Sunday, May 29, 2011

Pokok-Pokok pun boleh merajuk..

Kali ni, musim buah-buahan tak berapa nak meriah.. Pokok-pokok rambutan tak berputik kecuali ada satu pokok je yang start berbuah. Pokok durian hanya berputik pada satu dahan sahaja. Hanya beberapa biji yang masih kecil. Itu pun tak tau lagi kekal or tak kat dahan tu. Manggis? Tak meriah seperti dahulu. Buah manggis hanya kelihatan beberapa biji je atas pokok. Pulasan, alhamdulillah ada banyak jugak la tapi tak boleh berharap sangat..

Mak aku cakap, pokok-pokok ni semua merajuk taknak berbuah sebab atuk dah tak ada. Sedihnya. Pokok-pokok pun boleh rasa kehilangan jugak ke..? 

Nanti mesti aku tak dapat panjat pokok. Kalau dulu, setiap musim buah-buahan, pokok manggis menjadi favourite port untuk aku panjat.. Panjat tinggi-tinggi, duduk kat dahan, then capai je buah manggis yang dekat. Seronok..! Rambutan pun petik je pakai tangan, tak payah susah-susah pakai galah. Durian? Heaven! 

Tapi sekarang dah tak semeriah dulu.. Pokok-pokok merajuk.. Owner yang tanam diorang dulu dah meninggal..  T_T

Wednesday, May 25, 2011

Please...

Jangan disebabkan aku, korang satu band dingin.. Aku mintak maaf sangat-sangat kalau aku menjadi punca semua ni berlaku.. Please..

Saturday, May 21, 2011

You're not my type..

First, I wanna say sorry for everything.. I didn't mean to hurt anybody and I never want this happen. But I have to decide who is better for me.

You are the one who gives strength for me. When I was down, you come into my life and make me feel alive again. I'm really appreciate that. The happiness that we had together was not a lie. I really had fun together with you.




But..





The moment when I know the truth, I realize that you don't deserve me. You don't deserve to have my love after what happen between us. You don't deserve someone like me after what you said to me. Yeah, I do the right thing when I choose him over you. Thanks so much for all the words that you said to me. You deserve nothing. 









Girls out there...! Here's some advice for you all.. Good Looking Guy Is Nothing Without Brain. Take my word and you won't regret it.

Thursday, May 12, 2011

Guinea Pig Or Sugar Glider??

Ke'confuse'an sedang berlaku ketika ini.. Dan aku perlu memilih sama ada aku nak Guinea Pig atau Sugar Glider. Dan aku tak boleh tamak nakkan kedua-duanya sebab takut nanti tak mampu nak jaga.



 Guinea Pig


Sugar Glider


Tapi hati ni lebih memihak kepada Sugar Glider sebab boleh bawa kemana-mana saja yang aku suka. Boleh bawak pergi office, naik KTM masa balik kampung, boleh bawa pergi beraya, pergi pasar beli ikan, mancing, semua lah!! Kalau Guinea Pig pulak, hanya duduk dalam sangkar, setakat say "Hello Good Morning!" bila bangun tidur, and say "Good Night!" bila nak tidur.. Urghh bosan nye.. -.-"

So, aku rasa aku nak bela Sugar Glider la! Confirm.. And aku janji aku akan jaga dia sepenuh jiwa raga aku, curah kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Promise!!





All pictures, credit to Google.

Sunday, May 8, 2011

Vacation Time..!!!

Jumaat, 6 Mei 2011. Aku dan Tasha ikut Jia balik ke Jerantut selama 4 hari, insyaAllah sampai Isnin ni. Kitorang saja-saja ikut Jia memandangkan plan nak pergi bercuti tu memang dah ada cuma tak tau pergi mana je. So, bercuti ke Jerantut ni adhoc punya plan la. Hehe..

Siang tadi, lebih kurang pukul 4.30pm macam tu, aku and the girls pergi ke Jerantut's Hill Resort untuk ber"swimming" kat swimming fool pool. Aku pulak dah lama tak berenang, so bila berenang tadi, macam dah semput sikit. Hahah! Adalah dalam 2 jam kat resort tu, then kitorang pun balik.

Balik rumah je, semua kebulur. Apa lagi, semua menikmati santapan kat dapur, dimasak oleh Jia ye. Ikan Patin Masak Tempoyak sangat menyelerakan ye. Tapi lauk yang paling membuka selera aku ialah Sambal Tempoyak. Makan macam tu je pun tak kisah..! Well, orang kampung macam aku, lauk-lauk kampung macam tu je la yang memang masuk dengan tekak. Makan mahal macam mana pun kat restoran, tak dapat habis gak. Huhu..

Lepas kekenyangan, aku tertidur dalam bilik dah macam ular sawa.. (-.-") Aku terjaga pukul 10.00 pm, terus pergi cari Baby Amsyar kat ruang tamu tapi harapan hampa setelah melihat dia tidur lena dalam buai. T_T.. Ok, aku pergi kat Jia yang tengah tengok TV dengan mak dia. Aku join tengok TV jugak. Beberapa ketika lepas tu, Tasha datang ke ruang tamu dengan muka mamai dia. Haha..! Lepas tu, kitorang decide nak keluar makan. (makan lagi?)

Pukul 11 macam tu, kitorang pergi ke kedai makan. Jia teringin nak makan Chicken Wing. Aku pun ikut je la. Sampai kat kedai makan tu, kitorang order Chicken Wing satu set, kongsi 3 orang. Tak cukup dengan tu, Jia order Bihun Sup, aku order Chicken Chop, Tasha order lagi satu set Chicken Wing. Tamak sangat, masing-masing tak habis makan. Padan muko.. T_T

Lebih kurang pukul 1.30 pagi, kitorang pun balik. Plan untuk esok tak pasti lagi, tapi cadangan awal yang aku dengar tadi, nak pergi karaoke. Hohoh! Tak tau la menjadi or tak cadangan itu, kita tunggu esok hari la jawapnya. (^o^)/


Baby Amsyar..! Budak kecik ni tak bagi aku online.. Suruh aku buat lawak je.. Kalau tak, dia akan start buat-buat nangis sampai aku rasa macam nak gigit dia.. Grrr!!


Lepak makang.. Rock bebeh..!


 Sorry Cik Tasha, saya tak ada gambar anda lain yang best. Yang ni je la yang ok.. Hehehe...


Miss Jia versi Muka Tanpa Make Up..!


 Chicken Chop.. Dah separuh makan, baru nak ambil gambar.. Memang dah bersepah dah.. -.-"






Friday, May 6, 2011

I Want Panna Cotta Homemade By You..!!!!

Tadi makan kat Marche, The Curve Damansara setelah aku melalak selama 3 jam di Red Box dengan Mimi. Memandangkan Mimi ialah seorang Chef, so dia suggest kan untuk aku supaya aku boleh makan something yang takkan muntah balik. Well, perut aku mengalami masalah penerimaan makanan sejak akhir-akhir ni. So abang aku suruh aku ajar balik perut untuk menerima makanan. Huhuhu..

So, makanan yang dia pilihkan untuk aku ialah Grilled Salmon with Mashed Potato. Aku ambil Panna Cotta as a dessert and Kedondong Juice sebagai minuman. And for Mimi, Grilled Chicken with Mashed Potato and Fresh Apple Juice as a drink. Tapi as usual, aku tak habis makan. Betapa ruginya aku. (T_T) And macam biasa, aku suruh Mimi habiskan salmon tu daripada membazir.

And guess what? Mimi kata dia boleh buat Panna Cotta, ok!! Mimi, aku tunggu tau!! Aku nak sedekah kat kawan-kawan aku sekali especially Jia and Tasha. Promise ok..? Hehe.







p/s: a wonderful hang out day with Mimi. "Nanti keluar lagi ehhh ;D"