang Tak Patut Berlaku...

Salam..







Bukan jari aku. Picture: Credit To Google





"Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan."



"Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah."

Petikan dari ILuvIslam.Com


Thanks ILuvIslam.com!





Jadi, Topik perbincangan kali ini ialah permasalahan rumah tangga. Tapi more to perkahwinan di usia muda yang sama generasi dengan aku.. Tapi boleh jugak dibaca oleh semua golongan sebab umum, semua boleh baca dan beri pendapat. Sebab aku bukan pakar motivasi ke apa untuk menasihatkan orang lain. Aku hanya menaip dan memberi pendapat.



Aku baru 3 bulan berkahwin. Dalam tempoh 3 bulan tu tipulah kalau aku cakap aku tak pernah bergaduh langsung dengan suami. Sangat tipu. Dan aku positive yang pasangan lain pun melalui perkara yang sama dengan aku. Tapi setakat ini Alhamdulillah, seteruk-teruk aku gaduh dengan Syamim, dia tak pernah naikkan kaki atau tangan kat badan aku. Bak kata mak mertua aku "Jentik pun tak pernah!" Tapi pernah jugak la merasa kena tampar dengan Syamim time tidur, dia tak sedar tangan dia menampar pipi aku masa dia mengalihkan badan, esoknya bila aku cakap kat dia, terus dia minta maaf dengan bersungguh-sungguh! Haha!


Tapi bukan pasal ini yang aku nak cerita. Yang aku ingin bincangkan disini ialah tentang masalah rumahtangga yang tak sepatutnya berlaku di usia muda.

Sebagai seorang isteri, aku rasa terpanggil untuk buat satu entry tentang ni sebab aku rasa kesian, sakit hati, bengang, marah, sedih dan macam-macam lagi bila ada di antara orang terdekat mengalami masalah rumah tangga terutamanya golongan isteri.



Pertama sekali tentang kes penderaan terhadap isteri. Ada satu kes, isteri tu kena pukul dan 4 jari tangan hampir putus ditetak suami gara-gara lewat pulang rumah. Lebih malang lagi, isteri tu tengah mengandung 5 bulan. Punca si isteri lewat pulang ialah keretanya dipecah masuk oleh pencuri. Yang si suami ni, takde tanya apa, takde usul periksa, terus bantai isteri tu dengan pisau pemotong daging.

Akibat serangan, si isteri terpaksa diberi dua pilihan oleh doktor - selamatkan jari atau selamatkan bayi dalam kandungannya. Sebab jika dia memilih untuk selamatkan jari, ubat yang digunakan akan memberi kesan kepada kandungannya. Jadi dia memilih untuk selamatkan bayi dia dan biarkan jarinya dipotong.

Aku tak faham sesetengah lelaki yang sukaaaaaaaa sangat pukul isteri. Kenapa kau tak cari orang yang setanding dengan kau? Nak jugak pukul wanita yang tak mampu melawan. Bagi aku, lelaki yang pukul isteri ni, diorang lebih hina dari binatang. Aku cukup pantang dengan lelaki yang pukul isteri ni. Apa yang isteri kau buat sampai kau pukul dia? Boleh aku tau mana pergi janji kau dulu sebelum berkahwin yang kononnya akan jaga bakal isteri kau sebaik mungkin?

Ingat, Malaysia ada undang-undang yang boleh mendakwa suami yang ganas ni, contohnya di bawah Akta Keganasan Rumahtangga Dan Kanun Keseksaan. Semua Balai Polis kat Malaysia ni takkan menolak mana-mana laporan yang dibuat oleh wanita yang didera dan teraniaya.



Yang kedua, tentang campur tangan keluarga mertua dalam hal rumah tangga. Terus terang aku cakap kat sini, salah satu punca penceraian di Malaysia ialah campur tangan keluarga dalam hal-hal rumah tangga. Kalau jenis campur tangan untuk meredakan keadaan tak apa. Kadang-kadang tu sampai tahap melampau bila ibu mertua tu mendesak anak lelakinya memilih untuk dengar cakap dia atau isteri dia. Mana boleh macam tu bang, kau ni ada isteri, buat cara ada isteri. Ada perselisihan, bawa berbincang sama-sama. Takkan nak mengadu kat mak lagi. Kalau benda remeh pun nak mengadu kat mak, baik kau tak payah kawin.

