Monday, November 5, 2012

Pre Wedding Photoshoot

Salam..

Beberapa minggu lepas, aku ada pre wedding photoshoot. Yela, asyik jeles tengok kawan-kawan lain buat pre wedding photoshot, aku pun nak jugak. Lagi pun dah lama sangat-sangat aku tak photoshot, sejak tahun lepas tak silap. Maknanya dah setahun lebih la aku dah tinggalkan zaman-zaman itu.

So, ni la peluang terakhir untuk aku "perasan model" kembali. Tapi kali ni lain sikit. Aku ajak Syamim. Bhahahahaha! Mula-mula dia taknak. Aku paksa jugak, dia taknak jugak, aku pujuk elok-elok, pun dia taknak. "Ok fine! Taknak kawan!" pun tak jalan jugak. Soo.. Aku guna ayat ni : "Ini laa kali terakhir aku nak menghayati zaman-zaman kegemilangan aku dulu. So pelisss kita photoshot kali terakhir sebelum aku menutup mata ini.. T_T" sambil melutut mengadap Syamim dengan esakan tangisan umpama kanak-kanak tak dapat lolipop perisa beluberi. Akhirnya!!!! Dia cair bak eskrem cokolat di tengahari yang terik. Memang perumpamaan aku ni melampau tahap sastera darjah satu kan.. *sungguh tipu cerita ini. sila jangan percaya*

Malam sebelum shoot tu, punya eksaited sampai tak tidur, akhirnya hanya dapat melelapkan mata selama 2jam setengah, lalu bangun memandikan diri. Lantak la bawah mata lebam sikit, boleh cover pakai mekap hehe. Dah lama tak bermain dengan mekap ni. Setiap hari muka togel hanya berbekalkan moisturizer dan bedak je. Bila pakai mekap balik, rasa tak biasa pun ada. Tapi bantai je lah! Hari ni shoot kot, apa lagi, bulu mata pelesu laaa..!

Make up pada hari kejadian. Time ni tak pakai lipstick lagi, sebab nak makan dulu.



Syamim yang diarah oleh photographer untuk pakai wax or gel kat rambut dan disuruh iron baju kemeja, kalau tak buat, dia kena marah bahahhahaha



Black and White



Me liking my red lips :"D



Save The Date: November 17 & 24, 2012





The best part is, photographer hanya menumpukan perhatian kepada Syamim kerana kesukaran dia untuk pose. Sebab Syamim suka jelir lidah bila ambil gambar seperti gambar kedua entry ini  =.="








Till then..




2 comments:

  1. alolooo.. nak banyak banyak gambar ;)

    ReplyDelete
  2. Ahaaa! Gambar lain still kat photoG lg. Esok baru dia bagi. Nanti dah dapat, Zaty upload banyak2 k

    ReplyDelete