Monday, October 31, 2011

Entry Untuk Kali Kedua Pada Hari Ini!

Salam..



Muka aku buruk.. Yea, aku sedar hakikat tu.. T__T







Ni la tandanya kalau aku dah betul-betul dah tak ada kerja nak buat.. Macam mana nak buat phone call nak follow up prospect kalau semua nombor and borang kaji selidik kat Kak Wan and Kak Wan cuti demam hari ni..? @_@


Jadi, aku hanya mampu mencari prospect kat Facebook dan kebanyakan prospect tidak menepati ciri-ciri yang aku cari. sedangkan segan nak tegur


Maka, terbantut la pencarian dalam Facebook. Facebook dah bosan la sekarang. =.=


Jadi, blog jugak yang menjadi mangsa aku untuk menghilangkan bosan dan menghabiskan waktu office untuk pulang ke rumah dan untuk impress bos aku supaya kelihatan aku busy mencari prospect dengan tangan yang sibuk menaip. =_="


Sekarang ni aku sedang berkira-kira untuk membuat satu perniagaan online. Yea.. Perniagaan online.... Nak tunggu dapat gaji (tu pun kalau dapat) and aku akan gunakan sebahagian sebagai modal. Perniagaan apa? Aaaaaaaaaaaa.... Nanti aku promote dalam facebook. ^_^


Alaa, kecik-kecik je. Sebagai pendapatan sampingan. Takut kalau terjadi apa-apa kat kerja aku sekarang or aku dibuang kerja or company bankrup (aku tak doakan, just bersedia), so aku ada sesuatu untuk menampung kehidupan aku di kemudian hari. Hope dapat sambutan. Lagipun aku jual benda yang ramai gadis-gadis suka termasuk diri aku sendiri.. Hehe..


Kejap lagi nak balik. Tapi kat luar hujan lebat.. Boleh nampak dari tingkap bilik bos aku dan boleh dengar bunyi guruh kat luar yang kemain kuat lagi kedengaran. Macam mana ni, dah berapa hari aku dok redah hujan je, sampai je kat rumah, basah kuyup. Kang demam kang.. T_T


Dah la.. Nak sambung buat pengiraan untuk modal business aku and kemas-kemas untuk balik rumah..












P/S : Sakit tengkuk tak elok-elok lagi.. Namun tekak semakin baik dari luka.





Halaaaaaaaaaaaaa.... @_@



Salam..










O
k, sempena Monday Blues ni, aku nak buat sesi melepaskan perasaan jap..




Sebenarnya aku kurang suka bekerja di bawah orang. Lebih-lebih lagi bila dah bekerja bidang marketing and sales ni. Mengharapkan commission sebagai gaji bulanan. Agak berat pada bulan pertama untuk mendapat closing walaupun sorang. Yes, aku lebih suka bekerja sendiri. 






Haihh.. Apalahh nasib.. T_T


Meminjam kata-kata Chicken Little dalam movie Chicken Little (macam pelik je ayat ni), Today Is A New Day. Tapi macam mana kalau hari-hari sama je? Hari-hari asyik muka yang sama je lalu lalang depan kaunter, dah tentu-tentu la taknak walaupun hanya nak buat kaji selidik.. T__T 


Ada tu pulak, nampak je aku berdiri depan kaunter, terus lari taknak lalu depan aku.. Takut kena sain and bayar macam-macam.. Hello, kalau aku ni kerja MLM boleh la kau lari, dah tentu-tentu la MLM tu haram.. =.=


Tapi aku kerja Takaful kot! Kalau dah ada takaful, xpe lagi.. Ni, kalau takaful pun korang tak tau ape kebenda lepas tu nampak agen takaful berdiri depan kaunter, terus korang tutup pemikiran korang pasal benda baik tu. 


Nanti, bila dah masuk hospital, jangan baru nak rasa menyesal tak ambil takaful masa korang masih sihat dulu.


Bila dah sakit tenat, jangan baru nak rasa menyesal tak ambil takaful masa masih sihat dulu.


Bila dah ada anak and anak perlukan kewangan untuk sambung belajar, jangan baru nak rasa menyesal masa anak korang masih kecil dulu.


Bila dah meninggal dunia, jangan sampai waris korang ditinggalkan tanpa ada apa-apa untuk menanggung kehidupan diorang.


Bila dah meninggal dunia, jangan sampai segala amal jariah korang tergantung sebab hutang-hutang yang korang buat masa hidup dulu.


Senang cerita, Jangan dah HUJAN baru nak MENYESAL TAK BAWAK PAYUNG!!  (mentang-mentang sekarang musim hujan.. =.=")




Ada faham???





















P/S: Actually just nak cakap, baik korang amek Takaful demi masa depan korang yang lebih terjamin. Anything, just contact me on Facebook : search = Zaty Arifin  atau Twitter : @zatyarifin

P/S: Ingat masa depan korang, mak ayah korang, dan orang-orang tersayang.. :3

Thursday, October 27, 2011

Relax, Zaty..

Adakah kemungkinan...?
























Don't Worry Zaty.. Selagi belum medical check up, selagi tu jangan risau apa-apa.. ^_^ 
Live my life to the max till the end!

Wednesday, October 26, 2011

M Y C O N V O C A T I O N D A Y

No words can describe my feelings.. :") 


Let the pictures tell more then thousand words.. 












Thanks Mak, Ayah, all my friends, my future-fiance InsyaAllah, and all of my reader.. And of course, my Arwah Atuk.. Al-Fatihah for him.

Tuesday, October 18, 2011

Emasss..!!! Emaaaaaaaaaasssssssss!!!!!!!!

Salam..

Pergh!!! Sangat-sangat lama aku x update blog aku ni kan? Sorry sangat-sangat bagi yang sudi baca blog yang tersangat-sangat picisan ni yang dok tunggu lama gila nak baca my new entry. ada ke yang nak baca.. T_T


Lately ni banyak sangat kejadian-kejadian yang berlaku sampai tak ada masa nak update blog sampai dah bersawang bagai dah ni.. =.="


Ok, nak cerita satu persatu memang payah, so aku cerita yang mana penting dulu k.. 


Sekarang ni aku bekerja di Raudhah Agency sebagai Islamic Financial Consultant. pergh nama positioan nak gempak je.. =.=" Start kerja 3 Oktober 2011 yang lalu. Kerja lebih kurang macam agen insuran jugak tapi I'm not Agen Insuran ok! 


Ok, lets straight forward. Aku nak mengajak pembaca2 belog aku ni untuk menyimpan demi masa depan anda dan insan2 tersayang! ^_^ 


Meh aku promote :


Etiqa Takaful

Dengan menyertai Etiqa Takaful, korang bukan je dapat menyimpan duit korang, malah, korang akan melabur sekali dalam pelaburan yang halal. So, duit simpanan korang tu akan bertambah dari semasa ke semasa. Contohnya, kalau korang simpan sendiri dalam bank sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun, jumlah yang korang berjaya kumpul at the end ialah sebanyak RM72,000.  TETAPI, kalau korang menyimpan dengan Etiqa Takaful, jumlah RM72,000 tu akan menjadi lebih dari RM500,000!!!!! Lagi sekali, Ringgit Malaysia LIMA RATUS RIBU!!!! 


Terkejut?


Masa mula-mula kerja dulu pun aku agak terkejut dengan all of the calculation and ntah macam mana boleh cecah setengah juta ni.. 


Nak tau kenapa boleh jadi banyak macam tu? Meh aku bagitau. 


Duit yang kita simpan tu akan dilaburkan dalam Pelaburan Emas.. Aaaaaaaaaaa.... Pernah dengar pelaburan emas?? Siapa yang tak pernah dengar, korang sangat-sangat la katak bawah tempurung. Kalau korang pegi tanya orang-orang lama tentang pelaburan emas, diorang pun tau. 


Pelaburan emas adalah sangat2 menguntungkan. Setiap hari ada je kual beli emas, Dan harga emas setiap hari akan meningkat naik. Sangat2 jarang kita dengar harga emas turun kan? 


So, kalau korang sertai Etiqa Takaful, anda untung. Tapi kalau taknak join pun takpe.. Korang la rugi sebab tak ada jaminan untuk masa depan korang. ^_^ Aku InsyaAllah akan buat simpanan dengan Etiqa Takaful sebab aku yakin dengan pulangan yang telah terjamin ni.


Kalau ada sesiapa antara korang yang berminat untuk menyimpan dengan kami, boleh la terus berhubung dengan aku melalui email - kanata_310@yahoo.com.my. sertakan dengan no fon korang so aku boleh call korang terus and terangkan sikit2 tentang product kami and kalau perlu, boleh set an appointment dengan aku.. Ingat, Appointment ek, BUKAN Date.. =.=" 


Terima kasih atas kerja sama anda.. ^_^






















p/s: sempat mempromote kerja..