ads

Monday, October 8, 2012

Tips Hilangkan Perasaan Benci

Salam.





 Just entry "Luahan Hati".


Mencik!



Today is Monday. A blueday. And today is gonna be a bad day. Bad mood, bad feeling. Something that I hate will be closer after this. Urghhhh!! Hatred in my mind will be higher than before! I hate this feeling. T_T Aku cakap berterabur so jgn tegur =_="








Jadi, untuk menghilangkan atau melupakan kebencian yang ada dihati, benak dan sanubari ini, aku telah fikirkan beberapa tips yang boleh digunakan pakai dikala lapang dan senang. Jom review!


1. Main paintball



Masa jadi crew (photographer je) paintball team Jia dulu, aku banyak jugak follow paintball league Malaysia ni. Walaupun tak pernah main tapi aku rasa player-player paintball semua seolah-olah sedang melepaskan kemarahan dan kebencian masa dalam padang. Sebijik macam orang tengah perang lah! So, ini boleh jadi salah satu cara melupakan atau melepaskan kebencian terhadap sesuatu. Anggap je pihak lawan tu orang yang kita benci. Then, tembak habis-habisan bhahahaha! Tapi ingat, benci dalam padang je tau. dah habis lawan, diorang tu bukan musuh tau! Walaubagaimana pun, paintball ni memerlukan kos yang agak besar. Kita kena sewa padang, facemask, marker (senjata yang macam senapang tuu) and pallets (bola cat kecik-kecik yang dijadikan peluru) tu pulak kena beli. Aku dah tak ingat berapa kos semua sekali sebab dah lama tinggalkan paintball, so survey-survey la sendiri ek.


2. Tumbuk bantal

Kita sebagai wanita a.k.a perempuan a.k.a gadis melayu ni tak baik dok pergi tumbuk-tumbuk pukul-pukul orang. Bila tengok video budak-budak sekolah perempuan dok gaduk berebut jantan, rasa diorang tu tersangatlah loser -_-" Bukankah ramai lagi lelaki yang berjaya diluar sana, jantan rempit sorang tu jugak lah yang kau rebutkan. Jadi, untuk mengelak dari tumbuk orang, baiklah kita tumbuk bantal kat bilik tidur kita tu. Bantal tu pun akan kembali ke bentuk asal. Lagipun takde orang nampak, imej kita pun terjaga


3. Karaoke

Ajak kawan-kawan pergi karaoke, pilih lagu-lagu berunsur kebencian terhadap seseorang dan nyanyi sekuatnya! Luahkan segala kebencian anda! Nak menangis time nyanyi pun boleh jugak. Lantak la kalau suara tak sedap ke janji puas hati. Betul tak?






4. Travel

Ambil cuti selama 3 hari, pergi ke tempat yang kita tak pernah jejaki. Jangan lupa bawa camera sekali! Boleh kita lupakan segala masalah buat sementara waktu. Its time to get closer to mother nature guys! Travel sorang-sorang best, tapi bahaya untuk perempuan. Bagi gugirls yang nak travel sorang-sorang tu, atleast bawaklah sorang teman bersama. Nanti takdela ada kes penculikan ke, hilang di gunung ke, lemas di laut ke. Kan..


5. Dark Chocolate



Makan lah dark chocolate sebab ia mengandungi endorphin yang bertindak sebagai penenang fikiran. Dark chocolate juga mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan juga bertindak sebagai penenang (anti-depression). Tapi ingat! Jangan makan banyak-banyak, nanti boleh gemuk. Makan sikit-sikit je tau! Favourite aku, Dove Dark Chocolate Yummayyyhhhh!





6. Surah Yaasin

Rasa tenang je kalau kita baca Surah Yaasin selepas solat Subuh. Rasa marah akan hilang dan rasa sejuk dan tenang dan aman pulak muncul. Lebih-lebih lagi jika disertakan dengan bacaan ayat Kursi dan zikir-zikir. Masa ni la kita nak dekatkan diri dengan Allah SWT dan menjauhkan diri dari bisikan-bisikan syaiton yang selalu menghasut dan memperdayakan kita supaya menjadi lebih marah! Jadi, amalkan baca Yaasin selalu ya.








Tu je yang aku terfikir buat masa ni. So, hope tips-tips ni boleh diguna pakai oleh semua orang! Till then..!




All pictures: Credit to Google







2 comments:

  1. jgn risau yuyu. zaty tak marah yuyu, zaty marah org lain :P

    ReplyDelete