ads

Monday, February 25, 2013

After awhile..

Salam.




Setelah 3 bulan kahwin, baru aku perasan yang ni, entry Syue di blog dia. Bayangkan betapa teruknya aku sebagai seorang kawan. :(



Tiga orang kawan kat bawah. Dari kiri: Syue, Intan, Ayon



She's the first person ever that I knew since my first day in SM Teknik DUHMS, Rembau. And yet, she's willing to attend my wedding with two other friends. How I miss them so much sampaikan masa diorang terjah bilik pengantin hari tu, aku terjerit jerit terlompat lompat macam orang gila. Actually time tu dah rasa sebak dah sebab terharu sangat sangat.


Thank you so much Syue, Intan and Ayon. 






p/s: Kat sekolah teknik dulu, nama aku Iejat









Assalamualaikum.




Wednesday, February 20, 2013

Cuteness Overload!

Salam.




Sekarang Syamim tengah gila kucing baka Maine Coon. Ceritanya bermula dari sini. Kitorang pergi petshop Sabtu hari tu, ada sekor kucing Maine Coon yang owner dia letak kat petshop tu for boarding. Sejak hari itu, Syamim dah gila bayang sampai sekarang. Banyak banyak jenis baka kucing seperti Persian, Bengal, Siamese, British Shorthair, Munchkin, Sphynx, American Curl, Russian Blue mahupun kucing peliharaan Rasulullah SAW iaitu Turkish Angora, dia still tertarik dengan Maine Coon jugak. Jadi, sekarang kitorang tengah berusaha mencari sesiapa yang ada kenalan yang menjual kucing baka Maine Coon, bolehlah bagitau aku supaya aku boleh ubati gila bayang Syamim. Just lemme know okengg?


Aku pulak minat Norwegian Forest cat. Tapi kat Malaysia ni susah sangat nak cari. Almost zero kot, hampir tiada kat Malaysia. Lagipun susah nak percaya kat orang yang jual murah murah takut diorang tipu. 


Ciri ciri Maine Coon adalah:

~ Ia antara baka kucing bersaiz besar.
~ Bertelinga besar dan ada bulu runcing kat sudut atas telinga. 
~ Mata berbentuk oval yang besar.
~ Bulu yang panjang gebu, silky and soft selembut sutera. 
~ Penampilan nampak macam garang dan kasar tapi sebenarnya santai, manja dan peramah. 
~ Berbadan tegap, berpenampilan seperti pemburu yang hebat.
~ Ekor panjang beralun.
~ Digelar sebagai American Giant atau Gentle Giant.




Heyyy Handsome!



Perwatakan Maine Coon:

~ Dikenali dengan sifat penyayang, suka berkawan dan bijak.
~ Mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
~ Manja, aktif dan suka attention.
~ Senang berkawan sama ada dengan manusia atau dengan haiwan lain.
~ Kucing ni tak takut air!





Cuteness that killing me softly..




Gebuness overload




Sodap buek bantal poluk nih!










Jadi.. Kat mana nak cari Maine Coon ni???? T_T










Till then. Assalamualaikum.





Friday, February 15, 2013

Kenyir's Fishing Trip Year End 2012 : Part 2

Salam







Pagi hari kedua. Aku bangun dari tidur, tengok Syamim pun masih terbongkang, lalu dalam keadaan mamai, aku pun keluar dari bilik. Rupanya ramai lagi yang masih belum bangun tidur. 


Dah lama-lama sikit baru ramai yang bangun. So, pagi tu takde apa apa aktiviti lain selain daripada memancing. Jadi sekelompok umat yang agak keboringan memulakan satu aktiviti menarik iaitu Terjun Berirama! 



Dimulakan dengan Tok Ketua Kampung Kedaung Juara Kaki Terjun!! *Clap clap clap clap*



Diikuti oleh Penolong Kanan Tok Ketua Kampung! *clap clap clap clap*



Anak didik yang menjejak langkah guru guru mereka! *clap clap clap*




Berbagai bagai gaya telah dipamerkan ketika itu. Jurukarema kami telah berjaya merakam semua aksi yang hanya boleh dilakukan oleh orang yang terlatih.




Aksi Terjun Bangunan Dalam Keadaan Pasrah



Aksi Guling Guling Kapas



Aksi GedeBUSH!!!!! 






Perhatikan timeline ini.







AMARAN! Jangan lakukan aksi ini di rumah. Aksi ini hanya boleh dilakukan oleh profesional sahaja.






Breakdance Atas Air Level 9999. Kagum kagum..







Aksi Menanam Lobak Merah Dalam Air











Entry ni hanya update gambar terjun berirama sahaja. Sebab banyak sangat gambar terjun yang best best, rasa macam nak upload semua tapi kena berhati hati memilih gambar sebab ada yang tak senonoh sikit. Sikit je la.




......Sebenarnya aku jeles sangat diorang ni sebab aku tak dapat terjun sekali. Syamim tak bagi. Sebab. Dia. Tak. Pandai. Berenang... Jeles lettewwww.








Till then. Assalamualaikum.






Thursday, February 14, 2013

Yang dikenang-kenangkan

Salam..








Hai..!



Aku suka berfikir. Kadang-kadang bila tengah termenung, terlintas jugak kat fikiran tentang perkara-perkara rawak yang berlaku. Tak kisah la pasal diri sendiri ke, pasal family ke, pasal masalah negara ke, pasal kucing ke. Bila fikir balik, rasa nak ketawa sendiri pun ada, rasa "Oh God Why" sambil muka separuh gelap separuh cerah pun ada.



Ok. Ada beberapa fakta yang terlintas difikiran.





1. Aku kurang bercakap dengan orang yang aku kurang rapat. Lebih lebih lagi stranger. Contohnya macam mula mula aku masuk kerja. Even nak ke toilet pun sanggup tahan sampai balik kerja. Ramai yang tak berani bercakap dengan aku sebab muka aku garang. Even officemate aku pernah cakap bila aku mula-mula masuk kerja, muka menyombong gila nak pegi mana pun tak tau. Sedangkan sebenarnya, aku malu nak mengeluarkan suara yang tak berapa nak emas ni. Hohohohohohohohh sungguh haru!


2. Selalunya, aku buat sesuatu perkara ikut naluri. Dan naluri aku selalunya tepat. Contohnya nak ke satu tempat yang tak pernah pergi sebelum ni. Atau jalan yang tak pernah lalu. Aku dengan Syamim selalu gaduh nak ikut jalan yang mana betul. Dan selalunya aku yang menang bhahaha! Syamim sekarang dah gelarkan aku GPS Bergerak. Thanks Syamim atas penganugerahan yang diberikan. :P


3. Untuk mengenalpasti sama ada kucing sihat atau tak, check hidungnya. Kalau hidung kucing tu basah, means dia sihat. Bukan selsema tau! Oh, dah tau ek? ok, next!


4. Umur Ecah (adik perempuan Syamim) dah masuk 4 tahun. Dan dia dah pandai demand make up contohnya lipstick, blusher dan lain lain. Bila dia masuk bilik dan time tu kebetulan aku tengah bersiap, aku kena siapkan dia dulu dengan make up. Kalau ada barang yang aku tak sentuh, dia akan tanya "Apa tu?" lalu aku jawap "Ini eye shadow, ecah" lantas dia terus berkata "Nak pakai!"... Yes, lagaknya seperti orang dewasa. -_-"


Posing yang masih dalam keadaan terkawal. Posing maut dia, lain kali aku tunjuk.



5. Ecah bijak orangnya. Hari tu masa main kaler-kaler kat buku, aku dengar dia mengira. "One, Two, Three, Four, Five, Six, Seven, Eight, Nine, Ten.." Wahhh, baru 4 tahun dah pandai mengira sampai sepuluh in english! Ecah sambung kiraan "Eleven, Twelve, Thirteen, Setin, Setin, Setin, Setin, Setin...." Hahahahaha! Oh.. Part Setin Setin tu aku terpaksa tahan gelak dan meneruskan warnaan sambil tersengih sorang sorang.


6. Aku pernah kurus. Sekarang dah berisi lebih lebih lagi lepas kawin. So, kepada bakal pengantin semua, bersedialah menghadapinya!


7. Aku ada hubungan pelik dengan tisu. Setelah sekian lama, aku baru sedar yang aku suka genggam tisu. Kadang kadang bila amek tisu, bukan nak guna pun. Sekadar untuk digenggam. Lepas tu bila balik rumah, baru sedar yang dari tadi dok genggam tisu. Dah kenapa? =_="


8. Pernah memenangi tempat pertama pertandingan melukis poster anti-dadah. Hahahahahahahahahahaha...


9. Bila aku marah, aku senyap. Jarang nak membebel. Aku lepaskan kemarahan dengan cara lain iaitu baling barang yang memang takkan rosak seperti bantal atau baju. Atau pun aku tidur. Sebab kalau aku meluahkan perasaan marah melalui kata kata, aku takut aku tak dapat handle perasaan. Hehehehe..


10. Susah nak benci orang. Tapi kalau sekali dah benci, susah nak hilang.


11. Mencarut? Bagi aku, orang yang suka mencarut ni saaaaaangaaaaaaat jahat! Jahat sangat! Tak suka tak suka!! T_T
 

12. Lipas is a No No! Eeewwwwwww!!!! Cicak takpe sebab suka tangkap bagi kucing main. Hehehe..



Cacing? Hehh, small matter lah! *berlagak sungguh!*




13. Suka budak budak sampai perangai berubah jadi budak budak bila jumpa budak budak. Buuuddaaaakkkkk.. Ok perangai berubah tu tipu.


14. Hari kedua date dengan Syamim, dia terus ajak kawin. Dan dia orang pertama berani jumpa mak aku, terus cakap pasal kawin. Terkejut ai taim tu tau. :O


15. Ramai orang pelik kenapa aku dengan Syamim bahasakan diri "Aku" "Kau". Aku faham, ramai yang tak boleh terima dan ikut cara kitorang. Setiap pasangan, lain caranya. Aku pernah jumpa pasangan yang bahasakan diri Esah dan Kasim tapi nama sebenar lain. Katanya sebab rasa panggilan tu klasik. See? Unik kan? Lagi pun aku tak suka bersayang sayang manja ucuk baby depan orang. Maknanya, biarlah kemanjaan aku hanya untuk suami dirumah. Diluar, aku digelar....Assassin! Bhahahahahaha!


16. Haah, diluar aku garang. Dan aku menjadi sebaliknya dirumah. Hikhokhikhok..


17. Sekarang agak addict dengan traveling. In Syaa Allah akan travel lagi lepas ni. Latest, aku ke Cameron Highland dengan officemate iaitu Adam, Rabi, Bro Hafez, Nazrin, Roy, Syahid, dan Syamim. Dan sekali lagi, aku satu-satunya perempuan. Aku tak faham la, ramai perempuan tak minat traveling ke?? -_-"


 Pesakit pesakit Sindrom Strawberry Overload



18. Boleh buat suara karakter kartun lelaki tua. Kalau pergi audition jadi suara animasi pun boleh jugak ek. Agak agak boleh lepas tak?


19. Kat dunia ni, ada orang yang suka kita dan ada orang yang benci kita. Jadi, biarkan haters hidup dalam dunia mereka sendiri dan kita teruskan enjoy dengan orang yang suka dan sayang kita. 


20. Berat paling berat pernah capai: 63kg. T_T


21. Tempoyak dan Zaty Arifin tak dapat dipisahkan. Umpama aur dengan tebing, bagai isi dan kuku, seperti air dicincang takkan putus. Begitulah eratnya hubungan mereka :"D


22. Bayangkan dunia ini hanya mempunyai satu bahasa. Apakah bahasa itu? Teka teki baru.









Dah la tu. Kalau aku tambah lagi, makin banyak yang merepek karang. Lepas tu, yang baca sampai habis entry ni, otak separuh jem. Jem tak? Jem tak? Hehehheehehhehehe.. Kbai.





Assalamualaikum..