Thursday, July 19, 2012

Khas Untuk Wanita-Wanita

Salam..



WARNING!!




 Jika anda seorang yang cepat terasa, suka mengata belakang, suka cari salah orang tanpa mengenalpasti kesalahan sendiri, tak boleh terima teguran dan lain-lain yang sewaktu dengannya, SILA JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN ANDA kerana artikel ini menggunakan ayat yang kasar dan mungkin mengguris hati. Artikel ini ditujukan khas kepada semua perempuan termasuk diri saya sendiri. Terima kasih atas kerjasama anda!













* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *











Selalu kita dengar pasal perempuan ni bersifat pembersih, rajin, suka mengemas. Kan? And lelaki pulak terkenal dengan sifat diorang yang malas, tak tahu mengemas, dan pengotor. Betul tak?


Ni dapur rumah lelaki

Ni dapur rumah perempuan





Kalau korang rasa caption setiap gambar kat atas ni betul, 

YOU ARE WRONG!!!!!!!!!!!!!



Bagi aku, dua-dua macam dah tak ada beza dah..


Ni dapur rumah lelaki

Ni dapur rumah perempuan


Nak tau kenapa? Nak tau kenapa??
Meh aku bagitau.

Sebab, TAK SEMUA PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG RAJIN, PEMBERSIH, DAN SUKA MENGEMAS. That's it!



Cantik mana pun kau, tinggi mana pun pelajaran kau, apa pun pangkat kau, berapa pun usia kau, semua tu bukan satu alasan untuk aku tak berani untuk menegur. Bukan nak cakap yang aku ni RAJIN GILA BABI sampai tak boleh tengok kotor langsung. Hello, you can come to my rent house, look at my messy bed lah if you dare. 

Tapi, setidak-tidaknya, jaga lah tempat-tempat yang orang lain guna pakai jugak. Contohnya ruang tamu and dapur. Jaga la sikit kebersihan tempat-tempat tu. Sekurang-kurangnya buanglah sampah yang dah penuh dalam tong sampah tu. 

Ini tidak. Your housemate is NOT YOUR FUCKING SLAVE TO CLEAN UP YOUR LAZY DUMB ASS MESS! Unless you pay your housemate to do so lah kan?

Pelbagai note tentang kebersihan telah ditampal kat dinding rumah, pun tak jalan jugak. 

Agaknya macam mana kehidupan perempuan yang seperti itu di alam perkahwinannya nanti? Adakah terjaga  kediaman mereka? Macam mana nanti nak jaga suami dan anak-anak? Adakah terjaga makan pakai mereka? Untung laa kalau boleh bayar orang gaji untuk uruskan semua hal dalam rumah kan?

Kesian kat boypren/tunang/balak/whatsoever tu yang hanya mencintai perempuan hanya dari luaran dan paras rupa sedangkan mempunyai attitude buruk, tidak menjaga kebersihan dan tak memberi kerjasama yang baik dalam maintaining kebersihan. That's pathetic..!


Soooo... Setuju tak kalau aku cakap tak semua perempuan pembersih sekarang? Ada yang nak bangkang? Who wants to prove me wrong? Silakan.





Pictures: Credit to Google Images.





Wednesday, July 18, 2012

Counter Strike Tournament Media Monitors Malaysia

Salam.

Friday, the 13th July 2012. Hari tu. Ada. Tournament. Game. Counter. Strike. 



This... Is... WAR!!!!!



Haaa.... Jangan main-main. Company siap buat tournament untuk kaki-kaki games kat office tuu.. Menang, dapat Dominos Pizza tau! Serius! Dan juga pingat dan trophy la ofcourse. :P

Game start dari pukul 5.00 pm sampai pukul 11.00 pm. So, aku yang tak main game ni yang meneman si hencek tunang tu terpaksalah menunggu saaaammmmpaaaiiii pukul 11.30 termasuk dengan sesi penyampaian hadiah.

Siap pasang projector tu.. =_="


Yes! Office dah jadi macam cybercafe.


Salah sorang officemate.


Aku yang takde keje ni, bukak anime online, tengok anime ni. Siapa tau anime ni, angkat siku!


Ada yang main snooker.


Dia pun nak jugakkkk...


Team si hencek tunang dapat 2nd runner up. Dapat la medal dengan 2 boxes of LARGE Dominos Pizza. XDD


Supervisor evening shift tengah amek gambar.






Jadi, sebahagian daripada pizza tu dah selamat masuk dalam perut aku.. Alhamdulillah, kenyang.. ^_^






p/s: I'm not even sorry for the bad quality of pictures, potato!

