ads

Tuesday, March 19, 2013

Girls, it's time to love your V!

Salam







Hari ini, aku gigih hapdet entry yang fresh! Demi kita semua, wahai wanita seluruh dunia!






Girls.. Berapa ramai wanita yang betul-betul sayang V-Part masing-masing? Kalau betul sayang, apakah cara yang korang lakukan untuk menjaga dan menyayangi V-Part korang?

Tapi ada diantara kita yang masih tak menyedari tentang kepentingan penjagaan V-Part kita. 




Yes, 50% wanita bukan jumlah yang sikit.



Lebih-lebih lagi golongan wanita yang dah bersuami. V-Part memainkan peranan yang penting dalam hubungan intimasi rumah tangga tau! Korang nak ke suami korang cari perempuan lain hanya kerana korang malas sangat nak jaga your V area? Urghhhh..! 

Ini bukan bermaksud yang masih bujang boleh memperlekehkan penjagaan V-Part. Kalau dari zaman single korang dah pandai dan rajin jaga V kesayangan korang, apatah lagi lepas kawin, suami pun setiap hari makin sayang tau!

Jadi, aku nak memperkenalkan (bagi yang belum kenal) sebuah produk yang aku sendiri baru kenal sebenarnya. Heheehehehee..


Lactacyd!!! Welcome to my world!



Lactacyd ni aku baru tahu sebulan lepas. Kesian kan? Itu pun ternampak kat iklan tepi blog aku sendiri. Terus aku klik masuk website dia yang serba pink girlie tu ihiks! 



Ada 5 jenis daily feminine wash, boleh pilih mana suka dan sesuai mengikut kehendak semasa.




The blue bottle: White Intimate - Untuk wanita yang lasak dan aktif bersukan atau beriadah, kerana peluh dan geseran berlebihan pada pakaian yang ketat boleh menggelapkan kulit di V area yang menyebabkan kurang berkeyakinan.

The orange bottle: Revitalize - Untuk wanita yang mahu mengekalkan keremajaan kulit V kerana ia mencegah kekeringan, menganjalkan dan mengandungi khasiat tambahan untuk mengekalkan kesihatan feminin.

Purple bottle: Nourish - Untuk wanita yang memerlukan penjagaan yang lebih melembab dan tidak mengeringkan.

Pink bottle: pH 3.5 - Untuk wanita yang mahu melindungi kawasan V daripada kegatalan, iritasi dan bau.

Green bottle: Lasting Freshness - Untuk wanita yang memahami bahawa kebersihan feminin adalah perlu untuk menikmati rasa segar dan bersih sepanjang hari







Kalau korang nak cuba, tak payah beli dulu! Sebab Lactacyd ada bagi free sample untuk korang kalau korang daftar sebagai VIP di website Lactacyd Malaysia.

Eh, tak percaya? Serious la, betul. Aku dah dapat dah free sample walaupun aku dah pakai Lactacyd hampir sebulan.


Nampak tak? Siap post sampai rumah.



Senang je. Click website Lactacyd Malaysia ni, daftar sebagai VIP, dan edit profile korang kat situ. Dalam masa 3 minggu, surat sampai!


Bagi yang rajin dan ada account Facebook, boleh like page Lactacyd, dan join pledge! Aku dah join, jadi jom sama-sama kita join pledge sebab boleh berpeluang memenangi hadiah daripada PANDORA Jewelry yang bernilai RM12,000. Siapa taknak kan?

Like page Lactacyd Love Your V, go to this app Take The LoVe Pledge, and click Start Now. Simple sangat lahh! Cepat!! Tarikh tutup ialah 31 March 2013.













Ajaklah kawan-kawan (pastikan kawan perempuan sahaja tau) , sedara mara, adik perempuan, kakak perempuan, mak, makcik, mak uda, maksu, maklong, even nenek untuk join pledge ni! 

Wahhh apsal aku rasa excited pulak ni? Takpe, sebab aku nak korang pun rasa excited sebarkan rasa sayang terhadap V-Part korang! <3 b="">








Till then. Assalamualaikum.

Saturday, March 9, 2013

Kenyir Fishing Trip Year End 2012 : Part 3

Salam.








Sambungan dari Part 2








Dah puas terjun, dah puas mancing, kitorang decide nak ke air terjun kat Tasik Kenyir tu. 








Dalam perjalanan, ada yang menikmati keindahan alam semula jadi.






Ada yang berkaraoke menghilangkan kebosanan. Yang hujung kiri tu Kartunis Ujang. Dia join sekali dalam trip ni.






Ada yang dating. Pffttttttt..........






Ada yang Say Cheese! Say Cheese!!






