ads

Sunday, December 2, 2012

Penang Stories : Part 1

Salam..





First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan aku di Rembau dan Klang. Sangat-sangat berterima kasih juga kepada yang memberi hadiah. Really appreciate it! Dan jika ada yang terkurang terlebih sewaktu majlis berlangsung, harap maafkan. Minta maaf juga kalau sewaktu majlis berlangsung, ada tetamu yang tak sempat untuk jumpa sebab tak menang tangan sebenarnya. Mintak maaf sangat-sangat! T_T

Jadi, selama dua minggu bergelar isteri, kehidupan agak berbeza. Sikit jela, tak banyak pun. Sebab..? Bangun tidur tiba-tiba ada orang kat sebelah. Loading otak kejap, owh rupa-rupanya diriku dah bernikah. -_-" Ada hati lagi nak jadi bujang. Suami, maafkan dirikuh!

Marriage leave yang diberikan selama seminggu telah dimanfaatkan untuk traveling. Yup, traveling. Not honeymoon. Honeymoon tu lain kali pun boleh. Hehe. Untuk traveling, Pulau Pinang menjadi destinasi pertama. Saja nak ke sana untuk mencari makanan yang best. Lepas tu, feeling ala-ala pengacara Jalan-Jalan Cari Makan. Wahhh!

Keluar rumah pukul 5 pagi waktu Malaysia, singgah breakfast dan solat Subuh, so lebih kurang pukul 6.30 pagi baru gerak ke Pulau Pinang. Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 6 jam menaiki Yamaha Xj6 kepunyaan Syamim. Itu sebab banyak berhenti sebab aku masih tak biasa berjalan jauh menaiki bike. So asyik-asyik rasa nak stop kejap untuk menghilangkan lenguh dibahagian tertentu. Tapi seriously talk, BEST!! Hanya yang menggemari big bike saja yang tahu betapa bestnya bila travel sebegitu. ^_^




Peace!


 


Sewaktu perjalanan menuju ke Penang, highway dihiasi dengan sebentuk PELANGI dan aku seakan-akan budak baru first time tengok ciptaan Allah yang hebat dan cantik tu. Siap sanggup suruh Syamim slow down bike untuk ambil gambar guna henpon tau! Akibat daripada itu, Syamim pun stop kejap kat RNR sebab agak bahaya kalau aku ambil gambar atas motor yang tengah laju.




Engkau tibaaaaa bagaikan Pelangiii... Tak bercahayaaaaaa namun kauu berseriiiii... 



Dah sampai Penang, kitorang check in hotel dulu. Kitorang decide untuk stay kat TuneHotels.com. For me, it's a first class budget hotel yang sangat selesa and harga pun berpatutan. Hotel ni sangat strategic sebab berada di pekan Georgetown and hanya 5 minit saja untuk ke menara Komtar! Kitorang tak booking online, just terus book je kat situ untuk 2 malam. But, if korang nak stay di Tune Hotel, korang book online la. Boleh dapat harga lagi murah! I recommended you guys this hotel! Seriously..!



Check this out for more information. ^_^





So, after booked and check in, kitorang mandi and rehat kejap sebab lepas tu bermulalah pencarian makanan yang famous di Penang! 

Petang tu, after a short nap, we decided to go to Gurney area untuk pekena Nasi Kandaq! Kedai makan tu Syamim kata dia pernah datang dengan band dia dulu masa diorang ada buat performance kat Penang. And yes, kedai Nasi Kandaq tu tepi laut je. Sambil makan, sambil tengok laut, sambil senyum! Package!



Syamim dengan muka yang stay nampak macam biasa, aku dengan muka yang selekeh dengan tak cukup tidur yang kelaparan yang berbahagia dapat makan Nasi Kandaq!


Ayam goreng dia serius besar! Harga pun berpatutan! Aku makan pun tak habis sebab banyak sangat. Itu pun dah mintak nasi separuh je tau. Huh Huh Huh..


Jika ada diantara anda yang perasan akan ketembaman pipi saudari di atas, harap abaikan sebab dia agak stress dengan kenaikan berat badan sejak kebelakangan ini. Jadi sila jangan tambahkan stress beliau. Terima Kasih!


So, list makanan wajib Penang yang telah accomplished :-
1. Nasi Kandar  Done
2. Pasembur
3. Laksa Penang



Sekian sahaja kisah traveling Penang Part 1. Nantikan part 2 pulak ok?
Till then. Assalamualaikum.







2 comments: