ads

Sunday, October 21, 2012

Hari-Hari Akhir Sebagai Seorang Bujang

Salam..






Warning! 

Entry banyak gambar.
Brave yourself, this entry will be long and have too much pictures of mine muehehehehe..





Kurang dari sebulan, aku bakal mendirikan rumahtangga. Rumah ada tangga. Rumah takda tangga pun boleh jadi rumahtangga sebab usaha tangga kejayaan *tetiba*

So, zaman-zaman ketika bujang haruslah diingati masa detik-detik terakhir ni. Zaman yang akan ditinggalkan selama-lamanya.. Uhuk uhuk! T_T

Sedih? Ofcoz la.. Sebab zaman bujang aku laa aku belajar banyak perkara, kenal banyak benda, jumpa macam-macam orang and ragam. Lebih lebih lagi aku merantau ke negeri orang walaupun negeri tu negeri kelahiran aku sendiri. Yup, eden oghang Nogoghi tapi eden lahir keq Selangor ihik! *gedik tetiba*. Means, jauh dari mak ayah. 

Masa hidup serumah dengan parents, banyak benda parents akan kawal and prevent kita dari buat perkara or ambil tahu tentang perkara yang kita tak pernah tau langsung. Masa tu masih tak mengenal dunia luar lebih-lebih orang kampung macam aku *sempat merendah diri*

Once you lived separately with your parents, especially yang tinggal jauh, hanya kita yang akan tentukan hala tuju kita sendiri. Kalau salah hala tuju, maka salahlah kita. Kalau betul hala tuju, maka betullah kita. Jangan pening dengan peribahasa baru tercipta ini. Hewhewhew.

Aku mengaku dulu aku agak teruk dalam membimbing diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, seteruk aku, aku tak pernah sentuh benda-benda haram macam arak, dadah, or clubbing. Memang dugaan macam tu sentiasa ada, even ramai kenalan yang terlibat dalam benda macam tu. Thats why ketahanan diri and Iman kena kuat. Sebab dari situ kita diuji sama ada kita kuat atau tidak. 

Back in my days, first time tengok wayang masa tu umur 18 tahun. Tengok wayang pun dah rasa jahat gila. Balik rumah menangis-nangis minta maaf kat mak -_-" Then, when further my study kat Unisel, first time pergi karaoke. Pun rasa jahat gila sedangkan nyanyi-nyanyi je kot -..-"

Oishhh kalau nak diingat balik zaman-zaman bujang, memang banyak sangat perkara yang aku belajar. Paling ingat masa zaman di Unisel, ada pulak adegan gaduh-gaduh dengan bestfrens sampai putus kawan, pindah-pindah rumah, lawan-lawan status kat FB, macam-macam. End up nya, kawan balik. Then now bila dok ingat balik, masing-masing tergelak ketawa terbahak-bahak sampai guling-guling mengenangkan betapa mangkuk ayun dan tak matangnya diri ketika itu haha!


Haihhh.. Back in my days..



Zaman baru mengenal Shah Alam


******



Zaman first time masuk ke kelas *muka sangat budak-budak*


******




Zaman mula ada group assignment


******




Zaman mula belajar menggunakan DSLR


******


 

 
Zaman gila-gila ketika bosan


******




Zaman berjinak dengan Paintball


******



Zaman mengenali Paintball Family


******



Zaman first time had a jamming session di rumah Prof Jamal


******



Zaman melancong ke Jia's hometown


******



Zaman masih aktif melukis watak-watak komik kegemaran


******



Zaman karaoke bersama sambil berdiri atas kerusi


******



Zaman adventurous


******



Zaman Kurus T_T


******





Kalau nak diikutkan, memang banyak gambar zaman bujang aku nak tepek kat entry ni. Tapi biarlah yang lain-lain jadi kenangan peribadi aku je ^_^


Owh, lupa. Kenapa aku cakap zaman bujang? Kenapa bukan zaman anak dara? 

Sebab kalau aku panggil zaman anak dara, aku rasa macam seorang anak dara yang sopan  santun yang menghabiskan zaman anak daranya dengan hanya berusaha menjadi selemah-lembut mungkin dan duduk dirumah belajar masak masakan kegemaran bakal suami dan menunggu siapa yang bakal masuk meminang sedangkan ia bertentangan dengan perwatakan aku yang agak kasar dan tak lemah lembut dan suka aktiviti lasak dan suka dengar lagu metal dan berkeinginan untuk membela ular sawa dan bungee jumping :P *tapi mak tak bagi bela ular tsk tskkk*


Tapi walaupun kasar, still dapat jodoh jugak kan? Jia yang lasak bukan main tu pun nak kawin jugak. So, ayat "Haa, cuba laa jadi macam anak dara Mak Jemah kampung sebelah tu, sopan santun  je. Cepat je orang masuk meminang." tu macam dah tak relevant kan? Hehe.


Segala content di atas tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia tau. ^_^







Till Then.. Assalamualaikum.









Tuesday, October 16, 2012

Kad Kawin Dah Siap!

Salam..



Hey wassap yaw! Whacha doin? Today its gonna be a simple entry about my upcoming event ecehhh, wedding je pun. bukan event masuk tivi of paper hehe.. 

Actually kan.. Entry ni kan.. Dah lama taip dah.. Cuma simpan kat dalam draft bagi jadi jeruk dulu baru nak post. Maknanya, dah lama la aku dok simpan cerita niewwww! Eh, tapi jeruk sedap apa. Especially jeruk mangga owh terliuq! Ngee.. Ngee.. :B

Soo, lets get started. Straight to the point. Cek cek cekidaut, watisallabaut! :P







Tadaaaa..!!





Ge... De.... GANG!!


Maap lerr.. Kamera henpon 3kupang yo.. =_=


Empat kotak kad kawin yang dah siap. Dua kotak berisi kad, dua kotak berisi sampul. Semput nak mengangkut kotak-kotak ni. Berat tau! Nasib baik ada bodyguard*lah sangat* tolong angkat, bawak masuk dalam kereta. Hewhewhew. Mekaceh!

Bila bawak balik kampung, gigih kitorang tiga beradik lipat kad, masuk dalam sampul. Fazira tukang lipat, aku kemaskan lipatan, Haziq pulak masukkan kad dalam sampul. Mak ayah rehat goyang kaki jewww. Dua hari baru siap lipat and sampulkan semua kad. Dua hari tau! Ingat senang ke? Aku respect orang yang kerja Postman sanggup ngadap surat-surat dalam waktu yang sangat lama. 

Yang lain-lain persiapan, semua dah dalam progress dah. Cuma tunggu siap je. Baju nikah pun sama, ambil hujung bulan ni. Baju nikah tempah sendiri je, sebab mana tau in future anak nak nikah, boleh pakai baju ibu dia yg gojes tu bhahahaha! Ok perasan dah =_="

Cuba teka siapa yang jadi orang yang paaaliiiinggg pertama sekali dapat kad aku? Hehe.. Itu biarlah jadi rahsia. Kang kalau aku cakap, nanti orang cakap aku errr...errr...over? Kot? =_="






Till then.. Assalamualaikum.. ^_^










Monday, October 8, 2012

Tips Hilangkan Perasaan Benci

Salam.





 Just entry "Luahan Hati".


Mencik!



Today is Monday. A blueday. And today is gonna be a bad day. Bad mood, bad feeling. Something that I hate will be closer after this. Urghhhh!! Hatred in my mind will be higher than before! I hate this feeling. T_T Aku cakap berterabur so jgn tegur =_="








Jadi, untuk menghilangkan atau melupakan kebencian yang ada dihati, benak dan sanubari ini, aku telah fikirkan beberapa tips yang boleh digunakan pakai dikala lapang dan senang. Jom review!


1. Main paintball



Masa jadi crew (photographer je) paintball team Jia dulu, aku banyak jugak follow paintball league Malaysia ni. Walaupun tak pernah main tapi aku rasa player-player paintball semua seolah-olah sedang melepaskan kemarahan dan kebencian masa dalam padang. Sebijik macam orang tengah perang lah! So, ini boleh jadi salah satu cara melupakan atau melepaskan kebencian terhadap sesuatu. Anggap je pihak lawan tu orang yang kita benci. Then, tembak habis-habisan bhahahaha! Tapi ingat, benci dalam padang je tau. dah habis lawan, diorang tu bukan musuh tau! Walaubagaimana pun, paintball ni memerlukan kos yang agak besar. Kita kena sewa padang, facemask, marker (senjata yang macam senapang tuu) and pallets (bola cat kecik-kecik yang dijadikan peluru) tu pulak kena beli. Aku dah tak ingat berapa kos semua sekali sebab dah lama tinggalkan paintball, so survey-survey la sendiri ek.


2. Tumbuk bantal

Kita sebagai wanita a.k.a perempuan a.k.a gadis melayu ni tak baik dok pergi tumbuk-tumbuk pukul-pukul orang. Bila tengok video budak-budak sekolah perempuan dok gaduk berebut jantan, rasa diorang tu tersangatlah loser -_-" Bukankah ramai lagi lelaki yang berjaya diluar sana, jantan rempit sorang tu jugak lah yang kau rebutkan. Jadi, untuk mengelak dari tumbuk orang, baiklah kita tumbuk bantal kat bilik tidur kita tu. Bantal tu pun akan kembali ke bentuk asal. Lagipun takde orang nampak, imej kita pun terjaga


3. Karaoke

Ajak kawan-kawan pergi karaoke, pilih lagu-lagu berunsur kebencian terhadap seseorang dan nyanyi sekuatnya! Luahkan segala kebencian anda! Nak menangis time nyanyi pun boleh jugak. Lantak la kalau suara tak sedap ke janji puas hati. Betul tak?






4. Travel

Ambil cuti selama 3 hari, pergi ke tempat yang kita tak pernah jejaki. Jangan lupa bawa camera sekali! Boleh kita lupakan segala masalah buat sementara waktu. Its time to get closer to mother nature guys! Travel sorang-sorang best, tapi bahaya untuk perempuan. Bagi gugirls yang nak travel sorang-sorang tu, atleast bawaklah sorang teman bersama. Nanti takdela ada kes penculikan ke, hilang di gunung ke, lemas di laut ke. Kan..


5. Dark Chocolate



Makan lah dark chocolate sebab ia mengandungi endorphin yang bertindak sebagai penenang fikiran. Dark chocolate juga mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan juga bertindak sebagai penenang (anti-depression). Tapi ingat! Jangan makan banyak-banyak, nanti boleh gemuk. Makan sikit-sikit je tau! Favourite aku, Dove Dark Chocolate Yummayyyhhhh!





6. Surah Yaasin

Rasa tenang je kalau kita baca Surah Yaasin selepas solat Subuh. Rasa marah akan hilang dan rasa sejuk dan tenang dan aman pulak muncul. Lebih-lebih lagi jika disertakan dengan bacaan ayat Kursi dan zikir-zikir. Masa ni la kita nak dekatkan diri dengan Allah SWT dan menjauhkan diri dari bisikan-bisikan syaiton yang selalu menghasut dan memperdayakan kita supaya menjadi lebih marah! Jadi, amalkan baca Yaasin selalu ya.








Tu je yang aku terfikir buat masa ni. So, hope tips-tips ni boleh diguna pakai oleh semua orang! Till then..!




All pictures: Credit to Google







Tuesday, October 2, 2012

Dalam Cucur Ada Jagung Yummayyhh..!

Salam..

Lama jugak la tak post entry baru. Banyak je halangan. Bila nak berblog je, mesti ada je sesuatu yang menghalang. Nak berbelog je, tetiba idea yang mencurah-curah masa kat office tadi dah hilang masa dah balik rumah. Haishh! 

Kita dah masuk Oktober dah kan? Cepat sangat masa berlalu ni. Ada kebaikan dan kelemahan jugak masa berlalu cepat. Kelemahan dia bila kita tak sedar masa tu berlalu dengan pantas and kita tak ready dengan apa yang kita rancang sebelum ni. Kebaikan dia pulak terasa oleh orang-orang yang dah bekerja, hujung bulan dapat gaji, rasa macam "Eh, dah payday ke? Bhahahahaha shopping!!!"  =_='

Ini bermakna, hanya lagi sebulan aku akan bergelar errr.. aaaaa...eerrrrr.... i s t e r i k e p a d a s u a m i a k u a l a t a k u t n y a...! Sooo, hmm.. Kad kawin dah siap. Nanti akan diedarkan kepada sanak saudara dan kawan-kawan. Just Pre Wedding photoshoot je belum lagi.

Sepatutnya photoshoot minggu ni tapi photographer mintak tangguh minggu depan sebab dia nak pergi ape tah, ada event photography katanya. Ok la tu, boleh aku balik kampung minggu ni. Mak panggil balik, nak beli barang-barang yang sepatutnya dibeli untuk majlis nanti. Ayat "Mak panggil balik" tu macam aku tengah main kat taman permainan dengan kawan then adik or kakak cakap "zaty, mak panggil suruh balik" kan?

Persiapan? Biasa-biasa je. Wedding aku tak grand pun nanti. Kepada sesiapa yang mengharapkan wedding grand-grand lepas tu pergi kat wedding tu then kutuk sebab tak grand, aku cabar korang semua buat wedding "grand" korang tu guna duit sendiri seratus peratus! Sakit tau tak nak kawin ni. Ingat senang? Stress tau tak! *emo sengsorang

So, aku dah cakap awal-awal wedding aku ni biasa-biasa je ok. Kalau boleh aku taknak bersanding pun, just nak buat makan-makan je. Tapi memandangkan aku anak first dan cucu first belah mak aku and mak aku mengharap sangat nak tengok anak dia bersanding, so aku buat jugak. Itu pun dah tolak malam berinai bagai, bersalin baju lah hape lah. No no no, taknak ada baju persalinan sampai 5 pasang pelisss. I tak sukewww.. And My Wedding Will Be No Karaoke! Ingat tu! Aku tak suka bila aku tengah happy-happy kat wedding aku nanti, tetiba ada mamat suara sumbang menyumbangkan lagu patah hati, putus cinta, awek lari pergi kat balak lain kat wedding aku. Yes, aku tak suka!! *zaty emo lagi

Sudah sudah la emo tu zaty. Ish ish ishh..! 

Jadi, untuk menghilangkan Mr Stress dalam dirikuh ini, almost every evening aku akan reward diri sendiri dengan ini..

Cucur Jagung dan Teh Tarik di meja office depan pc sambil buat kerja sungguh Like A Boss!


Seriously, very relaxing dapat makan macam ni sekali sekala. Thanks kepada Bro Hafez sebab selalu tolong kirim beli cucur jagung ni. ^_^

Tapi tu lah, perkara sebegini boleh menjejaskan usaha aku untuk mengurangkan berat badan sebelum wedding je. Jadi, perkara sebegini perlu dikurangkan hew hew hew. 

Oh ya, sebelum aku lupa, aku akan postkan in the upcoming post tentang people who judging others just by their physical and appearance. Somethime aku x paham dengan orang-orang macam ni. Tak baik menimbulkan isu sebegini, certain people anggap gurauan tu satu benda yang sensitive walaupun niat kita hanyalah bergurau. 


Till then.. Bye! Assalamualaikum..