ads

Saturday, January 12, 2013

Penang Stories: Part 3

Salam..



Sambungan dari Cerita Part 2.

Berapa lama entry jeruk ni aku simpan, dah masam dah ni haa.. -_-" Baru nak post. Adoiii......

Bila dah rehat kejap kat hotel, petang tu kitorang keluaq cari pasemboq laaa.... Ada beberapa tempat yang dicadang. Jadi, aku decide nak ke Padang Kota sebab dengar cerita pasembur kat situ sedap-sedap. Apa lagi, moh le kitee..





Tadaaa! Pasemboq Padang Kota! RM18.00++


Boleh makan dua atau tiga orang sebab banyak! Tapi Syamim tak berapa suka sebab bukan taste dia -_-"



Sambil makan di tepi laut yang ____________ (isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai). Sila abaikan ketembaman. =_="


 Lepas tu, pergi sini pulak, kat Pulau Tikus, betul-betul depan Balai Polis Pulau Tikus. Sebab Syamim nak makan nasi kandaq kat sini. Syamim je lah yang makan sebab tadi dia tak berapa makan pasemboq.


  Malam pulak, lepak kat persisir pantai Gurney. Best! Meriah sebab ramai yang bawak anak-anak jalan kat sini.

  

 Masuk mall kat Gurney pulak. Saja jalan-jalan dalam mall. Terjumpa Coolblog! Owh so yummy!



Chilling and breathing with fresh salty polluted air.


 Masa tengah chilling kat persekitaran pantai Gurney, Syamim teringat ada rojak yang dijual kat situ namanya Rojak Menari! Aku pun pelik, adakah rojak itu menari-nari? Atau mungkin rojak tu masuk dalam perut kita lepas tu menari-nari dalam perut. Tak pun, cara makan rojak tu, kita kena menari dulu. Tapi tarian apa? Tarian gelek kah? Gangnam Style kah? Kuda Kepang kah?

Lepas tu bila Syamim dah jumpa kat mana rojak tu dijual, aku menyaksikan secara live apakah yang berlaku sebenarnya. Sebenarnya.... 


This! THIS!!! This mamak was actually dancing masa tengah bubuh kuah rojak! Dia buat kuah tu ala-ala Teh Tarik, tarik tinggi-tinggi, pusing-pusing badan sambil nyanyi "Rojak..! Rojak..! Rojak..!" Hahahahaha! Haha. Ha. So, tekaan aku sebelum ni meleset sama sekali.



Ooh lupa! Masa tengah jalan-jalan kat dalam mall, terjumpa Daiso. Masuk-masuk terjumpa mask yang untuk tarik whitehead and blackhead tuuu... Charcoal Mask. Aku pun beli la since aku cari benda ni dah lama tapi tak jumpa-jumpa sebab stock asyik habis grrrr!



Dan.... Yang menjadi mangsa aku malam tu bila balik hotel ialah Syamim!! Hahahahahahahahahahahahaha!!












Sekian cerita Penang Part 3 saya.


Till then. Assalamualaikum.. ^_^





No comments:

Post a Comment