ads

Tuesday, January 8, 2013

Azam Tahun Baru 2013

Salam..





Cakk!




Sebelum ni, aku tak menetapkan apa-apa azam setiap kali tahun baru. Mungkin sebab aku rasa azam tahun baru is to mainstream. Hahaha!

Tapi kali ni, peduli hape aku mainstream ke tak mainstream! Lalalalalallalaaa...


Mari kita mulakan senarai azam tahun baru titewwwwwwwwwwwwww...         =..="



1: Ambil lesen kereta



Vhat!!?? Takde lesen lagi??????? Noob nye kau ni Zaty T_T

Haah, aku masih ketiadaan lesen pada tahun 2013 ini di umur yang ke 24 tahun. =_=" Jadi, antara faktor aku nak ambil lesen ialah: Aku dah kawen. Husband pulak kerja satu office, shift yang sama. Kang bila dah beranak nanti, salah sorang kena tukar shift untuk bergilir-gilir jaga anak. Jadi, pergi kerja pun berasingan la nanti. Jadi, untuk pergi ke office, harus menaiki kenderaan sebab jarak office dari rumah tidak memungkinkan untuk berjalan kaki. Kat rumah cuma ada kereta sebijik dan bike seketul. Jadi, ofcoz la Syamim take over bike. Kalau aku yang bawak bike, mau terberak aku nak membawak beban seberat 230KG++ iteww. Jadi opsyen yang tinggal adalah kereta. Jadi (berapa banyak jadi daaaa) aku haruslah memiliki lesen sebelum aku terberanak nanti. Anndddddd sebelum korang buat spekulasi sendiri, baik aku cakap kat sini je terus. Aku belum pregnant lagi oke. Aku ada buat perancangan keluarga. Sebenarnya siapa lagi eksaited kalau aku pregnant ni? Ramai pulak yang tak sabar nak anak buah. Aiyooo.. @_@



2: Traveling.

Sementara masih tidak mempunyai anak lagi, aku nak berfoya-foya dengan husband dulu sebab bila dah ada anak, harapan la kau nak kesana sini. Jadi, aku nak travel sepuasnya, pergi ke mana-mana yang dirancang dengan bajet yang disimpan hasil titik peluh bekerja sendiri. Kalau boleh, dapat peluang sekali seumur hidup ke luar negara pun jadi lah. In Sya Allah.. ^_^



Syamim: "Kau tau kenapa air tasik ni kaler hijau?" Aku: "Sebab sebelum ni tasik kenyir ni hutan kot" Syamim: "Salah! Sebab tasik ni memang dah ditakdirkan jadi kaler hijau. Aku: =_="




Eh, orang amek gambar! Cepat peace!!





3: Menjual sesuatu hasil tangan sendiri.

Untuk memungkinkan kedua-dua senarai azam diatas tercapai, maybe aku akan buat side income. Kalau nak harapkan gaji bulanan semata-mata, memang tak sempat laa nak accomplished azam tahun ni. Hmm.. Maybe aku akan jual shawl yang manik-manik or beads aku jahit sendiri. Atau kraf tangan. Makanan pun ok kot tapi bukan yang heavy la. More to dessert sebab dessert ialah kegemaran aku :3. Apa-apa aja janji halal dan memberi keuntungan. Just wait and see ok!



4: Hantar mak ayah menunaikan Umrah.

Maksud aku, hantar diorang ke airport la. Tahun ni diorang pergi Umrah. Jadi, sebagai seorang anak, aku nak sangat tunaikan tanggungjawab seperti ini. Biar aku rasa satu hari nanti aku akan jejakkan kaki ke Tanah Suci macam diorang jugak. :")




Apa yang aku listkan ni ialah yang memang akan dilaksanakan In Sya Allah. Mungkin akan ada penambahan azam secara sengaja atau tidak, terpulang kepada diri sendiri mengikut terma dan syarat.








Sekian. Assalamualaikum.. (^_^)v





2 comments: