ads

Tuesday, October 2, 2012

Dalam Cucur Ada Jagung Yummayyhh..!

Salam..

Lama jugak la tak post entry baru. Banyak je halangan. Bila nak berblog je, mesti ada je sesuatu yang menghalang. Nak berbelog je, tetiba idea yang mencurah-curah masa kat office tadi dah hilang masa dah balik rumah. Haishh! 

Kita dah masuk Oktober dah kan? Cepat sangat masa berlalu ni. Ada kebaikan dan kelemahan jugak masa berlalu cepat. Kelemahan dia bila kita tak sedar masa tu berlalu dengan pantas and kita tak ready dengan apa yang kita rancang sebelum ni. Kebaikan dia pulak terasa oleh orang-orang yang dah bekerja, hujung bulan dapat gaji, rasa macam "Eh, dah payday ke? Bhahahahaha shopping!!!"  =_='

Ini bermakna, hanya lagi sebulan aku akan bergelar errr.. aaaaa...eerrrrr.... i s t e r i k e p a d a s u a m i a k u a l a t a k u t n y a...! Sooo, hmm.. Kad kawin dah siap. Nanti akan diedarkan kepada sanak saudara dan kawan-kawan. Just Pre Wedding photoshoot je belum lagi.

Sepatutnya photoshoot minggu ni tapi photographer mintak tangguh minggu depan sebab dia nak pergi ape tah, ada event photography katanya. Ok la tu, boleh aku balik kampung minggu ni. Mak panggil balik, nak beli barang-barang yang sepatutnya dibeli untuk majlis nanti. Ayat "Mak panggil balik" tu macam aku tengah main kat taman permainan dengan kawan then adik or kakak cakap "zaty, mak panggil suruh balik" kan?

Persiapan? Biasa-biasa je. Wedding aku tak grand pun nanti. Kepada sesiapa yang mengharapkan wedding grand-grand lepas tu pergi kat wedding tu then kutuk sebab tak grand, aku cabar korang semua buat wedding "grand" korang tu guna duit sendiri seratus peratus! Sakit tau tak nak kawin ni. Ingat senang? Stress tau tak! *emo sengsorang

So, aku dah cakap awal-awal wedding aku ni biasa-biasa je ok. Kalau boleh aku taknak bersanding pun, just nak buat makan-makan je. Tapi memandangkan aku anak first dan cucu first belah mak aku and mak aku mengharap sangat nak tengok anak dia bersanding, so aku buat jugak. Itu pun dah tolak malam berinai bagai, bersalin baju lah hape lah. No no no, taknak ada baju persalinan sampai 5 pasang pelisss. I tak sukewww.. And My Wedding Will Be No Karaoke! Ingat tu! Aku tak suka bila aku tengah happy-happy kat wedding aku nanti, tetiba ada mamat suara sumbang menyumbangkan lagu patah hati, putus cinta, awek lari pergi kat balak lain kat wedding aku. Yes, aku tak suka!! *zaty emo lagi

Sudah sudah la emo tu zaty. Ish ish ishh..! 

Jadi, untuk menghilangkan Mr Stress dalam dirikuh ini, almost every evening aku akan reward diri sendiri dengan ini..

Cucur Jagung dan Teh Tarik di meja office depan pc sambil buat kerja sungguh Like A Boss!


Seriously, very relaxing dapat makan macam ni sekali sekala. Thanks kepada Bro Hafez sebab selalu tolong kirim beli cucur jagung ni. ^_^

Tapi tu lah, perkara sebegini boleh menjejaskan usaha aku untuk mengurangkan berat badan sebelum wedding je. Jadi, perkara sebegini perlu dikurangkan hew hew hew. 

Oh ya, sebelum aku lupa, aku akan postkan in the upcoming post tentang people who judging others just by their physical and appearance. Somethime aku x paham dengan orang-orang macam ni. Tak baik menimbulkan isu sebegini, certain people anggap gurauan tu satu benda yang sensitive walaupun niat kita hanyalah bergurau. 


Till then.. Bye! Assalamualaikum..











2 comments:

  1. Jangan lupa bagi kad kawen tau zaty :)

    ReplyDelete
  2. Ok yuyu, jangan risau la. Mesti ingat punya. ^_^

    ReplyDelete