Thursday, July 12, 2012

Sedekah

Salam..


Bila ada seorang budak lebih kurang dari sekolah anak-anak yatim datang ke meja makan korang kat kedai makan. Meminta sedikit rezeki seikhlasnya daripada korang. Ataupun menjual buku-buku keagamaan. Paling tidak pun pakcik makcik yang menjual tisu dari meja ke meja. 

Korang buat apa?

Beberapa situasi yang aku pernah tengok depan mata. Korang nilai sendiri.





A. Siti nampak makcik jual tisu dari meja ke meja. Sampai sahaja ke meja makan Siti, terus hulurkan not kertas seikhlas hati dan membeli tisu dari makcik tu. 

B. Budak dari sekolah tahfiz datang masa Hisham tengah isi minyak. Budak tu meminta derma seikhlas hati dari Hisham untuk anak-anak murid sekolah tahfiz. Untuk menghilangkan ragu-ragu, Hisyam tanya budak tu dari sekolah tahfiz mana, so budak tu pun jawap la nama sekolah tahfiz tu dan negerinya sekali. Bila yakin yang budak tu bercakap benar, Hisham pun hulurkan sekeping not kertas dari dompet dia kepada budak tu lalu budak tu mendoakan supaya Hisham murah rezeki.

C. Datang seorang anak yatim meminta sumbangan ikhlas di meja Farouk di kedai makan.Farouk keberatan untuk menderma. Anak yatim tu pun cakap takpe la kalau sikit pun janji ikhlas. Lalu Farouk pun cakap balik kat anak yatim tu "Ala, tak semestinya kalau tak derma sekarang, kat tempat tain tak derma jugak kan?" Lalu anak yatim tu pun berlalu dengan muka yang pasrah.

D. Seorang makcik menjual kerepek dari meja ke meja di kedai makan. Lalu dia datang ke meja Aminah ketika dia sedang makan bersama kawannya. "Nak, beli kerepek nak, sebungkus RM3 je nak". Lalu aminah pun menjawap "Minta maaf makcik, saya pun tengah makan skrg ni. Lain kali saya beli ye. Terima kasih makcik". Makcik tu tersenyum lalu dia pun beredar. Di kemudian hari, Aminah terjumpa makcik tu, kebetulan dia terasa lapar, dan dia membeli sebungkus kerepek pisang dari makcik tu. Makcik tu berasa gembira.






Korang pernah berada dalam situasi mana?


Dalam Islam, sedekah adalah perbuatan yang mulia dan banyak kelebihan orang yang suka bersedekah ni. 

- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.


Islam pun menggalakkan supaya kita selalu bersedekah dengan seikhlas hati. Dalilnya disebut dalam Surah Al-Baqarah:-

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)


So, bila jumpa dengan orang-orang yang meminta sedikit rezeki daripada kita, janganlah kita rasa terbeban atau bercakap kasar dengan diorang. Kalau tak mampu nak sedekah pun, minta maaf la kat diorang, cakap elok-elok. Jangan la cakap kasar-kasar.

Ala, kalau sedekah RM1 ke, RM2 ke, bukannya jatuh miskin pun kan?  Lagi satu, masa bersedekah tu, niatkanlah bersedekah kerana Allah. Mana tau, Allah murahkan rezeki kita berlipat ganda. ^_^





"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)"


Monday, July 9, 2012

Such a Lucky Day

Salam..

Warning! Entry panjang.



Sabtu, 7 Julai 2012, rasa macam a lucky day bagi aku. And aku sampai sekarang masih tersenyum sebab teringat how lucky that day for me. 

There's a couple things yang buat aku rasa happy.



First, masa kenduri kat rumah family Syamim. 

Well, actually it's been awhile aku tak bercakap dgn my one of my close friend since diploma which is adik Syamim sendiri. Setahun lebih jugak la. The reason aku tak bercakap dgn dia just sebab aku rasa awkward. Dan sangat malu sampai rasa macam nak masukkan kepala dalam handbag bila terserempak dengan dia. Even masa bertunang pun, amek gambar sama-sama, muka masing-masing macam terpaksa. But tak tau la adik syamim tak bercakap dengan aku sebab apa. Maybe awkward jugak, or dia tak suka aku akan jadi part of his family, or dia benci aku. =_=" Alhamdulillah penerimaan semua ahli family Syamim terhadap aku positif, kecuali my friend yang aku masih ragu-ragu penerimaannya.

