Sunday, May 29, 2011

Pokok-Pokok pun boleh merajuk..

Kali ni, musim buah-buahan tak berapa nak meriah.. Pokok-pokok rambutan tak berputik kecuali ada satu pokok je yang start berbuah. Pokok durian hanya berputik pada satu dahan sahaja. Hanya beberapa biji yang masih kecil. Itu pun tak tau lagi kekal or tak kat dahan tu. Manggis? Tak meriah seperti dahulu. Buah manggis hanya kelihatan beberapa biji je atas pokok. Pulasan, alhamdulillah ada banyak jugak la tapi tak boleh berharap sangat..

Mak aku cakap, pokok-pokok ni semua merajuk taknak berbuah sebab atuk dah tak ada. Sedihnya. Pokok-pokok pun boleh rasa kehilangan jugak ke..? 

Nanti mesti aku tak dapat panjat pokok. Kalau dulu, setiap musim buah-buahan, pokok manggis menjadi favourite port untuk aku panjat.. Panjat tinggi-tinggi, duduk kat dahan, then capai je buah manggis yang dekat. Seronok..! Rambutan pun petik je pakai tangan, tak payah susah-susah pakai galah. Durian? Heaven! 

Tapi sekarang dah tak semeriah dulu.. Pokok-pokok merajuk.. Owner yang tanam diorang dulu dah meninggal..  T_T

2 comments: