Sunday, May 8, 2011

Vacation Time..!!!

Jumaat, 6 Mei 2011. Aku dan Tasha ikut Jia balik ke Jerantut selama 4 hari, insyaAllah sampai Isnin ni. Kitorang saja-saja ikut Jia memandangkan plan nak pergi bercuti tu memang dah ada cuma tak tau pergi mana je. So, bercuti ke Jerantut ni adhoc punya plan la. Hehe..

Siang tadi, lebih kurang pukul 4.30pm macam tu, aku and the girls pergi ke Jerantut's Hill Resort untuk ber"swimming" kat swimming fool pool. Aku pulak dah lama tak berenang, so bila berenang tadi, macam dah semput sikit. Hahah! Adalah dalam 2 jam kat resort tu, then kitorang pun balik.

Balik rumah je, semua kebulur. Apa lagi, semua menikmati santapan kat dapur, dimasak oleh Jia ye. Ikan Patin Masak Tempoyak sangat menyelerakan ye. Tapi lauk yang paling membuka selera aku ialah Sambal Tempoyak. Makan macam tu je pun tak kisah..! Well, orang kampung macam aku, lauk-lauk kampung macam tu je la yang memang masuk dengan tekak. Makan mahal macam mana pun kat restoran, tak dapat habis gak. Huhu..

Lepas kekenyangan, aku tertidur dalam bilik dah macam ular sawa.. (-.-") Aku terjaga pukul 10.00 pm, terus pergi cari Baby Amsyar kat ruang tamu tapi harapan hampa setelah melihat dia tidur lena dalam buai. T_T.. Ok, aku pergi kat Jia yang tengah tengok TV dengan mak dia. Aku join tengok TV jugak. Beberapa ketika lepas tu, Tasha datang ke ruang tamu dengan muka mamai dia. Haha..! Lepas tu, kitorang decide nak keluar makan. (makan lagi?)

Pukul 11 macam tu, kitorang pergi ke kedai makan. Jia teringin nak makan Chicken Wing. Aku pun ikut je la. Sampai kat kedai makan tu, kitorang order Chicken Wing satu set, kongsi 3 orang. Tak cukup dengan tu, Jia order Bihun Sup, aku order Chicken Chop, Tasha order lagi satu set Chicken Wing. Tamak sangat, masing-masing tak habis makan. Padan muko.. T_T

Lebih kurang pukul 1.30 pagi, kitorang pun balik. Plan untuk esok tak pasti lagi, tapi cadangan awal yang aku dengar tadi, nak pergi karaoke. Hohoh! Tak tau la menjadi or tak cadangan itu, kita tunggu esok hari la jawapnya. (^o^)/


Baby Amsyar..! Budak kecik ni tak bagi aku online.. Suruh aku buat lawak je.. Kalau tak, dia akan start buat-buat nangis sampai aku rasa macam nak gigit dia.. Grrr!!


Lepak makang.. Rock bebeh..!


 Sorry Cik Tasha, saya tak ada gambar anda lain yang best. Yang ni je la yang ok.. Hehehe...


Miss Jia versi Muka Tanpa Make Up..!


 Chicken Chop.. Dah separuh makan, baru nak ambil gambar.. Memang dah bersepah dah.. -.-"






No comments:

Post a Comment