ads

Tuesday, January 29, 2013

Kenyir's Fishing Trip Year End 2012 : Part 1



Salam.










Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru 2013, Evening Shift Media Monitors Malaysia ada buat trip ke Tasik Kenyir. Khas untuk kaki-kaki pancing dan juga pencinta alam semula jadi, Syamim merupakan salah seorang yang suka memancing. Aku pulak nak mendekati mother nature, flora & fauna, kehijauan sebab nak hilangkan stress dengan kesesakan kota cewahhhh dah macam seniman dah ayat hewhewhew..


Total ada 20 orang yang join trip ni dan aku merupakan satu-satunya wanita yang join. Berbekalkan tenaga yang berbaki sedikit akibat baru lepas kerja, gagahkan juga untuk ke Kenyir. Bertolak dari tempat berkumpul lebih kurang pukul 3.00 pagi, sampai ke pengkalan Tasik Kenyir pukul 10.00 pagi. Errrr lebih dari 6 jam kan? Ok, nampak lama sebab kitorang ada berhenti rehat untuk regangkan badan, makan and isi minyak.


Sampai kat jeti, I was like......Ooooh Myyyyy Godddddd dah sampai!! This is my first time at Terengganu and it was amazing! Cantiknya Subhan'Allah. Air tasik kaler hijau, langit membiru, awan berarak, gunung ganang di sekeliling tasik. Ok, excited dah. Bila start naik boat house, lagi rasa excited plus berdebar sikit sebab.....kalau boat ni tenggelam, matilahh.. Sebab dalam kot tasik ni. Very deep. Ada abang tu cakap lebih dari 100 kaki kedalaman tasik. @_@



Kenyir.



Boat house dah memulakan perjalanan. Ok, cerita pasal boat house. Boat house yang kitorang naiki ada ruang tamu, 3 dek, dapur lengkap dengan gas memasak, satu bathroom, satu toilet, dan 6 bilik tidur. Satu bilik boleh muat dari 2-3 orang. Ofcoz la bilik aku dengan Syamim untuk 2 orang. Nice la bilik dia, ada kipas, lampu, katil bujang, ada lagi satu tilam bawah katil, and bantal sorang satu. Okay la kan dari tak ada? Setiap bilik ada sehelai sejadah, so mudah la kita nak solat. Jangan risau pasal kiblat, kita hanya perlu yakin dalam hati kat mana arah kiblat kita. Paling best, kat ruang tamu ada set karaoke and tv lengkap dengan Astro. Weehoo!




Our Boat House.



Yus - Supervisor morning shift.




Rosdi.




Chilling.




Speed boat.



Sementara nak tunggu lagi beberapa jam nak sampai kat tempat yang dituju, Syamim selaku Chef rasmi trip ni memulakan tugas didapur dibantu oleh aku dan Adam.



Candid Adam!


Tak, ni tak candid. 



Selesai masak dan makan, aku berehat dalam bilik. Entah bila aku tertidur, aku pun tak tahu. Sedar-sedar je, dah tak ada bunyi bising enjin boat, senyap semacam je kat luar. Aku pun keluar bilik untuk cari Syamim. Rupa-rupanya dah sampai rupanya kita. Aku tengok sekeliling dalam keadaan masih mamai. Kitorang berada di pulau yang ada gua kat atas.



Bukak-bukak mata nampak ini.



Hai abang bukan pelesit!



Our Destination: Gua Bewah. Nampak tak gua tu? Gambar yang diambil ketika aku masih tidoq!



Diorang nak pergi gua. 


Dan dalam keadaan yang masih mamai, aku ikut diorang masuk ke gua. Syamim tak ikut memandangkan laluan ke gua tu agak mencabar fizikal sebab kena panjat tangga curam dan tinggi. Tak ada gambar dalam gua sebab tersangatlah gelap. Anddddd the most important is..... ada rangka manusia!!! T_T

Malam tu acara barbeque. All chicks got fired up! Wanna see pictures of the chicks? 






Yeahh, those chicks look very sexy when they're on fire.



Part of us set the chicks on fire to look sexy that night. Including Superman. Haha!




Ok, tipu sangat ayam tu sexy. But still, tasty!



Selepas itu, acara karaoke pulop.  Tapi time ni aku dah tido dah kat bilik sampai ke pagi esok. Letih sangat kot panjat gua siang tadi.










Bukan main diorang ni berkaraoke. Nasib baik tak mengganggu tidur aku. Haha!





Ouh, lupa. All pictures, credit to officemate. Gambar-gambar yang aku ambil sendiri masih dalam process editing lagi. Terima Kasih!


Till then. Assalamualaikum. 






4 comments:

  1. nak ajak onejet la pulak lepas ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak la! Ada chalet kat sana, boleh Yuyu honeymoon lepas kawen nanti. Hihi!

      Delete
  2. fuyyo. terbaik. macam syok gak fishing trio kat kenyri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik kot! Kalau pergi time air surut lagi best! Dapat banyak ikan.

      Delete