Tuesday, July 26, 2011

I Love Cheese Cake..!!

Salam..




Entry ni tentang surprise yang baru saja berlaku satu jam yang lalu..


Ceritanya bermula dari SMS di bawah ini..


Him: Zaty, aku bawak kek aku bagi kau yea..?
Me: Heh? Bila? Boleh je.. Ngee..
Him: Jap lagi aku datang.. Ada cheese cake, tiramisu ngan chocolate :3
Me: Wahhh! Serius?? Thanks..!


Lebih kurang setengah jam kemudian.. Tetiba ada orang call. It was Syamim


Me: Hello?
Him: Hello. Aku kat luar dah ni..
Me: Hah? Okay2..






Bukak pintu.. It's him! Dengan pakai baju chef nya.. -.-"


And... He gave me a beautiful delicious tempting cake..! 





See..? Kotak cake sahaja dah buat aku tersengih sampai telinga.. ^_^










Kiri: Cheese cake.. Tengah: Chocolate cake.. Kanan: Tiramisu cake..








Serius kek-kek ni buat aku terliur + gemuk + bahagia bila makan..! Masa ambil kotak kek ni dari tangan dia, serius berat..! And aku start terfikir, adakah aku mampu habiskan kek yang banyak ni..? 


Sebelum balik, Syamim wish me luck for my interview esok. Hehehe.. Thanks..!














p/s: Tiramisu cake dah selamat masuk dalam perut.. Sekarang nak makan cokOlat cake pulak.. 
p/s: Cheese cake makan kemudian.. Well, save the best for the last..! <3

Tuesday, July 12, 2011

Jalan-jalan di Melaka





Ahad, 10 Julai 2011..


Aku and Syamim pergi ke Kolej Komuniti Tampin sebab nak jumpa adik aku, Fazira. Dia start masuk sana baru seminggu and today baru start class. Dia ajak aku datang sana sebab bosan katanya. Aku pun ajak la Syamim and he said ok!


Ingat just nak bawak dia jalan-jalan kat Tampin je la but dari Tampin ke kolej dia gila jauh! about 27km la jugak dari pekan Tampin. So, alang-alang dah jauh, baik bawak dia jalan-jalan pegi Melaka je. Sampai je kat rumah sewa dia, aku diperkenalkan dengan kawan-kawan rumah dia. And the house pun not bad la. 


Lepas Zira siap-siap, kitorang pun menuju ke Melaka. Syamim dah takut nak menangis dah sebab aku bawak dia ikut jalan dalam, yang kiri kanan hutan memanjang. Hahahaha..! Tapi akhirnya, sampai juga kat Bandar Hilir Melaka. Sampai-sampai je, kitorang makan McD Dataran Pahlawan. 


Ok, Zira and Syamim tag team buli aku. Fine! Korang geng! Grrr..! Lepas makan, jalan-jalan pusing-pusing kat dalam Dataran Pahlawan tu, then pegi kat area A-Famosa. Ambil gambar kat kereta api, kereta lembu, kereta kebal.. Dah macam pelancong x penah datang Melaka pulak.. -.-"


Lepas tu, aku and Zira decide nak naik bukit St Paul tu. Nak tengok Syamim larat ke tak. Kahkahkah..! Setelah dipujuk dan dibuli, akhirnya, dia berjaya jugak sampai ke kemuncak Bukit St Paul, Melaka! Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Bandshop family! Err, apa kaitan..? -.-




Muka cover penat!




Menikmati keindahan pemandangan dari atas bukit ni macam seronok la pulak. Kitorang bertiga borak-borak sambil ambil gambar just guna BB Syamim sebab Zira tak bawak camera.. Grrr...!
















Syamim kesian kena buli oleh kitorang adik beradik terpaksa panjat bukit tu. Hahahaha!


Lepas turun bukit tu, kitorang pergi kat atas padang dataran. Duduk atas rumput2 yang cantik. Kat situ jugak la aku and Zira cakap pasal mak. "Mak tak sedia lagi.." Hahahaha..!! Comel je mak aku ni.. Lepas tu Zira dgn Syamim buli aku lagi.. T_T Sangat jahat ek diorang.. Syamim pegang tangan aku, Zira pegang kaki aku, lepas tu angkat aku dah macam aku ni guni je.. T_T Lepas tu pergi ambil lipstick aku, kejar aku satu padang sebab nak conteng muka aku.. Jahat ouh korang.. T_____T Nasib baik aku sayang..




Then teman Zira shopping sebab dia dah nak start class so dia beli beg untuk dia bawak buku pergi class. Lepas tu, hantar dia balik kolej balik. ^_^ 


What a nice day that we're together and happy siap boleh buli-buli aku. Walaupun kena buli oleh adik sendiri, tapi aku happy sebab dia boleh get along dengan Syamim. So, first step aku dah berjaya! Hope impression dari parents aku pun sama macam adik aku jugak. And guess what? Mak aku risau if Syamim bawak kereta jauh-jauh takut dia penat and mengantuk. Hmm.. Macam penerimaan positive je ni.. Ngee~~ ^_^


Owh, by the way, Syamim bagi aku pinjam keys dia sebab keys dia tu x digunakan pun. Keys ada tiga, yang guna dua je, yang lagi satu simpan. Ape la, beli mahal-mahal, last-last simpan kat studio je. -.- And aku la yang tukang membersihkan keys tu sebab berhabuk, dah lama tak disentuh. Hmm, boleh aku practice main keys pulak. Mana tau, boleh jadi penyanyi Youtube yang dah jadi trend zaman sekarang ni. Hahaha..!






Tengok! Dah bersih dah keys ni aku kerjakan. Hohohohhh~






















P/S: Thanks bagi pinjam keys. Aku jaga elok-elok. ^_^

Wednesday, July 6, 2011

No matter what happen, you'll be my last!






Amboii amboii tajuk di atas bukan main ye? Hahaha! 


Nothing much yang nak diceritakan untuk entry kali ni. Just akan mengarut sikit la, so if bosan baca, tak payah teruskan pembacaan.. ^_^




Dua tahun dulu, masa first time jumpa kat dataran..




Waktu malam.. Aku sikit pun tak ambil kisah. Mungkin sebab masa tu masing-masing malas nak campur hal masing-masing. Buat apa layan orang yang buat bodoh je. Grrr!








Dua tahun kemudian





Seseorang bawak aku pergi lepak kedai mamak kat Gombak sebab nak bincang hal band dia.




Waktu malam jugak. Jumpa lagi dia yang dua tahun lepas tu. (-.-") Tak sangka dia pun ahli band tu. Duduk depan dia tapi aku senyap je la sebab taknak ganggu perbincangan diorang. 


Lepas tu, aku diperkenalkan. "Ni kawan kelas adik kau la kat Unisel.." dan aku menyampuk "Ingat tak dulu kita pernah lepak sama-sama kat dataran?"


"Eh yeke?? Alamak, aku tak ingat la.."


Ek eleh. Mana kau nak ingat! Pandang pun tak! Grrrr...!!!


Ntah macam mana, aku pergi add dia kat Facebok. Lepas tu "ter"ramah pulak main komen2 kat wall dia. Dah komen2, beralih pula kepada facebook chat sebab dia taknak aku kena serang oleh "peminat-peminat" kat facebook dia.. -.-"


Borak punya borak. Pap! dapat tau tentang pembohongan seseorang terhadap aku secara tak sengaja.. Maka terjadilah pengaliran air mata..






Sakit weh, kena tipu.. Tapi kan, Dia punya risau bila aku dah tak reply facebook chat tu, sampai call aku semata-mata nak make sure aku ok. Risau bila dengar aku nangis dalam phone. Tapi dia pandai cheer me up. Lawak jugak dia ni. Ingat kan sombong memanjang je macam masa mula-mula jumpa tu.




Beberapa kejadian berlaku. Aku malas nak cerita. Lets skip that part.




*
*
*
*
*










Masak lemak cili api. Sama-sama pergi MyDin, beli barang-barang nak masak. Masak sama-sama. Luckily, he's a chef. So, dia la yang masak. Hahaha! 






Kalau jalan-jalan, suka beli air, minum dalam kereta. CokOlat. Hahaha! Funny..










Bawak aku pergi jamming. Aku suka tolong bawak barang-barang dia, especially his keyboard.








Kadang-kadang ada gak aku main-main dengan keyboard tu. ^_^








Dia belikan aku magazine ni sebab band diorang ada dalam salah satu article. 




Tapi entah macam mana, boleh pulak story pasal diorang dalam magazine ni pulak.. (-.-")




Errrkk! Macam salah masuk magazine je.. Tapi takpe. Hahahahahaha..!!








Punya la bosan sangat nak jalan-jalan kat KL. Buat kerja gila, merayau sampai sini. Seronok sampai sini! View cantik.. Bunga pun colourful! 










Comel je drawing ni. Tapi yang paling nampak ketara, Nik-Predator.. (-.-")






Beli la EP diorang. RM 6.00 je. Murah kan? Lagu favorite aku dalam EP ni, The Dead Marshes. Tapi, gurls boleh dengar ke lagu-lagu macam ni? -.-"





Ni adalah link lagu terbaru diorang, Beyond The Aurora. Ni dah kira jambu dah ni, tapi still lagi ada scream sikit-sikit. Hehehe.. Nanti if korang dengar jangan terkejut pulak. Aku dah warning awal-awal dah ni.. ^_^








Kan aku dah cakap aku merepek. Korang yang baca ni mungkin tak faham. Takpe, biar aku sorang je yang faham..^_^






















All pictures, credit to Google