ads

Sunday, October 21, 2012

Hari-Hari Akhir Sebagai Seorang Bujang

Salam..






Warning! 

Entry banyak gambar.
Brave yourself, this entry will be long and have too much pictures of mine muehehehehe..





Kurang dari sebulan, aku bakal mendirikan rumahtangga. Rumah ada tangga. Rumah takda tangga pun boleh jadi rumahtangga sebab usaha tangga kejayaan *tetiba*

So, zaman-zaman ketika bujang haruslah diingati masa detik-detik terakhir ni. Zaman yang akan ditinggalkan selama-lamanya.. Uhuk uhuk! T_T

Sedih? Ofcoz la.. Sebab zaman bujang aku laa aku belajar banyak perkara, kenal banyak benda, jumpa macam-macam orang and ragam. Lebih lebih lagi aku merantau ke negeri orang walaupun negeri tu negeri kelahiran aku sendiri. Yup, eden oghang Nogoghi tapi eden lahir keq Selangor ihik! *gedik tetiba*. Means, jauh dari mak ayah. 

Masa hidup serumah dengan parents, banyak benda parents akan kawal and prevent kita dari buat perkara or ambil tahu tentang perkara yang kita tak pernah tau langsung. Masa tu masih tak mengenal dunia luar lebih-lebih orang kampung macam aku *sempat merendah diri*

Once you lived separately with your parents, especially yang tinggal jauh, hanya kita yang akan tentukan hala tuju kita sendiri. Kalau salah hala tuju, maka salahlah kita. Kalau betul hala tuju, maka betullah kita. Jangan pening dengan peribahasa baru tercipta ini. Hewhewhew.

Aku mengaku dulu aku agak teruk dalam membimbing diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, seteruk aku, aku tak pernah sentuh benda-benda haram macam arak, dadah, or clubbing. Memang dugaan macam tu sentiasa ada, even ramai kenalan yang terlibat dalam benda macam tu. Thats why ketahanan diri and Iman kena kuat. Sebab dari situ kita diuji sama ada kita kuat atau tidak. 

Back in my days, first time tengok wayang masa tu umur 18 tahun. Tengok wayang pun dah rasa jahat gila. Balik rumah menangis-nangis minta maaf kat mak -_-" Then, when further my study kat Unisel, first time pergi karaoke. Pun rasa jahat gila sedangkan nyanyi-nyanyi je kot -..-"

Oishhh kalau nak diingat balik zaman-zaman bujang, memang banyak sangat perkara yang aku belajar. Paling ingat masa zaman di Unisel, ada pulak adegan gaduh-gaduh dengan bestfrens sampai putus kawan, pindah-pindah rumah, lawan-lawan status kat FB, macam-macam. End up nya, kawan balik. Then now bila dok ingat balik, masing-masing tergelak ketawa terbahak-bahak sampai guling-guling mengenangkan betapa mangkuk ayun dan tak matangnya diri ketika itu haha!


Haihhh.. Back in my days..



Zaman baru mengenal Shah Alam


******



Zaman first time masuk ke kelas *muka sangat budak-budak*


******




Zaman mula ada group assignment


******




Zaman mula belajar menggunakan DSLR


******


 

 
Zaman gila-gila ketika bosan


******




Zaman berjinak dengan Paintball


******



Zaman mengenali Paintball Family


******



Zaman first time had a jamming session di rumah Prof Jamal


******



Zaman melancong ke Jia's hometown


******



Zaman masih aktif melukis watak-watak komik kegemaran


******



Zaman karaoke bersama sambil berdiri atas kerusi


******



Zaman adventurous


******



Zaman Kurus T_T


******





Kalau nak diikutkan, memang banyak gambar zaman bujang aku nak tepek kat entry ni. Tapi biarlah yang lain-lain jadi kenangan peribadi aku je ^_^


Owh, lupa. Kenapa aku cakap zaman bujang? Kenapa bukan zaman anak dara? 

Sebab kalau aku panggil zaman anak dara, aku rasa macam seorang anak dara yang sopan  santun yang menghabiskan zaman anak daranya dengan hanya berusaha menjadi selemah-lembut mungkin dan duduk dirumah belajar masak masakan kegemaran bakal suami dan menunggu siapa yang bakal masuk meminang sedangkan ia bertentangan dengan perwatakan aku yang agak kasar dan tak lemah lembut dan suka aktiviti lasak dan suka dengar lagu metal dan berkeinginan untuk membela ular sawa dan bungee jumping :P *tapi mak tak bagi bela ular tsk tskkk*


Tapi walaupun kasar, still dapat jodoh jugak kan? Jia yang lasak bukan main tu pun nak kawin jugak. So, ayat "Haa, cuba laa jadi macam anak dara Mak Jemah kampung sebelah tu, sopan santun  je. Cepat je orang masuk meminang." tu macam dah tak relevant kan? Hehe.


Segala content di atas tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia tau. ^_^







Till Then.. Assalamualaikum.









2 comments:

  1. heeee :D orang tu dah nak kawen laaa.. InsyaALLAH yuyu datang. tapi rumah syamim la kot :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah syamim pun ok. janji dapat jumpa yuyu ^_^

      Delete