Wednesday, April 18, 2012

Nothing To Say But Agree

Salam..

Aku masih baru menjadi follower kepada blog Perempuan Jomblo. Kebanyakkan entry dia berisi dan bernas, dan dia menggunakan ayat yang sangat senang difahami oleh orang. Terutamanya aku. Sebab aku ni. Susah. Nak. Paham. Bahasa. Hehehe. Hehe. He.

So, nak dijadikan cerita, aku terbaca salah satu entry blog itu yang bercerita tentang Hipokrit. BUKAN hipokrit yang jenis hipokrit ala-ala perempuan dan perempuan saling mendengki okay. Aku dah tak kuasa nak hadap dunia muda-muda dulu. -_-" (macam la dah tua sangat aku ni)

Hipokrit yang dimaksudkan disini ialah hipokirt yang digunakan sebagai sesuatu kononnya untuk memaafkan kesalahan atau kesilapan yang kita buat. Tak kira lah hipokrit untuk diri sendiri, Tuhan, orang lain, mahupun emosi.

Aku ambil petikan dari blog Prermpuan Jomblo sebagai cntoh, sebab aku tak reti buat ayat. T_T


*
*
*
*
*

"Perkataan 'TIDAK MAHU HIPOKRIT' dijadi sebagai benteng halimunan yang kononnya memaafkan setiap salah dan silap. 

Contoh paling senang,

1) Aurat. 
"Aku bukan taknak tutup aurat. Tapi this is me. Aku tak hipokrit macam perempuan lain. Yang pakai tudung tapi still buruk perangai. Kadang kadang pakai tudung sebab dah disuruh mak bapak dari kecik. Bukan sebab keinginan sendiri. Aku nak tunggu sampai hati aku ikhlas tutup aurat baru aku nak buat."

2) Hubungan Sesama Manusia
"Aku kalau tak suka kat orang tu, memang aku tak suka bermuka-muka. Depan tunjuk baik. Belakang aku kutuk. Aku memang akan tunjuk kat dia aku benci dia. Aku tak hipokrit macam orang lain,"

3) Konflik Identiti
"Aku taknak hipokrit nyah. Ini la diri mak sebenar. Mak perempuan terperangkap dalam badan sendiri. Buat apa aku nak pura-pura gagah kalau naluri aku memang perempuan..awww"

4) Konflik Seksual
"Naluri aku memang suka kaum sejenis. I've done nothing wrong. Aku dah dilahirkan begini. Ini lah diri aku sebenar. Tuhan yang cipta aku macam ni. Kat mana salah aku. Takkan aku nak hipokrit kawen dengan perempuan padahal nafsu aku kat lelaki?"

Dan banyak lagi.
 
 
Maksud Hipokrit digunakan sebagai tiket yang telah disalah erti.  Salah aplikasi.

Bagi aku, bila kau cuba untuk menjadi baik, sedangkan hati masih ingin berbuat jahat, itu bukan hipokrit. Itu bisikan syaitan. Kita manusia biasa. Setan ada di celah pelusuk tubuh kita. Adalah menjadi satu normal kalau setiap manusia itu mempunyai niat jahat. Cuma jangan lah dilaksanakan."
 
 
*
*
*
*
*
 
 
 
Segala pendapat dia tentang hipokrit boleh dibaca dalam entry dia yang bertajuk Bukan Hipokrit


Dan point yang cuba dia sampaikan ialah, tak ada istilah HIPOKRIT dalam hidup. Semua perasaan Hipokrit yang kita rasa itu hanyalah bisikan syaitan. Kalau kita ikutkan perasaan hipokrit kita tu, maksudnya syaitan berjaya menghasut kita dengan gemilangnya. Jadi, LAWAN balik semua tu.

Kalau kita benci si Abu ni, janganlah tunjukkan yang kau benci dia. Jangan la biadap, kurang hajo, mencarut, ludah muka dia. Tu semua syaitan dah berjaya hasut kau la tu. Buat baik macam biasa je. Bukan ke Allah dah suruh kita berbuat baik sesama manusia. Tak mati pun kalau layan orang dengan baik. Sekurang-kurangnya, SENYUM. Dah cukup. Kan? Suka tak kalau orang yang benci kau, dah la layan tak berapa nak elok, senyum pun taknak! Apa kau rasa? Marah tak? Marah kan? 

Aku tak la hebat mana soal agama. Aku sedar sangat aku ni masih kategori lemah, tapi takde la sampai  SPM aku Pengajian Islam tahap cukup-cukup makan je, Alhamdulillah la. Cuma sebagai umat akhir zaman ni, pendekatan yang senang difahami oleh orang-orang muda pun perlu seiring. Contohnya, Uztaz Azhar Idrus. Dia menggunakan Youtube untuk berdakwah. So, bermanfaat jugak la Youtube ni. Ada kemudahan internet, gunakan sebaik mungkin. jangan salah guna.

Sama juga la yang digunakan oleh Perempuan Jomblo. Cara dia menulis, bagi aku, senang difahami.


Okay la, entry ni pendapat aku je. kalau nak kritik tu, biarlah kritikan membina. Jangan menghina. Siapalah kita untuk menghina dan merendahkan martabat orang lain sedangkan kita ni hanyalah hamba Allah yang hina.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment