Friday, September 23, 2011

comewhore first time di mamak...!!!!

Salam..

Actually ni first time kitorang camwhore macam ni sama-sama.. Huahahahahahahahaha..!!!!



Mempersembahkan!!!

'Muncung Itik' Pose!!!

'Show Your Teeth' Pose!!

'Calm Face' Pose!!!

'Laughing Like Crazy' Pose!!!

'Syamim cakap entah' Pose!!!!!!

'Makang Budok' Pose!!!!

'Kena Marah Dengan Doktor Gigi' Pose!!!!
















Terima kasih.. =.="

Saturday, September 10, 2011

Harga Hantaran Pun Dah Ada Harga Tetap Ke..?

Salam..








Zaman sekarang ni, macam-macam hal yang berlaku kan? Nak beli topup pun dah ada 6% tax starting 15 september ni. Ni yang terlatest, harga hantaran perkahwinan pun dah ada harga tetap. 






Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000







Hmm... Bagi aku la kan, kalau hantaran sampai RM20,000 - RM30,000 tapi kehidupan lepas kawin tu tak pernah fikir langsung pun tak boleh jugak. 


Contoh nya:



  • Lepas kawin, mesti la nak duduk rumah sendiri kan? Takkan nak duduk dengan mak ayah lagi ye tak? (tak tau la kalau korang still lagi nak berkepit dgn parents lepas kawin or macam mana) Untung la kalau bakal suami dah beli rumah awal-awal sebelum kawin. Tapi kalau rumah sewa? Kalau nak sewa rumah pun pakai banyak duit jugak. Sekarang ni dah jarang nak jumpa rumah yang harganya below RM1,000 sebulan. Kalau jumpa pun, mesti rumah tu not furnished. Lepas tu deposit pun nak kena bayar jugak. dah susah nak jumpa deposit rumah 1+1 skrg ni. Paling selalu jumpa pun 2+1+utility. 

  • Bila dah dapat rumah, rumah  pun mesti la ada perabot semua-semua tu. Bahagian-bahagian rumah yang wajib dipenuhi ialah seperti ruang tamu, dapur, bilik mandi dan bilik tidur. (Takkan nak tido atas tikar mengkuang je kot.) Kalau semua duit dah habis spend kat hantaran saja, macam mana nak beli keperluan-keperluan harian untuk rumah..?

  • Ni yang penting. Hantaran tinggi, dah macam Wedding Of The Year. Tapi lepas dua tiga tahun, goyang la pulak. Ada contoh ye disini, contohnya Erra Fazira dengan Yusry KRU. Wedding diorang best, kat Tasik Titiwangsa (kalau tak silap) Wedding Of The Year lagi.. Berapa tahun je diorang bersama, lepas tu cerai. Duit habis macam tu je. Tak pe la, diorang kan artis, kaya. Habis kita orang biasa ni? Yang bukan artis, bukan anak orang berada, bukan anak datuk, tan sri, macam mana? Kan rugi je.

  • Ingat, yang lepasan diploma, degree, master dan PhD. Kita dah buat pinjaman pelajaran semasa kita belajar. Lepas tu korang buat pinjaman lagi untuk beli kereta, rumah dan sebagainya. Korang nak tambah hutang lagi ke dengan buat pinjaman untuk perkahwinan..? Kesian kat suami korang yang korang harapkan untuk bayar pinjaman pelajaran yang korang guna masa belajar dulu. Mana pergi nya quote "Susah Senang Kita Bersama" yang korang selalu lafaz masa bercinta dulu..?

  • Ada sesetengah orang cakap, kalau harga hantaran tinggi sangat sampai RM20,000, nanti tak laku. Kalau tak laku, nanti jadi anak dara tua. Bila dah tua, harga hantaran pun telah dikurangkan menjadi RM10,000. Bila dah kurang, orang kampung duk mengata lagi "dah tak laku la tu anak si Limah tu, sebab tu harga hantaran dia kurangkan.." Errr... =_="


Sekian sudah aku membebel pasal hantaran. Apa yang aku cakap ni berdasarkan atas pemikiran sendiri ya, bukan tiru dari sesiapa dan mengutuk sesiapa. Lagipun, dalam Islam pun kita tidak digalakkan untuk membebankan pihak lelaki. Betul tak..??



















P/S: Untung laaaa bagi yang dapat  suami yang kaya, ada sebiji rumah banglo hasil pemberian bapa, ada sebiji kereta Mini Cooper hasil pemberian ibu, dan perbelanjaan bulanan segala  kasut-kasut baju-baju handbag-handbag LV, Guess, Coach, Chanel, Prada dan sebagainya hasil gaji suami.. XDD