Yang si mak/bapak mertua ni pulak, bila anak mengadu, tugas anda hanya menasihat. Bukan menghasut. Bila anak-anak cerita masalah diorang, nasihat elok-elok supaya anak tu dengan pasangan dia berbincang sama-sama sebab ni masalah diorang sendiri. Tapi ada pulak yang dok cakap "Haaa, elok la tu Mat, kau ceraikan je bini kau tu. Masak pun tak letak garam, tawar memanjang je, macam rumahtangga kau jugak. Cari lain je lah, Mat. Mak dah lama berkenan dengan Joyah anak cik Bedah kampung sebelah tu jadi menantu mak!"

Untuk menampakkan perkahwinan tu nampak cantik dan elok je di mata orang, kau kena back-up isteri kau tu. Bila mak mertua kau tanya "Apsal bini kau tu dalam bilik je memanjang? Pemalas la tu kan?", Kau back up dia "Dia dah dua hari pening kepala mak, stress kerja kat office tu." Sekali sekala menipu untuk kebaikan dan kedamaian rumahtangga. Tak salah kan?

Alhamdulillah, keluarga mertua aku semua sporting-sporting belaka. Ada jugak la aku dengan Syamim gaduh-gaduh manja (manjalah sangat pffttttt.....) depan mak Syamim tapi Syamim yang kena tembak balik dengan mak dia hahahaha! Mak mertua aku siap pesan lagi dengan aku kalau Syamim buat hal, buat je report kat dia, tau la macam mana dia nak ajar anak dia tu. Tapi aku tak report apa-apa pun, aku cakap semuanya ok. Kalau boleh aku taknak ceritakan langsung keburukan suami aku kat orang lain walaupun keburukan dia yang suka kentut kuat merata-rata tu sangat annoying! Eh, aku dah cerita eh?


Yang ketiga, tiada perbincangan untuk selesaikan masalah ataupun kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan. Ya, aku faham lelaki mempunyai ego yang tinggi. Lelaki ialah ketua keluarga. Syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami. Suami itu, suami ini. Tapi jangan lupa, isteri juga mempunyai hak untuk bersuara. Isteri juga mempunyai ego. Syurga anak-anak kau dibawah tapak kaki isteri kau yang sama pangkat dengan ibu kau. Tak ada wanita, kau tak lahir dan kau takkan berkahwin.

Rasulullah S.A.W sangat memuliakan isterinya, memanggil dengan panggilan yang manja kepada Aishah R.A "Ya Humaira" yang bermaksud "Wahai Si Pipi Merah", dan seorang suami yang sangat dicontohi oleh umat Islam. Ok, sangat comel panggilan Rasulullah S.A.W kepada Aishah R.A tu. :")

Jadi tak salah jika kita berlembut-lembut dengan isteri atau suami dalam perbincangan sebab pertengkaran hanya akan melanjutkan masalah.


Yang keempat. "Aku nikah dengan kau, bukan keluarga kau!" Kalau kau dari awal dah ada tanggapan macam ni, jangan kahwin melainkan bakal isteri kau tu memang sebatang kara kat dunia ni, dibesarkan di rumah anak-anak yatim, dan tiada waris. Ingat, ibu bapa mertua sama pangkat dengan ibu bapa sendiri. Kalau kau menderhaka dengan mertua, kau pikul sama berat dosa menderhaka ibu bapa sendiri. Selalu ingat perkara itu.




Sebenarnya aku tak salahkan kaum suami seratus peratus. Kadang-kadang si isteri pun buat hal jugak. Manusia pun bukannya sempurna. Isteri, syurga mereka dibawah tapak kaki suami. Di antara golongan wanita yang senang masuk syurga ialah mereka yang mentaati suami. Tapi macam mana nak taat kalau suami pun perangai macam dari neraka? Macam mana nak ada Syurga di bawah tapak kaki suami kalau kegunaan kaki tu untuk menyepak isteri?










Till then. Assalamualaikum.






No comments:

Post a Comment