Salam..
Hari ni, aku nak menyuarakan pendapat aku tentang rumors yang digembar-gemburkan oleh sesetengah orang yang pandai-pandai dalam hal-hal yang agak sensitif ni. Yes, bagi aku, hal ini sensitif..
Satu masalah, orang melayu kita ni. Bukan la aku nak cakap aku benci melayu, dan aku pun tak cakap yang aku tak bangga jadi melayu.. Sumpah aku sangat-sangat bersyukur jadi seorang yang berbangsa melayu yang penuh dengan adap-adap ketimuran, sopan santun dan berbudi bahasa. Just ada satu ni je, yang buat aku rasa agak bengang jugak bila ada orang yang bercakap tentang perkara ni.
Benda yang aku nak cakap ni ialah, Trend Hijab Disamakan Dengan Cara Pemakaian Tudung Paderi Wanita Kristian.
Bukan la nak cakap yang aku ni pakar dalam hal-hal agama. Tapi siapalah kita untuk pertikaikan sesuatu yang bukan kelayakan kita untuk mengadili.
Nak cakap aku terasa? Ofcourse, aku terasa. Sebab aku bertudung. Dan ofcourse sesiapa yang bertudung macam aku pun akan terasa jugak. Dan hal yang melibatkan agama ni, seolah-olah kami yang bertudung ni mempermainkan agama kami sendiri. (marah nampak)
Ok, mari buat perbezaan di sini..
Saya nak tanya, mereka berdua ni sama-sama mengenakan tudung atas kepala kan? Dan adakah dengan cara pemakaian tudung oleh Hana Tajima, kita senang-senang menyatakan ini adalah cara pemakaian paderi wanita di sebelahnya?
Ok, mari kita lihat perbezaan yang kedua.
Ini ialah Pembantu Imam Masjid Negara (kalau tak silap laa)
Ini pulak ialah Paderi-paderi Kristian
Jika kita lihat, kedua-dua gambar ni merupakan lelaki yang memakai jubah.. Pembantu imam mengenakan jubah, sama juga dengan paderi-paderi yang juga mengenakan jubah. Jadi, adakah pembantu imam masjid negara itu sengaja meniru cara pemakaian jubah paderi kristian?
Jadi, aku hanya nak cakap bahawa kita tak boleh suka-suka hari je nak meletakkan hukum ke atas sesuatu perkara TANPA menilai perkara lain. Allah tak pandang cara kita bertudung, tetapi Allah menilai niat kita untuk bertudung.
Aku buat entry ni bukan dengan tangan kosong, malah aku ada sokongan untuk membuktikan pendapat aku ni. So, sila lihat video dibawah untuk membuat penilaian anda sendiri.
Jadi, sebelum menilai sesuatu, kita haruslah merujuk kepada ulama-ulama yang lebih berpengetahuan dari kita untuk menyokong pendapat kita.. Wallahu'alam..
P/S: All pictures, credit to Google..




nice entry i love it...
ReplyDeleteSalam sekadar ingin menegur..Jika di lihat kembali cara pemakaian oleh imam dan father kristian adalah tidak sama.Cuma di sini anda lihat dari segi baju nya sama..tp cuba lihat kembali dari segi pemakaian songkok..Kita akan menutup rambut dari terdedah terkena dahi tp jika di lihat dari pemakaian songkok penganut kristian mereka akan meletak songkok di kepala tp menampakkan rambut..Sbb rambut itu adalah salah satu aurat.Cuba lihat kembali cara pemakaian wanita di atas.Cara pemakaian nya pun tidak lah sama cuma ada segelitir fikir sama.Cuma nk ditekan kan di sini..kedua2 sama2 dari segi penampakkan leher yg jinjang.Cuba kita lihat wanita kristian.Hanya menampakkan aurat di bahagian atas seperti leher.tapi cuba anda lihat kembali kepada wanita muslim itu.Bukan saja setakat di atas malah dari atas ke bawah menayangkan aurat kepada lelaki.baju sendat.Menampakkan susuk tubuh.kalau ingin keterangan lebih lanjut cara pemakaian seorg wanita muslim sila search di goggle bertajuk cara pemakaian wanita muslim mengikut sunnah nabi.Sekian terima kasih..
ReplyDeleteSedarilah wahai umat islam ...
Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. Adakah ini suatu kebetulan? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebar-sebarkanlah. Selamatkan wanita Islam..
Ya Allah, lindungi kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati kristian laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.
CARA PEMAKAIAN MUSLIMAH
ReplyDelete1: PAKAIAN ITU MESTILAH MENUTUP AURAT
Telah berkata Aisya r.a. “ Sesungguhunya, Asma Binti Abu Bakar menemui Nabi saw. Dengan memakai busana yang nipis “ Maka Nabi saw. Daripadanya dan bersabda “Wahayi Asma”,sesungguhunya apabila wanitaitu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2: PAKAIAN ITU TIDAK TERLALU NIPIS
“Dua orang ahli Neraka yang belum pernah saya lihat adalah: kaum yang memegang cemeti yang digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan) , orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan penuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga,sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)
3: PAKAIAN ITU TIDAK KETAT ATAU SEMPIT
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah Bin Abi Salamah bahawa Umar bin Khattab r.a.menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama,kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seorang berkata “Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku,kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya.” Selanjutnya Umar berkata, “ Memanglah auratnya tidak Nampak,tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4: WARNA PAKAIAN ITU SURAM ATAU GELAP
Seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw. Ketika mereka keluar rumah berwarna hitam.
5: TIDAK MEMAKAI BAU-BAUAN
Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bau yang harum,demikian juga tubuh badan wanita itu,kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah,yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian,kemudian berjalan melintasi kaum lelaki dia itu begitu dan begini iaitu pelacur “
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi )
6: PAKAIAN ITU TIDAK MENYERUPAI PAKAIAN LELAKI
Telah berkata Ibnu Abbas : Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki “
( Riwayat Bukhari )
7: PAKAIAN ITU TIDAK MENYERUPAI PAKAIAN WANITA KAFIR DAN MUSYRIK
8: PAKAIAN ITU BUKANLAH UNTUK BERMEGAH-MEGAH,UNTUK MENUNJUK-NUNJUK ATAU BERGAYA
Kepada akak-akak,makcik-makcik dan para nenek yang selalu bertudung dan berbaju kurung,sekalai pesan ‘ JANGAN LUPA PAKAI STOKIN ‘ SEBAB KAKI ITU PUN AURAT JUGA. Kalau orang pakai purdah ( yang Nampak mata ),orang jahil selalu persoalkan kenapa kena tutup semua sedangkan Nabi benarkan buka muka dan tapak tangan? Padahal kamu dan isteri-isteri kamu yang bertudung dan kategori tutup aurat tapi tangannya,kakinya macamana?
Lebih-lebih lagi kalau datang masjid. Apa perasaan kita klau ada lelaki dating masjid tapi seluarnya pendek hingga ternampak lutut? Orang beriman mesti rasa marah. Tapi kalau orang perempuan masuk masjid tak pakai stoking rasa biasa aje…
Lagi satu yang ikut suami pergi kerja naik motor. Tudung ok,baju ok…Tapi tu dia,betis terjulur!
MASA UNTUK BERUBAH. SAMPAI-SAMPAIKAN.
tapi atleast yang bertudung ni lg better dari yang x bertudung.. sekurang2nya dia ada niat nak tutup aurat.
ReplyDeletehttp://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/10/isu-pakai-tudung-biarawati.html
ReplyDelete