Thursday, June 23, 2011

Nak Cantik??

Selain make up, penjagaan kulit wajah jugak penting bagi para wanita terutama sekali gadis-gadis pada usia awal 20an. Selalunya perempuan obses nak dapatkan kulit yang cerah, betul tak? Macam-macam product pencerahan dok pakat beli sampai beratus habis tapi tak puas hati gak dengan hasilnya. Tak ke membazir macam tu..? Ish ish ish..


Bagi aku, tak perlu nak cerahkan kulit muka kalau basic penjagaan kulit pun tak terjaga. Meh aku share macam mana aku jaga kulit muka aku.. Simple je, and tak mengeluarkan banyak modal pun..












1. Cuci muka.



Ini adalah perkara yang sangat sangat basic ye adik-adik kakak-kakak makcik makcik sekalian.. Kalau malas bab ni, tak tau la nak cakap apa.. Pastikan korang cuci muka setiap kali mandi, sebelum make up, dan sebelum tidur. SANGAT WAJIB MENCUCI MUKA SEBELUM TIDUR sebab waktu tidur la kulit muka kita bekerja. If korang perasan, bila bangun tidur je, muka berminyak. Tu tandanya kulit korang bekerja, mengeluarkan kotoran dan minyak dari dalam. And sebab tu la kena cuci muka lepas bangun tidur.. 










2. Toner.


Tujuan toner ialah mengembalikan kesegaran kulit muka selepas dicuci dan menutup liang-liang roma. Bila muka dah cuci, of course la liang-liang roma dah bersih kan? Bila dah bersih, mesti liang roma tu dalam keadaan terbuka. So untuk tutup liang roma tu daripada dimasuki oleh elemen-elemen jahat, gunakan toner. Tak payah beli mahal-mahal. Macam aku, aku gunakan Garnier Pure Toner ni. Sesuai dengan kulit aku and bila pakai, rasa sejuk and kulit rasa segar! 











3. Melembab


Selepas dua perkara asas di atas dilaksanakan (amboihh ayat...), tak lengkap kalau tak pakai pelembab. Pelembab ni untuk memastikan kulit muka kita sentiasa lembab and tak kering, menjaga dari pencemaran udara dan sinaran matahari yang terik. Kalau pakai make up pun kulit nampak flawless je and make up akan smooth.. Haaa.. Memang tak lengkap la kalau tak pakai moisturizer ni. As for me, aku guna Garnier Light ni. Aku guna bukan sebab terpengaruh dengan kecantikan Lisa Surihani and Heliza dalam iklan Garnier ok! Urghhh..! (-.-") Dah lama aku guna since umur aku 18 lagi. Rasa sesuai dengan kulit. Bila pakai je moisturizer ni, dah tak payah nak pakai segala macam foundation and concealer kat muka lagi. Biasa buat macam tu if nak pegi class masa study dulu and pegi kerja. Senang kan? ^_^










4. Jangan pakai make up!!


Eh eh, relax.. Bukannya aku larang korang pakai make up. Aku just nak bagitau jangan pakai make up masa korang tidur. Hah? Kenapa? Sebab, tidur dengan kulit muka yang tak bersih akan menyebabkan JERAWAT! Liang-liang roma tertutup, so macam mana kulit nak keluarkan minyak dari muka kan? Jadi, minyak-minyak akan tersumbat dalam liang roma dan akan menyebabkan jerawat. Haaaaaaa.. Mau kaaa??? Hohohohohohohhh~ Jadi, tidur dengan muka yang dah dicuci ok?














5. Minum air secukupnya.


Air bertindak untuk menyegarkan badan, mengelakkan dari dihidrasi dan melembabkan kulit. Nak kulit lembab? Rajin-rajin la minum air masak ok? Takmau air manis, kulit cepat berkedut nanti. Eeeeeeeeeeee, takmau kulit berkedut... T__T






6. Petua-petua orang dulu-dulu


Aku suka amalkan petua orang dulu-dulu. Tak kisah la dari segi pemakanan ke, body and facial treatment ke. Haaa, ingat orang zaman dulu tak ada facial and body treatment ke? Jangan memain. Aku ada jugak amalkan petua-petua diorang. Just guna bahan-bahan semulajadi je even bahan-bahan yang ada kat dapur. Contohnya, aku pernah buat scrub sendiri menggunakan beras pulut. And bila dah apply kat muka, tangan and kaki, perghhh...! Feeling so fly like a G6! Masa tu mula la perasan kulit kau la yang paling cantik, kalah Erra Fazira! Ok itu melampau.. -.-" Selain tu, aku selalu jugak amalkan makan ulam-ulam and sayur-sayur mentah. Serius sedap ok makan ulam. Bukan je sedap, dapat jaga kulit lagi.. Wahhh, pakej!  Bagi yang tak suka tu, anda rugi.. 




7. Pantang larang


Aku allergic seafood, belacan, and cencalok. If aku makan, mula lah sesuatu akan berlaku.. Bersin tak berhenti, hidung akan jadi gatal, and jerawat kecik-kecik akan naik sikit. So, untuk mengelakkan dari terkena perkara itu, aku pantang makan. And nasib baik la aku ni memang tak suka makan seafood and belacan. Aku jugak tak makan kulit ayam. Dulu makan la tapi since aku baca macam-macam pasal kulit ayam, rasa geli pulak nak makan. Lebih-lebih lagi yang berlemak and berminyak-minyak tu. Yekk...!! 






Tu je la yang aku dapat kongsikan. Sebenarnya banyak lagi benda nak share sama-sama pasal petua-petua yang aku guna, but banyak sangat la. Lagi pun, korang boleh cari sendiri kat google. Kadang-kadang aku cari jugak petua petua kat google tu. Hehe.. 


And one more thing.. Sebaik-baik make up dalam dunia ni ialah wuduk.. Wallahu'alam ^_^







No comments:

Post a Comment