ads

Monday, July 9, 2012

Such a Lucky Day

Salam..

Warning! Entry panjang.



Sabtu, 7 Julai 2012, rasa macam a lucky day bagi aku. And aku sampai sekarang masih tersenyum sebab teringat how lucky that day for me. 

There's a couple things yang buat aku rasa happy.



First, masa kenduri kat rumah family Syamim. 

Well, actually it's been awhile aku tak bercakap dgn my one of my close friend since diploma which is adik Syamim sendiri. Setahun lebih jugak la. The reason aku tak bercakap dgn dia just sebab aku rasa awkward. Dan sangat malu sampai rasa macam nak masukkan kepala dalam handbag bila terserempak dengan dia. Even masa bertunang pun, amek gambar sama-sama, muka masing-masing macam terpaksa. But tak tau la adik syamim tak bercakap dengan aku sebab apa. Maybe awkward jugak, or dia tak suka aku akan jadi part of his family, or dia benci aku. =_=" Alhamdulillah penerimaan semua ahli family Syamim terhadap aku positif, kecuali my friend yang aku masih ragu-ragu penerimaannya.

Nak dijadikan cerita, semalam kenduri kat rumah diorang. Aku dijemput sekali. First sekali yang aku fikir, bukan "nak pakai baju apa?", "nak pegi pukul berapa?" or "nak pakai kasut apa" tapi "macam mana aku nak mengadap dia ni.." Tapi macam biasa lah, aku pasrahkan hati, kalau dia still benci or marahkan aku, takpe lah. Aku terima je. 

So, at the kenduri. Aku datang awal pagi sebab boleh tolong apa yang patut pagi tu. And of course kawan aku ada sekali. Aku still rasa awkward dengan dia walaupun bakal mak mertua and syamim dah panggil-panggil suruh join kitorang borak sekali kat ruang tamu. Bila kenduri dah nak start, semua pun prepare la apa yang patut kat khemah tetamu kat luar. Masa tengah tolong-tolong tu, aku terdengar orang panggil nama aku. I know that voice, indeed. So aku pandang ke arah suara tu datang. Dalam jarak 3 meter if i'm not mistaken, aku pandang kawan aku. "It's him!" Aku kaku kejap, then baru aku tersedar dia mintak tolong cedokkan lauk ke dalam tray. 

After that moment, Alhamdulillah kitorang dah kembali bercakap semula macam biasa, gelak sama-sama, dengar dia buat lawak.

Sampai sekarang aku rasa terharu. Sangat terharu. Alhamdulillah, dia dah boleh terima aku dalam family dia. Syamim pun pernah cakap, "masa mula-mula je awkward sebab status korang dah jadi lain, bukan sekadar kawan dah, dah nak jadi family. Lama-lama ok la balik." Bila dah ok ni, aku rasa bersyukurnya Ya Allah, tenang hati aku. :")




Gambar masa semester 1. Masing-masing muka budak lagi :P



Gambar masa majlis pertunangan aku. Masing-masing muka dewasa dah ^_^



Second, masa lepak dengan Jia dengan Tasha. 

Setelah sekian lama, pun dah lebih setahun agaknya, baru lah aku dapat jumpa bertiga dengan diorang ni. Selalu berdua je. Sebenarnya aku rindu sangat nak lepak bertiga macam ni, just duduk kat meja, order some drink, and had a long conversation. No need to go somewhere that have to spend much money.  Tapi malam tu just kejap je, sebab Tasha kena balik sblm pukul 12 malam, Jia balik Ampang, and aku kerja keesokan hari.

So, we need a day to hangout together. Lagi pun, lepas aku kawin nanti, aku rasa aku dah takkan ada peluang macam ni lagi. Tanggungjawap terhadap suami masa tu lebih penting dari segalanya. So, sebelum aku kawin ni, aku nak puas berkawan dengan korang: Jia, Tasha. Aku nak ada something untuk aku appreciate satu masa nanti.



Third, masa tengah lepak, jumpa our senior sekali.

Haha! It's been awhile. More than 2 years maybe. You're not changing except few things. Suara dah lain sikit. Rambut makin kemas. Tu je, yang lain Tasha dah cakap. So, dari lepak bertiga, jadi berempat. Dari seronok, jadi lagi seronok! Alhamdulillah, kita berempat dah lepak sama-sama. ^_^



So.

Just nak cakap.

I really miss these three moments above. Kbai.


No comments:

Post a Comment