Thursday, July 12, 2012

Sedekah

Salam..


Bila ada seorang budak lebih kurang dari sekolah anak-anak yatim datang ke meja makan korang kat kedai makan. Meminta sedikit rezeki seikhlasnya daripada korang. Ataupun menjual buku-buku keagamaan. Paling tidak pun pakcik makcik yang menjual tisu dari meja ke meja. 

Korang buat apa?

Beberapa situasi yang aku pernah tengok depan mata. Korang nilai sendiri.





A. Siti nampak makcik jual tisu dari meja ke meja. Sampai sahaja ke meja makan Siti, terus hulurkan not kertas seikhlas hati dan membeli tisu dari makcik tu. 

B. Budak dari sekolah tahfiz datang masa Hisham tengah isi minyak. Budak tu meminta derma seikhlas hati dari Hisham untuk anak-anak murid sekolah tahfiz. Untuk menghilangkan ragu-ragu, Hisyam tanya budak tu dari sekolah tahfiz mana, so budak tu pun jawap la nama sekolah tahfiz tu dan negerinya sekali. Bila yakin yang budak tu bercakap benar, Hisham pun hulurkan sekeping not kertas dari dompet dia kepada budak tu lalu budak tu mendoakan supaya Hisham murah rezeki.

C. Datang seorang anak yatim meminta sumbangan ikhlas di meja Farouk di kedai makan.Farouk keberatan untuk menderma. Anak yatim tu pun cakap takpe la kalau sikit pun janji ikhlas. Lalu Farouk pun cakap balik kat anak yatim tu "Ala, tak semestinya kalau tak derma sekarang, kat tempat tain tak derma jugak kan?" Lalu anak yatim tu pun berlalu dengan muka yang pasrah.

D. Seorang makcik menjual kerepek dari meja ke meja di kedai makan. Lalu dia datang ke meja Aminah ketika dia sedang makan bersama kawannya. "Nak, beli kerepek nak, sebungkus RM3 je nak". Lalu aminah pun menjawap "Minta maaf makcik, saya pun tengah makan skrg ni. Lain kali saya beli ye. Terima kasih makcik". Makcik tu tersenyum lalu dia pun beredar. Di kemudian hari, Aminah terjumpa makcik tu, kebetulan dia terasa lapar, dan dia membeli sebungkus kerepek pisang dari makcik tu. Makcik tu berasa gembira.






Korang pernah berada dalam situasi mana?


Dalam Islam, sedekah adalah perbuatan yang mulia dan banyak kelebihan orang yang suka bersedekah ni. 

- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.


Islam pun menggalakkan supaya kita selalu bersedekah dengan seikhlas hati. Dalilnya disebut dalam Surah Al-Baqarah:-

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)


So, bila jumpa dengan orang-orang yang meminta sedikit rezeki daripada kita, janganlah kita rasa terbeban atau bercakap kasar dengan diorang. Kalau tak mampu nak sedekah pun, minta maaf la kat diorang, cakap elok-elok. Jangan la cakap kasar-kasar.

Ala, kalau sedekah RM1 ke, RM2 ke, bukannya jatuh miskin pun kan?  Lagi satu, masa bersedekah tu, niatkanlah bersedekah kerana Allah. Mana tau, Allah murahkan rezeki kita berlipat ganda. ^_^





"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)"


No comments:

Post a Comment