Monday, October 31, 2011

Entry Untuk Kali Kedua Pada Hari Ini!

Salam..



Muka aku buruk.. Yea, aku sedar hakikat tu.. T__T







Ni la tandanya kalau aku dah betul-betul dah tak ada kerja nak buat.. Macam mana nak buat phone call nak follow up prospect kalau semua nombor and borang kaji selidik kat Kak Wan and Kak Wan cuti demam hari ni..? @_@


Jadi, aku hanya mampu mencari prospect kat Facebook dan kebanyakan prospect tidak menepati ciri-ciri yang aku cari. sedangkan segan nak tegur


Maka, terbantut la pencarian dalam Facebook. Facebook dah bosan la sekarang. =.=


Jadi, blog jugak yang menjadi mangsa aku untuk menghilangkan bosan dan menghabiskan waktu office untuk pulang ke rumah dan untuk impress bos aku supaya kelihatan aku busy mencari prospect dengan tangan yang sibuk menaip. =_="


Sekarang ni aku sedang berkira-kira untuk membuat satu perniagaan online. Yea.. Perniagaan online.... Nak tunggu dapat gaji (tu pun kalau dapat) and aku akan gunakan sebahagian sebagai modal. Perniagaan apa? Aaaaaaaaaaaa.... Nanti aku promote dalam facebook. ^_^


Alaa, kecik-kecik je. Sebagai pendapatan sampingan. Takut kalau terjadi apa-apa kat kerja aku sekarang or aku dibuang kerja or company bankrup (aku tak doakan, just bersedia), so aku ada sesuatu untuk menampung kehidupan aku di kemudian hari. Hope dapat sambutan. Lagipun aku jual benda yang ramai gadis-gadis suka termasuk diri aku sendiri.. Hehe..


Kejap lagi nak balik. Tapi kat luar hujan lebat.. Boleh nampak dari tingkap bilik bos aku dan boleh dengar bunyi guruh kat luar yang kemain kuat lagi kedengaran. Macam mana ni, dah berapa hari aku dok redah hujan je, sampai je kat rumah, basah kuyup. Kang demam kang.. T_T


Dah la.. Nak sambung buat pengiraan untuk modal business aku and kemas-kemas untuk balik rumah..












P/S : Sakit tengkuk tak elok-elok lagi.. Namun tekak semakin baik dari luka.





No comments:

Post a Comment