ads

Thursday, December 6, 2012

Penang Stories : Part 2

Salam..






Gemorning!


Hari kedua di Penang. Plan ialah untuk menaiki Bukit Bendera and will having brunch di sana.

Jarak perjalanan tak dapat nak estimate sebab kitorang berpusing-pusing nak cari jalan ke Bukit Bendera. Tapi yang penting takkan sesat la sebab still dalam pulau hew hew hew. Lagi pun, tak lama pun cari jalan.Tak sampai sejam pun, setengah jam je kot. Sampai sana dalam pukul 11.30 pagi. Cepat-cepat pergi beli tiket sebab excited nak naik train yang boleh panjat bukit! ^_^





Train yang kaler merah putih tu dah stop operating tahun 2010. Lagi pun dah lama train mcm tu dok angkut penumpang since tahun 1977 lagi. Sekarang dah tukar train yang lebih canggih plus ada aircond! Lebih kurang naik LRT but version naik bukit laaaa...




Price sekeping tiket dua hala untuk dewasa hanya RM8 seorang jika menunjukkan IC. Untuk pelancong luar negara, price harga lain iaitu RM30. 


Budak excited.


"Lama lagi ke..?? :3" Bajet muka comel la tu! -_-"



Maybe because of school holiday, so train agak penuh and kitorang terpaksa menunggu the next train. Tak la lama sangat nak tunggu, just around 10 minutes, the next train sampai kat platform. 

 

Berdiri pun takpe, boleh tengok pemandangan!


Aku ingat train tu lembab-lembab je nak naik bukit. Rupa-rupanya..! Boleh tahan jugak kelajuan dia. Sampai aku suruh Syamim pegang aku sebab takut jatuh. Jatuh? Nak jatuh kemana Zaty oii, jatuh keluar ke? Takde maknanya. Ini train selupa itu LRT maa, safety manyak baik punyaa..!




Walaupun cuma bukit, tetapi bila sampai kat atas..


And yes, waktu tu ialah 12 tengah hari waktu tempatan. Cuaca and suhu macam pukul 7 pagi. Berkabus and sejuk! Maybe sebab kabus tu actually awan kot. Awan kan bawak wap air, that's why sejuk. Hehe..


Wokeh, dah sampai kat atas, tiba masa untuk mencari makanan untuk di-omnomnom-kan! Kitorang pergi ke food court yang berada di atas Muzium Burung Hantu. Bila nampak di salah satu gerai ada tulis Laksa Penang, cepat-cepat aku order! Miahaha!


 
Laksa Penang, Nasi Ayam dan Cendol Biasa.



Syamim tak makan laksa so dia order nasi ayam. Laksa Penang aku berharga RM4.50 sahaja. Nasi ayam Syamim, aku lupa pulak berapa harga -_-" Cendol biasa RM4.50. Kalau nak yang special, RM5.00. Cendol special ada one scoop of ice cream.


Laksa Penang tak banyak beza pun dengan laksa yang biasa aku makan. Just ada tambah daun pudina so laksa tu ada rasa mint sikit. Sedap! Habis aku makan. Hehehe..


Lepas makan, kitorang jalan-jalan kejap, nak tengok pemandangan pulau dari atas bukit. Tapi still tak dapat tengok sebab masih berkabus.


Dah lebih pukul 1 tengah hari pun still rasa sejuk lagi.


After take a walk for 15 minutes and masih tak dapat tengok pemandangan dari atas pulau, aku ajak Syamim masuk ke The Owl Museum. Bayaran masuk ialah RM10 per entry



Baru aku perasan, tarikh tiket yang diorang bari aku ni salah la! Sepatutnya 27 November :O



Muzium ni merupakan muzium burung hantu yang pertama di Asia Tenggara dan pernah tercatat dalam Malaysia Book Of Records tau! Untuk maklumat lanjut, boleh ke website The Owl Museum ok? 



 Ada barangan cenderahati untuk dijual.


Antara info burung hantu yang terdapat di muzium ni. Nak bela yang macam Hedwig dalam Harry Potter tu boleh tak? Ngee!





Bila dah puas tengok burung hantu, kitorang pun keluar.





Haaaa... Nampak dah pemandangan! Dari atas, boleh nampak Jambatan Pulau Pinang, Menara Komtar, macam-macam lah! Hotel Tune yang kitorang stay pun boleh nampak.


Wokeh, dah puas dah kat atas Bukit Bendera ni. Tiba masa untuk balik ke hotel!



 Penang Hill awesome!



Antara barang yang beli dari The Owl Museum. Dua keychain silver comel dapat free dengan setiap pembelian ticket The Owl Museum, satu keychain brown colour aku beli untuk Syamim, and satu white owl bangle for me!



Mari kita semak senarai makanan yang dah accomplised :-

1. Nasi Kandar Done
2. Pasembur
3. Laksa Penang Done



Sekian sahaja kisah traveling Penang Part 2. Next time aku update lagi ok?

Till then. Assalamualaikum.







Sunday, December 2, 2012

Penang Stories : Part 1

Salam..





First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan aku di Rembau dan Klang. Sangat-sangat berterima kasih juga kepada yang memberi hadiah. Really appreciate it! Dan jika ada yang terkurang terlebih sewaktu majlis berlangsung, harap maafkan. Minta maaf juga kalau sewaktu majlis berlangsung, ada tetamu yang tak sempat untuk jumpa sebab tak menang tangan sebenarnya. Mintak maaf sangat-sangat! T_T

Jadi, selama dua minggu bergelar isteri, kehidupan agak berbeza. Sikit jela, tak banyak pun. Sebab..? Bangun tidur tiba-tiba ada orang kat sebelah. Loading otak kejap, owh rupa-rupanya diriku dah bernikah. -_-" Ada hati lagi nak jadi bujang. Suami, maafkan dirikuh!

Marriage leave yang diberikan selama seminggu telah dimanfaatkan untuk traveling. Yup, traveling. Not honeymoon. Honeymoon tu lain kali pun boleh. Hehe. Untuk traveling, Pulau Pinang menjadi destinasi pertama. Saja nak ke sana untuk mencari makanan yang best. Lepas tu, feeling ala-ala pengacara Jalan-Jalan Cari Makan. Wahhh!

Keluar rumah pukul 5 pagi waktu Malaysia, singgah breakfast dan solat Subuh, so lebih kurang pukul 6.30 pagi baru gerak ke Pulau Pinang. Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 6 jam menaiki Yamaha Xj6 kepunyaan Syamim. Itu sebab banyak berhenti sebab aku masih tak biasa berjalan jauh menaiki bike. So asyik-asyik rasa nak stop kejap untuk menghilangkan lenguh dibahagian tertentu. Tapi seriously talk, BEST!! Hanya yang menggemari big bike saja yang tahu betapa bestnya bila travel sebegitu. ^_^




Peace!


 


Sewaktu perjalanan menuju ke Penang, highway dihiasi dengan sebentuk PELANGI dan aku seakan-akan budak baru first time tengok ciptaan Allah yang hebat dan cantik tu. Siap sanggup suruh Syamim slow down bike untuk ambil gambar guna henpon tau! Akibat daripada itu, Syamim pun stop kejap kat RNR sebab agak bahaya kalau aku ambil gambar atas motor yang tengah laju.




Engkau tibaaaaa bagaikan Pelangiii... Tak bercahayaaaaaa namun kauu berseriiiii... 



Dah sampai Penang, kitorang check in hotel dulu. Kitorang decide untuk stay kat TuneHotels.com. For me, it's a first class budget hotel yang sangat selesa and harga pun berpatutan. Hotel ni sangat strategic sebab berada di pekan Georgetown and hanya 5 minit saja untuk ke menara Komtar! Kitorang tak booking online, just terus book je kat situ untuk 2 malam. But, if korang nak stay di Tune Hotel, korang book online la. Boleh dapat harga lagi murah! I recommended you guys this hotel! Seriously..!



Check this out for more information. ^_^





So, after booked and check in, kitorang mandi and rehat kejap sebab lepas tu bermulalah pencarian makanan yang famous di Penang! 

Petang tu, after a short nap, we decided to go to Gurney area untuk pekena Nasi Kandaq! Kedai makan tu Syamim kata dia pernah datang dengan band dia dulu masa diorang ada buat performance kat Penang. And yes, kedai Nasi Kandaq tu tepi laut je. Sambil makan, sambil tengok laut, sambil senyum! Package!



Syamim dengan muka yang stay nampak macam biasa, aku dengan muka yang selekeh dengan tak cukup tidur yang kelaparan yang berbahagia dapat makan Nasi Kandaq!


Ayam goreng dia serius besar! Harga pun berpatutan! Aku makan pun tak habis sebab banyak sangat. Itu pun dah mintak nasi separuh je tau. Huh Huh Huh..


Jika ada diantara anda yang perasan akan ketembaman pipi saudari di atas, harap abaikan sebab dia agak stress dengan kenaikan berat badan sejak kebelakangan ini. Jadi sila jangan tambahkan stress beliau. Terima Kasih!


So, list makanan wajib Penang yang telah accomplished :-
1. Nasi Kandar  Done
2. Pasembur
3. Laksa Penang



Sekian sahaja kisah traveling Penang Part 1. Nantikan part 2 pulak ok?
Till then. Assalamualaikum.