Sunday, August 28, 2011

Minal Aidil Walfa'izin. ^_^

Salam..


Sekarang aku berada di kampung halaman aku di Rembau, Negeri Sembilan. Balik hari rabu hari tu, sama hari dengan Fazira. Syamim hantarkan. ^^ 


Nasib baik sampai pukul 6.30, sempat jugak pegi bazar beli makanan untuk berbuka. Aku ajak Syamim berbuka sekali dengan kitorang satu family. Best! 


Thanks Syamim coz sanggup hantar aku balik sini. ^^


Bila dah balik sini, aku jadi kuat makan.. Asal bosan je, pegi dapur.. Bosan, pegi dapur. Nampaknya aku akan jadi gemuk balik la ni =.= Mana tak nya, senarai waktu makan di bulan puasa masa kat rumah sewa :-



  •  Berbuka : makan roti
  •  Makan Malam : Maggi Kari
  •  Sahur : Air milo, biskut gula

(kalau lucky, berbuka dengan Syamim kat luar)




Bila balik rumah, menu bertukar!! :-



  •  Berbuka : 3 jenis air, murtabak ayam, tepung pelita, popiah basah, bubur lambuk, badak berendam
  •  Makan Malam : Nasi putih, Ayam masak lemak cili api, sayur, Ikan keli goreng bercili, Sambal tempoyak (menu wajib aku!!!!)
  •  Sahur : Nasi putih, sambal kentang and ikan bilis, telur mata, sambal tempoyak (menu wajib aku lagi!!!!!!!!!!!!!)



So, jangan terkejut if aku menjadi bulat hanya selepas seminggu kita beraya.. T_T Mencik..
Nangis sambil makan kuih raya.. Tsk tsk~


Hope tahun ni meriah walaupun aku dapat rasa tahun ni agak sedih buat kitorang satu family sebab tahun ni ialah tahun pertana kitorang beraya tanpa arwah atuk. Tsk tsk tsk lagik~ T_T


Disini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan..




raya tahun lepas.. -.-"


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam sama ada yang mengenali diri ni atau tak.Salah silap samaada yang sengaja atau tak sengaja, harap maafkan.. :")




Ok la, sat lagi nak sahur.. Makan lg.. =.=" So, goodnite to all readers and selamat menjalani ibadah puasa di akhir2 Ramadan ni.. ^_^

1 comment: