ads

Wednesday, November 21, 2012

"Puan Nur Izzatti Bt Arifin" Dah Pun.

Salam..





*****
"Aku terima nikahnya Nur Izzatti Binti Arifin dengan mas kahwinnya RM*** tunai.."

Tok kadi: "Sah?"

Saksi pertama: "Sah."

Saksi kedua: "Sah."

Tok kadi: "Alhamdulillah.."

Aku: (Drama Sepetang) Terus peluk mak sambil nangis.

Syamim: Ambil tisu, lap peluh -_-"


*****





Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur atas kebesaran Allah. Hanya sekali lafaz, aku sah menjadi milik Syamim. Sekali je bro! Hahaha!


Selepas nikah. 


Ingat tak yang aku ada cakap pasal project DIY aku untuk wedding? Dalam perenggan last sekali. Haaa.... Ini la yang nak cerita ni! Hehe.. Baju nikah tu la project DIY aku tau! Pakej dengan shawl tu sekali. Ramai tak percaya perkara ini tetapi ini adalah benar. Rasanya aku boleh buat part time job untuk jahit accessory kat baju. Ihik!

Nanti aku cerita ok! Sekarang mau tidur. Suami dah panggil ;-)

Till then. Assalamualaikum.









Monday, November 12, 2012

Wedding Shada & Sendart

Salam..




Ringkas saja entry ni.

Sabtu hari tu, aku ke wedding Shada & Sendart kat Cheras. Biasalah, driver aku si bakal suami, Syamim. Kitorang kena hadap traffic jam sepanjang jalan menuju ke Cheras plus sesat sampai ke Kajang tak jumpa taman perumahan. -_-"

Akhirnya setelah 2 jam merungut memarah mengeluh didalam kereta, kitorang sampaiiii jugak di rumah Sendart. Takpe, demi Shada, sanggup tau! Ngee..

Shada nampak sangat nice, beautiful and sweet in wedding dress. Paling suka ada big ribbon kat belakang dress dia. Jatuh cinta tau! ^_^

Wedding belah lelaki yang simple yet nice and aku suka sangat! Pagi tu nikah, tengahari sanding terus. No need a grand high cost wedding to make a most beautiful moment once in a life time. Aku sangat-sangat suka wedding Shada! Susah tau aku nak puji wedding orang ni! Hehe..

Tahniah Shada & Sendart! Semoga kekal hingga ke Jannah..



 Shada comel kan?






Pengantin dan bakal. InsyaAllah jumaat ni aku pulak. ^_^



Henpon buruk, kualiti gambar pun buruk. Tapi takpa, asalkan boleh nampak orang dalam gambar kan? 

Till then.. Assalamualaikum..







Monday, November 5, 2012

Satu Karangan, Tiga Cerita

Salam..

Entry kedua pada tarikh 5 November 2012 ini. Ini kerana lama tak update and rasa nak cerita semua yang berlaku dalam satu entry ni. Tamak haloba kan? -_-"

Kad dah diagihkan kepada yang minta hari tu. Cuma yang kena post tu lambat sikit, InsyaAllah nanti akan dipostkan. Siap pergi Unisel hantar kad kat lecturer. ^_^ Cuma tak dapat hantar kat Puan Gina je sebab beliau di Adelaide, Australia. :(

Thanks to Tasha sebab jadi driver hari tu. Sanggup dia ambil aku kat rumah and bawa aku pergi Unisel and lunch walaupun hari tu dia cuti. :")

Sempat ambil gambar masa tengah tunggu lecturer depan faculty.


*******

Masa kat office, masa tengah conference through email dengan staff evening shift pasal futsal, tetiba ada yang rajin buat mende alah ni.

Nampak tak? Ok, kita zoom sikit.


Tak manpak lagi? Ok, zomm lagi.

Tadaaa..! Cool tak? Hahaha!


*******



Kat office, aku suka kirim makanan kat officemate petang-petang sebelum kerja, so masa dah start kerja tu boleh terus minum petang. Tetiba, aku dikejutkan dengan sesuatu yang sangat membahagiakan!


Karipap besar! Sekeping berharga RM1. Order 4 keping. Dua untuk aku, dua untuk Syamim. Dua keping dah cukup mengenyangkan! :"D





See? Tamak kan? Nak letak 3 cerita dalam satu entry. Next time kalau rajin, aku update pasal project DIY yang sedang aku jayakan sempena wedding aku yang bakal tiba nanti.

Till then.. Assalamualaikum..






Pre Wedding Photoshoot

Salam..

Beberapa minggu lepas, aku ada pre wedding photoshoot. Yela, asyik jeles tengok kawan-kawan lain buat pre wedding photoshot, aku pun nak jugak. Lagi pun dah lama sangat-sangat aku tak photoshot, sejak tahun lepas tak silap. Maknanya dah setahun lebih la aku dah tinggalkan zaman-zaman itu.

So, ni la peluang terakhir untuk aku "perasan model" kembali. Tapi kali ni lain sikit. Aku ajak Syamim. Bhahahahaha! Mula-mula dia taknak. Aku paksa jugak, dia taknak jugak, aku pujuk elok-elok, pun dia taknak. "Ok fine! Taknak kawan!" pun tak jalan jugak. Soo.. Aku guna ayat ni : "Ini laa kali terakhir aku nak menghayati zaman-zaman kegemilangan aku dulu. So pelisss kita photoshot kali terakhir sebelum aku menutup mata ini.. T_T" sambil melutut mengadap Syamim dengan esakan tangisan umpama kanak-kanak tak dapat lolipop perisa beluberi. Akhirnya!!!! Dia cair bak eskrem cokolat di tengahari yang terik. Memang perumpamaan aku ni melampau tahap sastera darjah satu kan.. *sungguh tipu cerita ini. sila jangan percaya*

Malam sebelum shoot tu, punya eksaited sampai tak tidur, akhirnya hanya dapat melelapkan mata selama 2jam setengah, lalu bangun memandikan diri. Lantak la bawah mata lebam sikit, boleh cover pakai mekap hehe. Dah lama tak bermain dengan mekap ni. Setiap hari muka togel hanya berbekalkan moisturizer dan bedak je. Bila pakai mekap balik, rasa tak biasa pun ada. Tapi bantai je lah! Hari ni shoot kot, apa lagi, bulu mata pelesu laaa..!

Make up pada hari kejadian. Time ni tak pakai lipstick lagi, sebab nak makan dulu.



Syamim yang diarah oleh photographer untuk pakai wax or gel kat rambut dan disuruh iron baju kemeja, kalau tak buat, dia kena marah bahahhahaha



Black and White



Me liking my red lips :"D



Save The Date: November 17 & 24, 2012





The best part is, photographer hanya menumpukan perhatian kepada Syamim kerana kesukaran dia untuk pose. Sebab Syamim suka jelir lidah bila ambil gambar seperti gambar kedua entry ini  =.="








Till then..