Dan ada yang set up Hammock kat deck atas sebelah depan boathouse ni. Sambil diganggu oleh Monster bajet comel lettewwwwwww






Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya sampai jugak tempat yang dituju!

Air Terjun Lasir




Nak ke air terjun ni perlu melalui trek selama 10 minit perjalanan. Tak penat pun trek dia bagi aku. Tapi untuk orang yang tak lasak, jogging 10 minit pun dah mengadu penat. Hahaha!












 
Air terjun ni besar tau! Kalau air deras, tak boleh mandi. Kang jadi Trajedi Disember Di Kenyir kang, parah.







Perempuan ni pun nak jugak bermain dengan air huh huh








Photographers





Kat  hujuuuuuung tu boleh nampak kitorang punya boathouse dari sini. Boleh click untuk tumbesaran yang lebih baik.




Cak!



Pada waktu malamnya, ada makan makan macam biasa. Lepas makan, ada yang buat sesi karaoke, memancing dan bermain poker card. Owh, lupa. Syamim dapat Baung sekoq! Hahaha!










Till then. Assalamualaikum.



Monday, March 4, 2013

Yang Tak Patut Berlaku...

Salam..







Bukan jari aku. Picture: Credit To Google





"Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan."



"Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah."

Petikan dari ILuvIslam.Com


Thanks ILuvIslam.com!





Jadi, Topik perbincangan kali ini ialah permasalahan rumah tangga. Tapi more to perkahwinan di usia muda yang sama generasi dengan aku.. Tapi boleh jugak dibaca oleh semua golongan sebab umum, semua boleh baca dan beri pendapat. Sebab aku bukan pakar motivasi ke apa untuk menasihatkan orang lain. Aku hanya menaip dan memberi pendapat.



Aku baru 3 bulan berkahwin. Dalam tempoh 3 bulan tu tipulah kalau aku cakap aku tak pernah bergaduh langsung dengan suami. Sangat tipu. Dan aku positive yang pasangan lain pun melalui perkara yang sama dengan aku. Tapi setakat ini Alhamdulillah, seteruk-teruk aku gaduh dengan Syamim, dia tak pernah naikkan kaki atau tangan kat badan aku. Bak kata mak mertua aku "Jentik pun tak pernah!" Tapi pernah jugak la merasa kena tampar dengan Syamim time tidur, dia tak sedar tangan dia menampar pipi aku masa dia mengalihkan badan, esoknya bila aku cakap kat dia, terus dia minta maaf dengan bersungguh-sungguh! Haha!


Tapi bukan pasal ini yang aku nak cerita. Yang aku ingin bincangkan disini ialah tentang masalah rumahtangga yang tak sepatutnya berlaku di usia muda.

Sebagai seorang isteri, aku rasa terpanggil untuk buat satu entry tentang ni sebab aku rasa kesian, sakit hati, bengang, marah, sedih dan macam-macam lagi bila ada di antara orang terdekat mengalami masalah rumah tangga terutamanya golongan isteri.



Pertama sekali tentang kes penderaan terhadap isteri. Ada satu kes, isteri tu kena pukul dan 4 jari tangan hampir putus ditetak suami gara-gara lewat pulang rumah. Lebih malang lagi, isteri tu tengah mengandung 5 bulan. Punca si isteri lewat pulang ialah keretanya dipecah masuk oleh pencuri. Yang si suami ni, takde tanya apa, takde usul periksa, terus bantai isteri tu dengan pisau pemotong daging.

Akibat serangan, si isteri terpaksa diberi dua pilihan oleh doktor - selamatkan jari atau selamatkan bayi dalam kandungannya. Sebab jika dia memilih untuk selamatkan jari, ubat yang digunakan akan memberi kesan kepada kandungannya. Jadi dia memilih untuk selamatkan bayi dia dan biarkan jarinya dipotong.

Aku tak faham sesetengah lelaki yang sukaaaaaaaa sangat pukul isteri. Kenapa kau tak cari orang yang setanding dengan kau? Nak jugak pukul wanita yang tak mampu melawan. Bagi aku, lelaki yang pukul isteri ni, diorang lebih hina dari binatang. Aku cukup pantang dengan lelaki yang pukul isteri ni. Apa yang isteri kau buat sampai kau pukul dia? Boleh aku tau mana pergi janji kau dulu sebelum berkahwin yang kononnya akan jaga bakal isteri kau sebaik mungkin?

Ingat, Malaysia ada undang-undang yang boleh mendakwa suami yang ganas ni, contohnya di bawah Akta Keganasan Rumahtangga Dan Kanun Keseksaan. Semua Balai Polis kat Malaysia ni takkan menolak mana-mana laporan yang dibuat oleh wanita yang didera dan teraniaya.



Yang kedua, tentang campur tangan keluarga mertua dalam hal rumah tangga. Terus terang aku cakap kat sini, salah satu punca penceraian di Malaysia ialah campur tangan keluarga dalam hal-hal rumah tangga. Kalau jenis campur tangan untuk meredakan keadaan tak apa. Kadang-kadang tu sampai tahap melampau bila ibu mertua tu mendesak anak lelakinya memilih untuk dengar cakap dia atau isteri dia. Mana boleh macam tu bang, kau ni ada isteri, buat cara ada isteri. Ada perselisihan, bawa berbincang sama-sama. Takkan nak mengadu kat mak lagi. Kalau benda remeh pun nak mengadu kat mak, baik kau tak payah kawin.

Yang si mak/bapak mertua ni pulak, bila anak mengadu, tugas anda hanya menasihat. Bukan menghasut. Bila anak-anak cerita masalah diorang, nasihat elok-elok supaya anak tu dengan pasangan dia berbincang sama-sama sebab ni masalah diorang sendiri. Tapi ada pulak yang dok cakap "Haaa, elok la tu Mat, kau ceraikan je bini kau tu. Masak pun tak letak garam, tawar memanjang je, macam rumahtangga kau jugak. Cari lain je lah, Mat. Mak dah lama berkenan dengan Joyah anak cik Bedah kampung sebelah tu jadi menantu mak!"

Untuk menampakkan perkahwinan tu nampak cantik dan elok je di mata orang, kau kena back-up isteri kau tu. Bila mak mertua kau tanya "Apsal bini kau tu dalam bilik je memanjang? Pemalas la tu kan?", Kau back up dia "Dia dah dua hari pening kepala mak, stress kerja kat office tu." Sekali sekala menipu untuk kebaikan dan kedamaian rumahtangga. Tak salah kan?

Alhamdulillah, keluarga mertua aku semua sporting-sporting belaka. Ada jugak la aku dengan Syamim gaduh-gaduh manja (manjalah sangat pffttttt.....) depan mak Syamim tapi Syamim yang kena tembak balik dengan mak dia hahahaha! Mak mertua aku siap pesan lagi dengan aku kalau Syamim buat hal, buat je report kat dia, tau la macam mana dia nak ajar anak dia tu. Tapi aku tak report apa-apa pun, aku cakap semuanya ok. Kalau boleh aku taknak ceritakan langsung keburukan suami aku kat orang lain walaupun keburukan dia yang suka kentut kuat merata-rata tu sangat annoying! Eh, aku dah cerita eh?


Yang ketiga, tiada perbincangan untuk selesaikan masalah ataupun kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan. Ya, aku faham lelaki mempunyai ego yang tinggi. Lelaki ialah ketua keluarga. Syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami. Suami itu, suami ini. Tapi jangan lupa, isteri juga mempunyai hak untuk bersuara. Isteri juga mempunyai ego. Syurga anak-anak kau dibawah tapak kaki isteri kau yang sama pangkat dengan ibu kau. Tak ada wanita, kau tak lahir dan kau takkan berkahwin.

Rasulullah S.A.W sangat memuliakan isterinya, memanggil dengan panggilan yang manja kepada Aishah R.A "Ya Humaira" yang bermaksud "Wahai Si Pipi Merah", dan seorang suami yang sangat dicontohi oleh umat Islam. Ok, sangat comel panggilan Rasulullah S.A.W kepada Aishah R.A tu. :")

Jadi tak salah jika kita berlembut-lembut dengan isteri atau suami dalam perbincangan sebab pertengkaran hanya akan melanjutkan masalah.


Yang keempat. "Aku nikah dengan kau, bukan keluarga kau!" Kalau kau dari awal dah ada tanggapan macam ni, jangan kahwin melainkan bakal isteri kau tu memang sebatang kara kat dunia ni, dibesarkan di rumah anak-anak yatim, dan tiada waris. Ingat, ibu bapa mertua sama pangkat dengan ibu bapa sendiri. Kalau kau menderhaka dengan mertua, kau pikul sama berat dosa menderhaka ibu bapa sendiri. Selalu ingat perkara itu.




Sebenarnya aku tak salahkan kaum suami seratus peratus. Kadang-kadang si isteri pun buat hal jugak. Manusia pun bukannya sempurna. Isteri, syurga mereka dibawah tapak kaki suami. Di antara golongan wanita yang senang masuk syurga ialah mereka yang mentaati suami. Tapi macam mana nak taat kalau suami pun perangai macam dari neraka? Macam mana nak ada Syurga di bawah tapak kaki suami kalau kegunaan kaki tu untuk menyepak isteri?










Till then. Assalamualaikum.