Sunday, August 28, 2011

Minal Aidil Walfa'izin. ^_^

Salam..


Sekarang aku berada di kampung halaman aku di Rembau, Negeri Sembilan. Balik hari rabu hari tu, sama hari dengan Fazira. Syamim hantarkan. ^^ 


Nasib baik sampai pukul 6.30, sempat jugak pegi bazar beli makanan untuk berbuka. Aku ajak Syamim berbuka sekali dengan kitorang satu family. Best! 


Thanks Syamim coz sanggup hantar aku balik sini. ^^


Bila dah balik sini, aku jadi kuat makan.. Asal bosan je, pegi dapur.. Bosan, pegi dapur. Nampaknya aku akan jadi gemuk balik la ni =.= Mana tak nya, senarai waktu makan di bulan puasa masa kat rumah sewa :-



  •  Berbuka : makan roti
  •  Makan Malam : Maggi Kari
  •  Sahur : Air milo, biskut gula

(kalau lucky, berbuka dengan Syamim kat luar)




Bila balik rumah, menu bertukar!! :-



  •  Berbuka : 3 jenis air, murtabak ayam, tepung pelita, popiah basah, bubur lambuk, badak berendam
  •  Makan Malam : Nasi putih, Ayam masak lemak cili api, sayur, Ikan keli goreng bercili, Sambal tempoyak (menu wajib aku!!!!)
  •  Sahur : Nasi putih, sambal kentang and ikan bilis, telur mata, sambal tempoyak (menu wajib aku lagi!!!!!!!!!!!!!)



So, jangan terkejut if aku menjadi bulat hanya selepas seminggu kita beraya.. T_T Mencik..
Nangis sambil makan kuih raya.. Tsk tsk~


Hope tahun ni meriah walaupun aku dapat rasa tahun ni agak sedih buat kitorang satu family sebab tahun ni ialah tahun pertana kitorang beraya tanpa arwah atuk. Tsk tsk tsk lagik~ T_T


Disini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan..




raya tahun lepas.. -.-"


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam sama ada yang mengenali diri ni atau tak.Salah silap samaada yang sengaja atau tak sengaja, harap maafkan.. :")




Ok la, sat lagi nak sahur.. Makan lg.. =.=" So, goodnite to all readers and selamat menjalani ibadah puasa di akhir2 Ramadan ni.. ^_^

Monday, August 15, 2011

Iftar With The Bandshop Family

Salam..



Siap ada flyer..! 


According to the flyer above, tarikh Iftarnya ialah pada 13 Ogos 2011.. Namun, Iftar dalam flyer di atas, aku tak pergi pun.. Haha! Iftar yang aku maksudkan ialah Iftar pada hari sebelumnya iaitu 12 Ogos 2001, hari Jumaat. Bukan sebab Iftar dalam flyers tu tak jadi, cuma mereka memang suka bukak puasa ramai-ramai berulang-ulang kali. Hahaha! *memandai je aku buat teori.

Ini pengalaman pertama aku berbuka dengan Bandshop family. Mulanya aku tak pergi pun sebab malas nak ganggu Syamim dengan kawan-kawan dia. But last minute Fatma Shada tweet Syamim suruh bawak aku skali. Apa lagi, kelam kabut cepat-cepat mandi siap semua dalam masa beberapa minit sebelum Syamim sampai. Haha!

Hari tak selalunya cerah. Petang tu hujan agak lebat masa on the way ke studio. Jalan pun slow-slow je. Akhirnya sampai juga ke Bandshop Studio. Tak ada siapa kat studio melainkan OneJet and Ax. Sementara nak tunggu masa nak gerak ke tempat berbuka, aku and Syamim main PS3 jap, game Naruto. *Syamim yang terer tu pun boleh kalah dengan aku hahaha!

Hampir waktu berbuka, kitorang pun gerak pergi ke kedai Char Kuey Tiow sedap gila ouh kat  Cheras. Haha! Gila sesak la jalan lebih-lebih lagi time-time hujan. Kitorang sampai kedai tu pun betul-betul dah berbuka. 

Ok, penuh gila kedai tu, meja dah habis panjang dah boleh buat persidangan politik dah cite dia.

Tok ketua di meja persidangan itu ialah Ayed. Ada yang aku kenal, and ada jugak tak kenal. Aku masih baru lagi dengan diorang ni semua Tapi diorang ni semua ok. Nampak je macam ganas tapi baik-baik semua. ^_^

Aku kat hujung tu bertudung hitam sedang berfacebook dan bertwitter.. Haha!





Memang panjang gak la meja.. =.="


Kedai ni nampak je macam warung tepi jalan, tapi I'm promise you, Char Kuey Tiow dia sedap! Nasi lemak ayam dia aku belum pernah try, maybe one day aku akan try jugak.

Lepas berbuka, aku dgn Syamim balik studio sebab BFL akan jamming pukul 10 pm. 

Pada keesokan harinya, baru la Iftar yang sebenar berlangsung seperti dalam flyers di atas entry ini. ^_^





P/s: Gambar-gambar ni semua Syamim yang bagi, dia cilok dari Facebook sape ntah.. Hehe..

Monday, August 8, 2011

Zaman Batu, Dunia Kegelapan

Salam



Selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam yang berpuasa.


Hari ini merupakan hari yang kelapan kita berpuasa. Bagi aku, agak cepat jugak la dah hari kelapan. Well, sekarang kan masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik je dah beraya. Adeyh.. Ke, aku sorang je yang rasa masa cepat berlalu skrg ni? =.=”

Hmm.. Nothing much to say. Just sekarang ni aku tengah “menikmati” kehidupan aku yang dah macam dalam era kegelapan di zaman dunia gelap. Sumpah tak best dah aku sangat-sangat benci kehidupan macam ni. Rasa useless dah betul-betul mengalir dalam badan, siap boleh menari-nari lagi *tipu. Sumpah nak nangis. T_T

Aku harap sangat-sangat dalam bulan yang mulia ni, ada peluang untuk aku ubah kehidupan bodoh ni untuk aku jadi better person yang tak menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Kehidupan dah macam hidup atas belas kasihan orang sampai orang pun dah malas nak kasihan lagi dah.

Hanya kerana demam, satu mistake telah merubah kehidupan upside down! Aku rasa agak stress dengan apa yang berlaku. I’ve tried my best to change my stupid life but there’s no luck. But still, aku masih lagi mencuba. Tapi aku rasa I’m totally useless! And he said “Rezeki belum ada tu, dah jangan fikir2 lagi ok..” “Heyy, semangat sikit. Mana Izzatti yang kuat ni?” “Dah2 takmau nangis sorang2 aku babab nanti!” (-.-‘)

Yeah.. I’ve tried to not to think about it but I can’t. Still berlegar-legar dalam kepala otak and akhirnya aku stress sorang-sorang dalam bilik yang gelap ni. Nak menangis pun dah malas dah sekarang, macam takde guna. Lagipun, buat apa menangis if that couldn’t change anything, kan?







p/s: Thanks sebab still support aku walaupun keadaan aku macam ni, Syamim.. :")

Thursday, August 4, 2011

7 things about human.

1. Your eyes are the only part of your body you can’t wash is soap

2. You can’t count your hair

3. Your tongue doesn’t reach every teeth in your mouth

4. Only idiots do number 3

5. You’re gonna laugh because you can reach every teeth in your mouth

6. You’re gonna laugh because you feel like an idiot

7. You’re going to reblog to see how many people fall for this.


Hahaha..!