Thursday, February 14, 2013

Yang dikenang-kenangkan

Salam..








Hai..!



Aku suka berfikir. Kadang-kadang bila tengah termenung, terlintas jugak kat fikiran tentang perkara-perkara rawak yang berlaku. Tak kisah la pasal diri sendiri ke, pasal family ke, pasal masalah negara ke, pasal kucing ke. Bila fikir balik, rasa nak ketawa sendiri pun ada, rasa "Oh God Why" sambil muka separuh gelap separuh cerah pun ada.



Ok. Ada beberapa fakta yang terlintas difikiran.





1. Aku kurang bercakap dengan orang yang aku kurang rapat. Lebih lebih lagi stranger. Contohnya macam mula mula aku masuk kerja. Even nak ke toilet pun sanggup tahan sampai balik kerja. Ramai yang tak berani bercakap dengan aku sebab muka aku garang. Even officemate aku pernah cakap bila aku mula-mula masuk kerja, muka menyombong gila nak pegi mana pun tak tau. Sedangkan sebenarnya, aku malu nak mengeluarkan suara yang tak berapa nak emas ni. Hohohohohohohohh sungguh haru!


2. Selalunya, aku buat sesuatu perkara ikut naluri. Dan naluri aku selalunya tepat. Contohnya nak ke satu tempat yang tak pernah pergi sebelum ni. Atau jalan yang tak pernah lalu. Aku dengan Syamim selalu gaduh nak ikut jalan yang mana betul. Dan selalunya aku yang menang bhahaha! Syamim sekarang dah gelarkan aku GPS Bergerak. Thanks Syamim atas penganugerahan yang diberikan. :P


3. Untuk mengenalpasti sama ada kucing sihat atau tak, check hidungnya. Kalau hidung kucing tu basah, means dia sihat. Bukan selsema tau! Oh, dah tau ek? ok, next!


4. Umur Ecah (adik perempuan Syamim) dah masuk 4 tahun. Dan dia dah pandai demand make up contohnya lipstick, blusher dan lain lain. Bila dia masuk bilik dan time tu kebetulan aku tengah bersiap, aku kena siapkan dia dulu dengan make up. Kalau ada barang yang aku tak sentuh, dia akan tanya "Apa tu?" lalu aku jawap "Ini eye shadow, ecah" lantas dia terus berkata "Nak pakai!"... Yes, lagaknya seperti orang dewasa. -_-"


Posing yang masih dalam keadaan terkawal. Posing maut dia, lain kali aku tunjuk.



5. Ecah bijak orangnya. Hari tu masa main kaler-kaler kat buku, aku dengar dia mengira. "One, Two, Three, Four, Five, Six, Seven, Eight, Nine, Ten.." Wahhh, baru 4 tahun dah pandai mengira sampai sepuluh in english! Ecah sambung kiraan "Eleven, Twelve, Thirteen, Setin, Setin, Setin, Setin, Setin...." Hahahahaha! Oh.. Part Setin Setin tu aku terpaksa tahan gelak dan meneruskan warnaan sambil tersengih sorang sorang.


6. Aku pernah kurus. Sekarang dah berisi lebih lebih lagi lepas kawin. So, kepada bakal pengantin semua, bersedialah menghadapinya!


7. Aku ada hubungan pelik dengan tisu. Setelah sekian lama, aku baru sedar yang aku suka genggam tisu. Kadang kadang bila amek tisu, bukan nak guna pun. Sekadar untuk digenggam. Lepas tu bila balik rumah, baru sedar yang dari tadi dok genggam tisu. Dah kenapa? =_="


8. Pernah memenangi tempat pertama pertandingan melukis poster anti-dadah. Hahahahahahahahahahaha...


9. Bila aku marah, aku senyap. Jarang nak membebel. Aku lepaskan kemarahan dengan cara lain iaitu baling barang yang memang takkan rosak seperti bantal atau baju. Atau pun aku tidur. Sebab kalau aku meluahkan perasaan marah melalui kata kata, aku takut aku tak dapat handle perasaan. Hehehehe..


10. Susah nak benci orang. Tapi kalau sekali dah benci, susah nak hilang.


11. Mencarut? Bagi aku, orang yang suka mencarut ni saaaaaangaaaaaaat jahat! Jahat sangat! Tak suka tak suka!! T_T
 

12. Lipas is a No No! Eeewwwwwww!!!! Cicak takpe sebab suka tangkap bagi kucing main. Hehehe..



Cacing? Hehh, small matter lah! *berlagak sungguh!*




13. Suka budak budak sampai perangai berubah jadi budak budak bila jumpa budak budak. Buuuddaaaakkkkk.. Ok perangai berubah tu tipu.


14. Hari kedua date dengan Syamim, dia terus ajak kawin. Dan dia orang pertama berani jumpa mak aku, terus cakap pasal kawin. Terkejut ai taim tu tau. :O


15. Ramai orang pelik kenapa aku dengan Syamim bahasakan diri "Aku" "Kau". Aku faham, ramai yang tak boleh terima dan ikut cara kitorang. Setiap pasangan, lain caranya. Aku pernah jumpa pasangan yang bahasakan diri Esah dan Kasim tapi nama sebenar lain. Katanya sebab rasa panggilan tu klasik. See? Unik kan? Lagi pun aku tak suka bersayang sayang manja ucuk baby depan orang. Maknanya, biarlah kemanjaan aku hanya untuk suami dirumah. Diluar, aku digelar....Assassin! Bhahahahahaha!


16. Haah, diluar aku garang. Dan aku menjadi sebaliknya dirumah. Hikhokhikhok..


17. Sekarang agak addict dengan traveling. In Syaa Allah akan travel lagi lepas ni. Latest, aku ke Cameron Highland dengan officemate iaitu Adam, Rabi, Bro Hafez, Nazrin, Roy, Syahid, dan Syamim. Dan sekali lagi, aku satu-satunya perempuan. Aku tak faham la, ramai perempuan tak minat traveling ke?? -_-"


 Pesakit pesakit Sindrom Strawberry Overload



18. Boleh buat suara karakter kartun lelaki tua. Kalau pergi audition jadi suara animasi pun boleh jugak ek. Agak agak boleh lepas tak?


19. Kat dunia ni, ada orang yang suka kita dan ada orang yang benci kita. Jadi, biarkan haters hidup dalam dunia mereka sendiri dan kita teruskan enjoy dengan orang yang suka dan sayang kita. 


20. Berat paling berat pernah capai: 63kg. T_T


21. Tempoyak dan Zaty Arifin tak dapat dipisahkan. Umpama aur dengan tebing, bagai isi dan kuku, seperti air dicincang takkan putus. Begitulah eratnya hubungan mereka :"D


22. Bayangkan dunia ini hanya mempunyai satu bahasa. Apakah bahasa itu? Teka teki baru.









Dah la tu. Kalau aku tambah lagi, makin banyak yang merepek karang. Lepas tu, yang baca sampai habis entry ni, otak separuh jem. Jem tak? Jem tak? Hehehheehehhehehe.. Kbai.





Assalamualaikum..







2 comments:

  1. arghh.. number enam yuyu tak sabar nak tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. okay., over

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arghhhhhhh..!!! Release the YuyuKrakeeeennnnnnnn....!!

      Delete