Nak dijadikan cerita, semalam kenduri kat rumah diorang. Aku dijemput sekali. First sekali yang aku fikir, bukan "nak pakai baju apa?", "nak pegi pukul berapa?" or "nak pakai kasut apa" tapi "macam mana aku nak mengadap dia ni.." Tapi macam biasa lah, aku pasrahkan hati, kalau dia still benci or marahkan aku, takpe lah. Aku terima je. 

So, at the kenduri. Aku datang awal pagi sebab boleh tolong apa yang patut pagi tu. And of course kawan aku ada sekali. Aku still rasa awkward dengan dia walaupun bakal mak mertua and syamim dah panggil-panggil suruh join kitorang borak sekali kat ruang tamu. Bila kenduri dah nak start, semua pun prepare la apa yang patut kat khemah tetamu kat luar. Masa tengah tolong-tolong tu, aku terdengar orang panggil nama aku. I know that voice, indeed. So aku pandang ke arah suara tu datang. Dalam jarak 3 meter if i'm not mistaken, aku pandang kawan aku. "It's him!" Aku kaku kejap, then baru aku tersedar dia mintak tolong cedokkan lauk ke dalam tray. 

After that moment, Alhamdulillah kitorang dah kembali bercakap semula macam biasa, gelak sama-sama, dengar dia buat lawak.

Sampai sekarang aku rasa terharu. Sangat terharu. Alhamdulillah, dia dah boleh terima aku dalam family dia. Syamim pun pernah cakap, "masa mula-mula je awkward sebab status korang dah jadi lain, bukan sekadar kawan dah, dah nak jadi family. Lama-lama ok la balik." Bila dah ok ni, aku rasa bersyukurnya Ya Allah, tenang hati aku. :")




Gambar masa semester 1. Masing-masing muka budak lagi :P



Gambar masa majlis pertunangan aku. Masing-masing muka dewasa dah ^_^



Second, masa lepak dengan Jia dengan Tasha. 

Setelah sekian lama, pun dah lebih setahun agaknya, baru lah aku dapat jumpa bertiga dengan diorang ni. Selalu berdua je. Sebenarnya aku rindu sangat nak lepak bertiga macam ni, just duduk kat meja, order some drink, and had a long conversation. No need to go somewhere that have to spend much money.  Tapi malam tu just kejap je, sebab Tasha kena balik sblm pukul 12 malam, Jia balik Ampang, and aku kerja keesokan hari.

So, we need a day to hangout together. Lagi pun, lepas aku kawin nanti, aku rasa aku dah takkan ada peluang macam ni lagi. Tanggungjawap terhadap suami masa tu lebih penting dari segalanya. So, sebelum aku kawin ni, aku nak puas berkawan dengan korang: Jia, Tasha. Aku nak ada something untuk aku appreciate satu masa nanti.



Third, masa tengah lepak, jumpa our senior sekali.

Haha! It's been awhile. More than 2 years maybe. You're not changing except few things. Suara dah lain sikit. Rambut makin kemas. Tu je, yang lain Tasha dah cakap. So, dari lepak bertiga, jadi berempat. Dari seronok, jadi lagi seronok! Alhamdulillah, kita berempat dah lepak sama-sama. ^_^



So.

Just nak cakap.

I really miss these three moments above. Kbai.


Friday, July 6, 2012

Aishah Solehah, pinjam mata!

Salam..




Lagi 4 bulan. Aku. Akan. Tukar. Status.


Yosh! menakutkan. Eh. Eh..


Hari tu dah booking rumah. Insya-Allah aku akan tinggal kat Seri Kembangan sebab dekat dengan office.

So, masa nak tengok contoh rumah tu, bakal ibu mertuaku dan anak-anaknya (Syamim dan Aishah laa) ikut skali. Kebosanan, lalu aku dan Aishah telah pun mengadakan satu sesi potoshut (photoshoot) di seat belakang hanya menggunakan camera henpon cikai hamba ini sob sob.. Dan aku telah mengajar Ecah (nama manja Aishah) untuk memuncungkan bibir seperti duckface! Yaa! Saya mengaku saya mengajar Ecah perkara yang annoying! Yaa..!! (suara seolah-olah sedang disiasat polis)







Ecah, pinjam mata awak boleh? 




Ok, muncung aku over. Sila scroll laju2 ke bawah untuk mengelak daripada annoying.




Eh, eh. Pikachu tak annoying. Pikachu comey. Alololoo majuk dia.. Cakk! 










Sekian sahaja presentation saya pada hari ini.